Albino

118 1 2
                                        

Ceritanya bermula 5 tahun lepas. Waktu aku darjah 6. Hingus masih meleleh-leleh lagi. (Hiperbola wehhh hahaha) Aku tak ingat berlaku awal atau pertengahan tahun. Tapi rasanya awal kot. Perasaan yang aku sendiri tak mampu ungkap dengan kata. Bukan pasal UPSR okay. Hahaha.

Adik aku, nama dia... antara nama2 Allah. (Asmaul Husna) Rahsia lah kan. Satu hari dia bangun tidur, dia cerita dia mimpi something buruk. (Sorry aku lupa apa mimpinya)
START dari haritu, hijab mata dia terbuka. Haa kau. Masalahnya aku yang tak tenang apesal. Mana tidaknya, kau tahu? Setiap penjuru aku duduk, dia kata ada 'benda' sebelah aku, atas bahu aku. Pedehal wehhhhh T.T (sat² bulu roma aku tegak ni)

*k sambung ye*
Waktu tu dia darjah 1. Mentah lagi. Kuikui. Boleh dikata setiap hari kat sekolah, aku kena panggil ke pejabat atau ke kelas dia. Kalau pergi sekolah, mesti dia kena rasuk. Bukan kepada rasuk sangat kot aku rasa. Dia bertukar jadi harimau. Alah yang cakar-cakar lantai tu. Haaa seram tak seram kau boleh bayangkan sendiri. Aku dah lah nak fokus exam besar tahun tu, kena pulak dengan masalah adik aku. Memang dengan aku sekali sakit jiwa. Sepanjang dia kena kacau, macam-macam ustaz parents aku jumpa. Alhamdulillah, parents aku tak jumpa bomoh walau keadaan adik aku makin lama makin teruk. (Apesal aku sebak tetibe ni)

Satu malam tu, ada lah orang darussyifa datang rumah aku. Bertapa kat rumah aku. Lama kot. Pagar rumah apa semua. Check satu rumah. Sampai dia jumpa satu benda kat rumah aku. Rupa bentuknya macam Al-quran. Tapi kecik sangat. Dia minta izin parents aku untuk gunting benda tu nak tengok apa isinya. Parents aku izinkan dan dia gunting. Kau nak tahu? Itu bukan Al Quran macam yang parents aku sangkakan. Parents aku simpan benda tu sebab ada lah sorang ustaz ni suruh simpan. Jadi pendinding katanya. Kepala hangguk kau. Penipu! Langsung bukan ayat suci. Allah Allah... Parents aku masetu taktau nak cakap apa. Maafkan jelah...

Keadaan adik aku masih belum pulih. Aku langsung tak berani nak dekat dengan dia waktu dia sakit. Tak berani sakitkan hati dia, kacau dia, buli dia, macam biasa aku buat. Alah normal ah adik beradik. Masalahnya nak cubit sikit pun, dia terus jadi harimau. Kau rasa? Err seram kot. Sayang sangat 'benda' tu kat dia. Dia akan cakap "Aku nak makan dagingggg" Pasti gelak-gelak. Aku kalau dia jadi camtu, aku terus gi bilik kunci doh. Biar parents settle kan. Kesian dekat dia. Dia sakit, aku menjauh. Tapi bukan niat aku. Huuu.

Sampai lah dia darjah 2... keadaan beransur pulih. Dia macam dah okay. Oh ya anyway masa darjah satu tu dia tak datang berapa bulan kot. Tapi tak kena gantung sekolah pun. Pihak atas masing-masing faham. Boleh dikatakan semua kenal adik aku. So, aku tumpang ah hot tu sekali lol kakak jenis apa aku ni hahahaha gurau lah!

*** aku tak tahu saka tu dari siapa. Tapi, ustaz yang rawat adik aku tu tahu. Cuma, dia taknak bagi tahu. Tapi aku dapat syak ah dari siapa. Syak je. Tak tahu betul ke tak. Haa yang tu KBAT ah. Korang fikir lah sendiri siapa yang suka bela saka-saka ni kan. Saka yang masuk badan adik aku tu, harimau putih. Albino kot hihi. Dah lah weh seram sejuk ni. Dah lah tengah hujan.

So sekarang ni adik aku dah Form1 dan alhamdulillah he is in process to be Al-hafiz. Doakan dia kuat 💪 dia kadang boleh je nampak benda² ,atau dengar ke. Tapi sekarang rohani dia dah kuat berbanding dulu.. so dah tak diganggu macam dulu Alhamdulillah. So dats all for tonight. Moga mimpi indah malam ni! #NadSayangSemua 

Certot Stories to obsess over. Discover now