EV 1

9.4K 314 22
                                    

Perlahan aku melangkah masuk ke dalam Ethan International School.

Udara segar sekolah yang sudah dibina bertahun lamanya di atas dunia yang dipanggil bumi ini aku hirup.

Sekolah yang cantik.Dengan bunga - bunga segar dihiasi di sepanjang jalan.Sempurna !

Aku memandang pemandangan di sebelah kanan ada dewan.

Hm,boleh tahan besar.Kemudian aku pandang je sebelah kiri.Ada padang.Syok betul diorang main bola terajang .

Terajang?Weh betul la nama permainan tu bola terajang.Kita kena terajang bola tu ke arah pihak lawan and baru dapat mata.

Tanpa aku sedar Aku terleka dengan keindahan sekolah ini dan cuba teka?

Hari pertama,aku dah langgar orang!Teruk betul perangai ya aku tahu kau boleh diam.

"maaf,maaf saya tak sengaja ada luka ke?"Aku memegang-megang kaki seseorang yang aku langgar itu tanpa melihat siapa gerangannya.

Tanganku tiba-tiba ditepuk dan secara automatik aku memandang ke arah.

Ha ha kelakarnya.Aku baru raba lelaki ke tadi?Bijak betul kau nga,dah nampak pakai seluar kan?Dah sah lah lelaki.

Otak lembap dipagi hari maaf.Hekeleh,semua orang pun macam tu kan?Tipu kalau kau tak aku bunuh kau sia-sia hidup.

"Nak minta maaf tak payah pegang-pegang"katanya sambil menjelingku.

Okay , terasa.

Tapi,pelik asal muka dia berkilat ?Macam pakai Huna Glowing Bar?

Serious weh!Nampak bersinar.Macam air bersinar di bawah cahaya matahari.

"Apa kau pandang-pandang?"Soalnya selepas membersihkan bajunya yang agak kotor selepas aku melanggarnya.

Okay tipu dia acah macho je main tepuk-tepuk baju bagai.

Fikir aku tergoda ke?

Dia menjeling kemudian pergi dari situ.Dan aku?Jelir lidah lepas dia pergi.

Aku jahat?Dia lagi jahat okay jadi,tolonglah.

Elok juga tau dia pergi menyampah aku.Kau fikir kau hensem?eh memang taklah puih!

Aku meneruskan perjalananku meneroka sekolah.Ke mana kita selepas ni?

Pejabat sekolah lah aduh korang ni ke mana lagi?Takkan nak main masuk je kelas?

★★★

Selepas selesai aktiviti mendaftar diri aku terus pergi mencari kelas 5Crystal.

Setelah penat aku di'phewit' dan diganggu oleh pelajar tak matang sepanjang aku mencari kelas 5Crystal akhirnya aku dapat juga cari kelas yang dicari .okay ayat pelik.

Pintu aku ketuk tiga kali sebelum aku masuk dalam bercakap dengan guru yang berada di dalam kelas tersebut.

"Okay , murid-murid yang cikgu sayangi sekalian"Cikgu yang memakai tag nama Munirah cuba nenarik perhatian murid kelas tersebut.

"Wuu cikgu sayang kitorang"
"Cikgu dah kawin mana boleh sayang kitorang"
"Dah tu siapa yang nak sayang kita?"

Desas - desus dari murid-murid kelas 5Crystal mula bergema.Aku hanya diam mebetulkan cermin mata besar milikku dan mengambil rambutku yang terturai dan diletakkan dibelakang telinga.

"Okay diam semua.Kita ada seorang pelajar baru"Sebaik sahaja cikgu Munirah menghabiskan bicara semua mata memandang tepatcke arahku..dan perasan seram sejuk mula menjelma .

"Perkenalkan diri awak pada rakan sekelas"

"Hai,nama saya Nurin Aqilah korang semua boleh panggil saya bunga"Aku tersenyum tipis dan menunduk sedikit.

"Kenapa panggil bunga?"
"Dulu sekolah mana?"

Okay,aku rasa budak - budak kelas ni semua banyak mulut.Jadi,kita layankan aje.

"Sebab dah terbiasa orang panggil bunga.Dulu homeschool"

"Okay cukup tu bunga.Awak boleh ambil tempat disebelah Khasyaf Aiman"Kata Cikgu Munirah sambil menunjukkan kerusi kosong dibelakang sekali.

Aku memandang ke arah itu dan cuba teka?Mamat berkilat yang aku langgar tadi.

-tbc-

523 words❤

En.VampireWhere stories live. Discover now