01 | ꜱ ᴀ ᴛ ᴜ

93.2K 4.5K 287
                                    

.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Book I | P R I N C E S S  S C H O O L
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━





MAK aihhh! Lawanya! Ini asrama atau hotel 5 bintang?!

Berdiri tegak aku betul-betul dihadapan pintu gerbang asrama seperti mahu menyanyikan lagu Negaraku. Terpegun kerana lawa sangat! Mulut yang terbuka kecil dikatup rapat.

Aku terlalu teruja sehinggakan bagasi yang dipegang sudah meluncur perlahan-lahan ke bawah, cepat-cepat aku kejar dan bawa naiknya semula ke atas, ke sisiku. Almaklumlah, asrama ni berbukit sedikit. Anak patung larva berwarna merah besar aku kepitkan ke ketiak. My babyboo ni.

Udara di atmosfera aku penuhkan ke dalam peparu. Nervous!

Perlahan-lahan kaki melangkah masuk melepasi pintu gerbang. Bertemakan English Style dimana, di tengah-tengah asrama ada roundabout kecil. Roundabout itu pula terdapat air pancuran. Dari pandangan mata kasar aku, Blok Aspuri ada 5 buah. Berpaling ke belakang, Blok Aspura. Terdapat 4 buah blok. Nampak tak tu populasi kaum adam semakin sedikit. Aku memandang ke hadapan semula.

Bola mataku berlari ke sebelah kanan, ada gelanggang bola jaring dan gelanggang badminton. Pandang ke sebelah kiri ada taman yang disediakan bersama 3 buah pondok untuk pelajar-pelajar berehat dan berstudy group. Ada juga susur gajah untuk ke Dewan Makan (DM) di sebelah bangunan asrama. Tembok yang memagari Aspuri sangat tinggi dan kelihatan kukuh dengan warnanya yang vintage. Guard house pun boleh dikatakan sangat selesa dari pandangan mata.

Wow! Tak sangka lebih dari sempurna sekolah ini dibina. Menyesal tak dengar cakap Ummi untuk pindah ke sini dulu. Menyesal. Menyesal.

"Assalamualaikum," salam diberikan seseorang dari belakang.

Segera aku menoleh. "Waalaikumussalam," jawabku.

"Aryana Haura Shah?"

Aku terdiam. Berkerut dahi. Mhm, siapa tu?

"Awak Aryana, kan?" Gadis itu meminta kepastian aku. Wajah manisnya berubah riak. Risau salah orang.

Kemudian aku tersengih, menyimpan tawa. Cuaklah tu.

"Ya, saya." Selamat berkenalan.

"Come follow me," arahnya. Kelihatan lega.

Bersama dahi yang berkerut aku menurut. "Oh, okay," Kakak senior yang aku agak jawatannya mesti tinggi di dalam asrama ataupun mungkin di dalam sekolah ini sudah mengorak langkah panjang, mendahului dan meninggalkan aku. Menuju ke laluan utama. Semakin lama jarak kami semakin jauh. Sampainya hati dia tinggalkan aku.

Aryana, please. Sedar diri. Kau dengan siput tak ada beza. Lembap!

Cis! Whatever. Tudung aku flipkan.

Dua buah bagasi ditarik. Langkah dilajukan dan...

Bam!

Tersungkur?

Oh, tidak sama sekali!

Aku terpijak penutup longkang! Ya Allah, kuat benar bunyinya. Sengaja nak memalukan aku! Dengki! Penutup longkang itu dengki dengan gadis cantik seperti aku!

Pelajar-pelajar lain yang ada disekitar kawasan ini semua menoleh. Terarah renungan mereka ke aku. Ada yang menahan ketawa dan ada yang tersenyum. Termasuklah kakak tour guide itu. Aku buat bodoh macam tak ada apa-apa yang berlaku. Berdehem kecil. Menutup perasaan malu. Relax, Aryana. Kita buat tak tahu. Make yourself at home.

Princess School ✔Where stories live. Discover now