Sinaran matahari menembusi tingkap dan sedikit menyilaukan mata. Asyikin dapat merasakan pelukan hangat melekap di tubuhnya. Seperti tangan yang sasa melingkari pinggangnya. "Apa ni ? gerutu Asyikin . Asyikin terjerit perlahan. Apabila dia berpusing dia bagaikan terperanjat kerana lelaki tersebut adalah ......
" Apa yang kau dah buat kat aku ni ?" Asyikin menangis teresak-esak sambil menanti jawapan daripada lelaki tersebut.
Mak Liza yang terdengar anaknya seakan –akan menangis dibilik sebelah terus bangun dan menuju kebilik anaknya . Apabila Mak Liza membuka pintu bilik anaknya , dia terlihat anaknya meracau-racau dan terdengar bunyi tangisan.
Mak Liza terus menerpa ke arah anaknya dan cuba mengejut anaknya itu." Ila bangun sayang. Kenapa ni? Mimpi buruk lagi ke?" Tanya Mak Liza yang dalam keadaan risau .
Dia berasa pelik kerana anaknya kerap mengigau dan menangis ketika tidur. Sebelum anaknya berangkat keluar negara , keadaan anak gadisnya dalam keadaan baik saja. Itu yang menjadi tanda tanya di dalam hatinya.
'Aku terjaga daripada tidur kerana mendengar suara ibu memanggilku. Apabila aku membuka mata , aku melihat muka ibu yang risau . Kenapa ibu berada di bilikku pada waktu malam-malam begini? Adakah aku mengigau benda yang ......'Asyikin memandang wajah ibunya yang kelihatan risau dengan keadaan dirinya.
Asyikin bangun dan duduk mengadap ibunya itu. Aku tersenyum dan berkata "Jangan risau ibu. Ila tak apa-apa cuma mimpi buruk saja" .
Ibu pelik dengan kamu ni , asyik mengigau setiap malam aja. Ada apa-apa yang kamu sorokkan dari ibu ke?
"Tak ada apa-apa lah ibu. Mungkin Ila penat baru balik dari kebun tadi tolong ayah kot. Ibu jangan risaulah . Ila okay je." Aku cuba menenangkan hati ibuku.
Aku tidak memberitahu tentang kemalangan yang berlaku pada diriku lagi. Aku takut yang ayah akan mengamuk apabila tahu berita buruk yang anak kesayangannya telah hilang benda yang paling bermakna dalam hidup setiap manusia yang bergelar 'wanita'.
Aku hanya berserah kepada takdir yang telah ditentukan oleh Allah untuk diriku. Mungkin ini adalah ujian untuk diriku yang ingin mendekatkan diri lagi kepada pencipta-Nya. Aku pun tidak sangka pada semester terakhir dan keesokan harinya akan menjadi hari bahagia bagi semua pelajar yang bergelar graduan telah bertukar disebabkan kemalangan yang berlaku pada malam itu.
Apabila ibu sudah keluar, Asyikin berfikir sejenak 'Kenapa dia sanggup buat aku macam ni ? Aku dah buat yang terbaik untuk menerangkan segala apa yang berlaku . Air mataku mengalir ketika mengingati peristiwa yang paling malang dalam hidup .
ANDA SEDANG MEMBACA
Kemana Hilangnya Cinta ?
Teen FictionKehidupan Asyikin Naqilah menjadi gelap apabila segulung ijazah yang patut dibawa pulang ke tanah air dengan perasaan gembira telah menjadi terluka kerana disebabkan satu peristiwa hitam yang berlaku sehari sebelum hari gradusinya. "Apa kau dah buat...
