BAB 5

17.8K 372 0
                                    


......

Aku keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan diriku. Kelihatan Mikail sudah pun tertidur dengan masih berpakaian pengantin lagi.

Aku menyarungkan sehelai t shirt berlengan pendek ke tubuhku bersama seluar pyjamas dan rambutku pula dilepaskan agar dapat mengeringkannya.

Aku menghampiri Mikail lalu duduk di sebelahnya.

Mataku merenung wajahnya satu persatu.

Bohonglah kalau aku cakap yang aku ni tak sayangkan dia dah. Lelaki inilah lelaki pertama yang telah berjaya menawan hati aku.

"Awak, bangun pergi mandi." Aku mengusap lengannya perlahan.

"Hissh! Aku ngantuklah. Jangan kacau aku." Dia menelentangkan tubuhnya.

"Tapi..." Aku terpaku tatkala dia terus bangun dari tidurnya lalu memandangku dengan tajam.

"Kau tak faham bahasa ke? Aku penat tahu tak? Tak perlu nak buat baik dengan aku. Aku tak perlukan kebaikan kaulah. Berambus!" Dia menolak tubuhku hingga jatuh.

Terus air mataku tumpah menyembah bumi. Memang jelas kelihatan yang dia sangatlah bencikan aku.

Aku pun keluar dengan membawa hati yang penuh dengan duka.

......

"Hi, pengantin baru." Sepupuku, Arlisa mengusikku.

"Kau ni ada ada jelah."

"Sara macam mana? First day dengan suami." Aku melihat mak su yang sedang memandangku.

"Alhamdulillah maksu. Mikail baik sangat dengan Sara." Aku cuba berbohong tapi hati aku juga yang sebak.

Mataku bertembung dengan mata ibu seketika. Ibu tahu aku hanya berbohong saja.

"Untung kak Sara. Dahlah dapat suami hensem, kaya pula tu. Kak Sara pun apa kurangnya, cantik bagaikan bidadari." Amelia sudah mengeluarkan kata kata manisnya.

"Dahlah jangan puji sangat kak Sara kau tu. Nanti kembang tak cukup kerusi pula." Abangku menyindirku.

"Apa abang ni?" Aku sudah memuncungkan bibirku.

Semua orang ketawa.

.....

Selepas makan, aku mengambil angin di luar rumah. Rumah aku malam ni taklah sunyi sebab semua saudara aku tidur di sini.

Waktu itu, aku telah teringat akan kakakku.

Agaknya macam mana dia sekarang ni? Tengah buat apa ya?
Rindunya kak....!!!

"Adik tak tidur lagi ke?"

"Eh! Abang. Ingatkan siapa tadi. Adik tak ngantuk lagi."

Abangku berjalan menghampiriku.

"Mikail tak makan ke? Abang tengok tadi dia tak da pun dekat meja makan." Aku terdiam.

"Katanya dia penat. Sara tak nak ganggu dia." Aku menjawab perlahan.

"Sara bahagia ke dengan Mikail?" Aku tersentak. Soalan apakah ini???

"Apa abang ni? Kenapa cakap begitu?"

"I just realise that I have made a big mistake in your life, Sara."

"Abang, Sara reda kahwin dengan Mikail. Sara tak kisah kalau dia nak benci Sara sampai dia mati sekalipun. Tapi Sara ikhlas kahwin dengan Mikail."

"Tapi abang....." Aku terus memotong percakapan abangku.

"Enough abang. Sara penat sangat. Sara dah tak tahu nak buat apa. Mungkin ini takdir hidup Sara. Sara reda. Sara masuk bilik dulu. Assalamualaikum." Aku terus beredar masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam." Fattah meraup wajahnya berkali kali.

Bodoh Fattah! Kau tak sepatutnya cakap begitu. Kau patut sokong adik kau.

Maafkan abang, Sara!

.....

Aku memasuki bilik dan pada masa yang sama Mikail yang sedang berdiri di balkoni memandangku tanpa berkelip.

Tanpa menghiraukannya, aku terus duduk di atas sofa.

Hati aku merintih kesedihan. Ya Allah, apa yang patut aku lakukan sekarang ini?

"Kenapa kau menangis?" Aku pantas dongak memandangnya sambil mengesat air matanya.

"Ha! Tak da apalah. Cuma mata masuk habuk sikit. Tu yang berair tu. Eh! Awak nak makan tak?" Aku cepat cepat menukar topik.

Malas nak dipanjangkan lagi hal tadi, bisik hatiku.

"Aku tak lapar. Its okay." Dia merenungku.

"Hurm, kalau macam tu saya tidur dulu. Assalamualaikum." Aku membaringkan tubuhku di atas katil.

Tapi pada masa yang sama, dadaku berdegup laju sebab malam ni ialah malam pertama aku tidur dengan seorang lelaki yang sudah menjadi suamiku.

Aku membuka ikatan rambutku lalu memejam mata untuk melupakan hal yang berlaku.

Mikail pov

Agaknya kenapa dia menangis? Apahal dengan aku ni? Tak payah nak kisah pun pasal perempuan tu.

Lantas aku membaringkan tubuhku di atas katil bersebelahannya.

Aku tertanya tanya siapa Sara ni sebenarnya? Kenapa dia setuju nak kahwin dengan aku?

~flashback~

"Abang, Sara reda kahwin dengan Mikail. Sara tak kisah kalau dia nak benci Sara sampai dia mati sekalipun. Tapi Sara ikhlas kahwin dengan Mikail."

"Tapi abang....." Aku terus memotong percakapan abangku.

"Enough abang. Sara penat sangat. Sara dah tak tahu nak buat apa. Mungkin ini takdir hidup Sara. Sara reda. Sara masuk bilik dulu."

~end of flashback~

Aku meraup wajahku.

Mira dekat mana sayang? Abang rindukan Mira sangat sangat. Kenapa Mira buat abang macam ni?

Lalu aku pun terlelap.

.....

"Kirana, you tak rindukan Mikail ke?"

"Nonsense. Gila ke apa kalau I tak rindukan dia?"

Fetty tersenyum. Inilah masanya.

"Sejak dia dah nak kahwin dengan perempuan tu, dia dah tak kisah pasal aku. Sometimes, aku rasa aku dah berputus asa nak goda dia."

"If aku cakap yang kau ada peluang lagi untuk dapatkan Mikail. How?"

"Means?" Kirana menjongketkan keningnya.

"Mikail tak jadi kahwin dengan Mira. Dengar kata yang Mira tu menghilangkan diri sewaktu perkahwinan mereka tu."

"But why? Bukan Mikail cinta mati ke dengan perempuan tu." Kirana memandang Fetty dengan mata yang terbeliak.

Dia pun berasa hairan. Mesti ada sebab kenapa si Mira tu menghilangkan diri macam tu ja kan?

"I don't know but itulah yang I dengar. So you ada chance nak dapatkan Mikail balik right?"

"Good idea. I akan buat sesuatu. You will see."

Rancangannya sudah bermula untuk memikat hati Mikail semula.

Yang pasti Mikail akan jatuh ke tangannya jua.

To be continued

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now