Episode 1

9.9K 713 16
                                    

Nafas silih berganti keluar masuk melalui hidung dan mulut. Matanya yang merah menyala itu menahan air mata yang akan tumpah bila-bila masa sahaja. Rasa kesal dan kecewa semakin membadai diri. Apatah lagi si ibu mula mengasaknya seteruk yang boleh. Si adik pula tidak terkata apa. Diam membisu sambil memikirkan perkara yang akan berlaku esok lusa.

"Puas dah hati kamu? Hmm? Dari dulu lagi omma tak berkenan dengan dia. Dia mesti akan buat perangai lagi. Muka cantik tak ada guna kalau perangai tak secantik muka." Cemuh Puan Kim yang sudah berapi-api dengan sikap anaknya itu. Mingyu hanya menunduk diam. Sikit pun dia tidak memandang ibunya yang sedang bercekak pinggang dan ke hulu ke hilir mencari ketenangan.

"Mingyu, takkan kamu nak diam aje? Habis majlis macam mana? Nak kahwin sorang-sorang? Hah?!" Tinggi suara Puan Kim. Mingyu agak tersentak bersama adik perempuannya, Kim Yihan di sebelah. Tetapi wajah Yihan langsung tidak membelanya. Malah dibela si ibu yang memang 'geng' bersama.

"Omma... bagi Gyu masa. Gyu akan cuba cari dia sampai dapat. Maybe she..."

"She what, Gyu?! She what?! Malu rasanya nak menghadap orang ramai minggu depan." Dipintasnya kata-kata si anak menyebabkan Mingyu kembali terdiam. Dia mengurut dahi. Berdenyut tiba-tiba kerana terlalu sarat dengan masalah yang mendatang. Siapa tak risau jika bakal isteri menghilang sedangkan minggu depan majlis akan berlangsung? Ahh, gila.

"Oppa, you don't need to find her. Cari je yang lain. Jadi pengganti Aeyeon tu." Kata Yihan pula menyebabkan hati Mingyu agak tersentak. Dia memandang adiknya.

"You think this case senang macam kacang? Yihan tak ada kat tempat oppa. So you can't feel it what I feel right know."

"Yes I can feel what you feel it, brother. That's why Yihan suruh oppa cari yang lain je. Buat pengganti. You handsome and just nice. Tipu kalau ada yang tolak." Kata Yihan yang membuatkan tahap didih darah Mingyu tinggi tiba-tiba. Merasakan yang dirinya seperti sedang membuat jual beli cinta.

"Kim Yihan, Kang Aeyeon masih cinta oppa. And I don't want to change my partner as pengganti Aeyeon nanti."

"Then silakan. Sampai bila boleh cari perempuan tu. Yihan malas nak masuk campur. Just solve your problem own." Yihan bangun dari sofa dan bergerak menuju ke tangga. Kakinya lincah menapak satu per satu anak-anak tangga itu untuk naik ke tingkat atas sambil diperhatikan oleh Mingyu dan Puan Kim.

"Omma setuju dengan Yihan."

Mingyu memandang ibunya dengan wajah yang berkerut.

"Omma setuju apa?"

"Cari pengganti Aeyeon. Anyone. But jangan macam Aeyeon. Sampai mati omma takkan terima." Kata Puan Kim membuatkan Mingyu kelu. Dia kehilangan kata-kata. Berapa kali dia terdiam dengan ibunya sendiri. Dalam hati sudah menyumpah Aeyeon, di mana gadis itu menghilang disaat tinggal seminggu sahaja majlis akan dilangsungkan? Tetapi disebabkan rasa sayang dan cinta masih menebal, dikawal perasaannya daripada marah atau kegeraman.

"Ingat, my son. Kalau tak jumpa kat mana Aeyeon sekarang sebelum majlis next week, carilah sesiapa. Janji bukan macam Aeyeon tu. Arra?" Puan Kim menjeling tajam anaknya. Lambat-lambat Mingyu mengangguk. Kemudian Puan Kim beredar naik ke atas meninggalkannya di ruang tamu.

"Ahh!! Shit..." dilempar iPhone6 Plus miliknya ke dinding menjadikan telefon pintar itu berderai ke lantai.

"Kang Aeyeon... eodiya..."

TBC...

[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)Where stories live. Discover now