Bab 3

391 10 0
                                    

Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Puas bergolek dari kiri ke kanan, kanan ke kiri. Adakah kerana bertukar tempat tidur atau kerana pertemuan bersama dia petang tadi.

Dia...
Masih mampu membuatkan hatiku berdegup kencang
Masih mampu membuatkan perasaan ku kucar kacir
Dan dia.
Takkan pernah tahu...
Dan tak perlu untuk tahu..
Dia Luth Hakim adalah cinta pertamaku..
Dan masih satu satunya cinta yang pernah dihatiku..

Bermacam kenangan berlayar layar dibenakku sehinggalah tanpa aku sedar..aku tertidur

_______________________________________

"Hai, morning sarah", sapa nurul mesra
"Morning nurul, pukul berapa pulang semalam, sarah tak sedar nurul pulang pukul berapa", balasku
"Lewat, dekat pukul 11 malam, nak siapkan tender penting, nasib baik nurul dah letakkan duplicate kunci dekat bawah pasu, kalau tak berjanggut lah sarah nak tunggu nurul balik", ramah nurul membalas.
Sebelum aku ke melaka, aku kerap berhubung dengan nurul berkenaan tender, proposal projek dan terbaru rumah sewa menjadikan hubungan kami agak rapat.

"Errr, nurul siapa ye nama budak yang naik ninja hitam,semalam masa sarah sampai, sarah sempat jumpa dia keluar dari pagar rumah sebelah. Jiran kita ke?", aku cuba mengorek daripada nurul, adakah dia betul-betul jiran aku atau hanya datang bertandang ke rumah kawannya.. Ya Allah jangan lah dia jiranku, pintaku dalam hati. Aku tidak mampu. Dan aku tak tahu aku masih kuat atau tidak. Sekurang-kurangnya kalau dia bukan jiran aku, kekerapan aku untuk sering berjumpa dia adalah rendah.

"Ohhh tu abang luth,sarah sempat jumpa dia eh semalam, abang luth tu jiran kita tapi tak selalu ada kat rumah. Kadang-kadang dalam seminggu sekali je balik rumah sebelah ni. Kenapa sarah berkenan ke, tahu la abang luth tu hensem, tapi nurul dah chop dulu tau abang luth tu, jangan caras ye", balas nurul dengan senyuman nakal mengusikku.

" Eh tak tak, dia sempat tolong nurul angkat beg dari teksi bawak kat depan pintu, tp sarah lupa tanya nama dia, dan lupa terima kasih. sebab tu sarah tanya nurul", dalihku.
Dan nurul hanya menganguk dan meneguk air dalam mugnya.

Ya Allah dalam kelegaan ada juga kerisauan. Lega kerana dia jarang pulang maksudnya aku akan jarang bertembung dengan dia tapi risau kerana kebarangkalian untuk aku bertemu dia masih ada.

Ahhh maisarah, dia kan bencikan kau mesti dia mengelak untuk bertemu kau. Tengok muka kau pun dia tak inginlah.

"Jom sarah kita ke pejabat, tumpang jelah nurul sementara kereta sarah sampai", pelawa nurul

"Terima kasih nurul tapi jap sarah nak ambil barang dulu kat atas, tertinggal tadi", kataku sambil berlalu ke tingkat atas.

Sebaik aku keluar, aku terdengar suara orang bergelak ketawa. Nurul sedang bergelak ketawa dengan dia. Dan sedikit sebanyak ada cemburu yang bertandang dihatiku..dan bila aku keluar saja, mata nya yang tajam bagaikan helang menikam mata ku. Garang.

Dan kehadiran aku terus mematikan tawanya. Benci sangatkah dia padaku.

Kerana DiaWhere stories live. Discover now