THREE

1.8K 177 4
                                    

Aku berlari masuk ke dalam perkarangan sekolah.Pak Cik Guard yang sedang menikmati sarapan hanya memandang aku pelik.Mesti lah pelik sebab aku lari macam ada orang kejar.Padahal tak ada sesiapa pun.

Aku hanya mengikut langkah kaki ke mana hendak pergi.Kaki aku mengatur ke tandas.Aku masuk ke dalam tandas yang berada di hujung. Pintu ditutup.

Apa ni?Kenapa aku rasa macam ada yang ikut aku?Apa maksud Mingyu 'bye hyung' dan kenapa geng budak jahat tu minta maaf?Dan...kenapa dia muntah darah?What is this?!I sick of it!!!

Aku menghentak kaki.Telinga aku menangkap bunyi pelajar perempuan masuk ke dalam tandas sambil gelak ketawa.Aku mendiamkan diri.Nafas aku kembali normal.

"Yaa,Betul ke JiYoung kelas Moon Platinium tu ex-girlfriend bekas senior sekolah kita yang bunuh diri dua tahun lepas?"

Perbualan pelajar perempuan itu menarik perhatian aku.Aku memasang telinga.Hendak mendengar dengan jelas kerana nama aku ada dalam topik perbualan mereka.Macam mana aku tahu? Ada seorang sahaja nama JiYoung dalam kelas Moon Platinium iaitu AKU.

"Kau biar betul?Aku tak pernah tahu pun"Suara perempuan lagi seorang membalas.

"Aku dengar semua ni dari senior YooHye.Dia kata punca bekas senior kita bunuh diri sebab JiYoung"

"Tak baik memfitnah.Kita tak tahu apa yang berlaku.Perkara tu dah lama.Kenapa nak diungkit balik?"

"Aku tak fitnah lah.Dah lah.Baik aku cerita dekat orang lain jer."

"Eh Tunggu aku!"

Akhirnya dua pelajar itu meninggal kan tandas.Tanpa aku sedari mata aku mula bergenang.Sungguh aku terkejut dengan apa yang mereka katakan. Aku fikirkan perkara lama sudah di tanam rapi.Tapi masih ada sisanya.

Aku melangkah keluar dari tandas. Rambut yang sedia terikat tetapi sudah menjadi kusut aku betulkan. Aku melangkah keluar dari tandas. Hanya satu sahaja tujuan aku hendak pergi.

Tingkat atas block B aku jejaki.Angin menyapa ketibaan aku.Seperti ianya tahu akan kehadiran aku.Aku melangkah ke arah bilik sukan lama. Semuanya bermula dari situ.

Flashback....

"Ahhhh!Aku bosan jadi pengawas sukan.Boleh tak aku tukar jawatan" Aku memandang sulli.Dia menggeleng kan kepalanya laju."kau ingat senang nak tukar jawatan?Kau belum tengok perangai Mrs Xu,JiYoung"

Aku mengeluh.Sudah berapa kali aku ponteng kelas hanya kerana ditugas kan untuk mengemas dan menjaga bilik sukan.Aku pun nak belajar juga.
Aku duduk pada kerusi yang bersebelahan dengan rak bola.

KREK!!

Pintu bilik suka dibuka.Seorang pelajar senior lelaki melangkah masuk.Aku dan Sulli memandang lelaki itu."Mr Han nak bola"

Sulli tersenyum."Arraseo,Sehun sunbaenim.Chakaman"Sulli bergerak ke arah aku.Dia berdiri depan aku. Aku mendongak memandang nya sambil mengangkat kening."Nak bola lah"

Aku mencebik."Ambil lah sendiri"Aku bangun dari kerusi lalu mencapai buku report pengambilan barang di atas meja.Aku bergerak ke arah lelaki itu lalu menghulurkan pen dan buku."Sila tulis nama dan kelas.Hah tulis nama siapa yang bagi arahan sekali"

"Kalau aku tak nak?"Sehun tersenyum senget.Aku memutarkan bola mata."Saya tak ada masa nak bergurau,Sehun sunbaenim.Sila beri kerjasama"Tiba tiba sulli menarik lengan aku dengan kasar. "Auch!Wae?!"Aku memarahi Sulli. Cengkaman dia dah lah kuat.

"Mianhae,Sehun sunbaenim.Nah bola." Sulli menghuur bola itu.Sehun mengambil lalu beredar.Sempat dia mengenyitkan mata kanannya dekat aku.Apa kau fikir hensem?!

MONSTER (Sehun FF)COMPLETEDWhere stories live. Discover now