Bola keranjang merupakan salah satu Cara mereka menenangkam diri dan melupakan segala yang menyerabutkan kepala mereka.

"Tak ada apa. Aku nak release penat saja," balas Danish.

"Aku okey saja. Tapi kau rasa okey ke kalau kau tinggalkan Qira sorang-sorang dekat rumah setelah kes pecah rumah hari tu," kata Nazrul tiba-tiba teringatkan Qira dan kejadian yang menimpa kedua sahabatnya itu.

"Jangan risau. Aku bawak mak nenek tu sekali," balas Danish.

"Alright! Nanti aku inform yang lain,"

"Great!"

** At House ****

QIRA mengerling jam yang terletak elok di atas meja berdekatan. Pukul 8.45 malam. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. Ke mana si Danish nak keluar malam-malam ni? Lagipun esok bukan cuti hujung minggu.

Ah. Lantaklah. Qira sekadar mengangkat bahu. Dia mencapai remote TV untuk menonton siaran kegemarannya.

Dalam keasyikannya menonton drama kegemarannya. Skrin TV tiba-tiba bertukar menjadi gelap. Seraya ITU, dia mendongak memandang Danish yang sedang memegang plat.

"Danish Arshad! Awak tak nampak ke saya tengah tengok TV ni. Janganlah kacau," bentak Qira dengan geram.

"Pergi bersiap sekarang," arah Danish tenang.

Bersiap? Qira menggerutu geram. Dia melemparkan pandangan maut pada Danish. Sambil ITU, sempat juga dia meneliti pemakaian Danish. Danish memakai tshirt hitam beserta jaket hitam dipadankan dengan seluar pendek paras lutut warna yang sama. Walaupun nampak ringkas dan kasual. Danish tetap kelihatan kacak dan aura machonya  tetap tak hilang.

"Dah habis check aku?" Soal Danish sambil menjongket sebelah kening.
Qira berdehem perlahan dan terus melarikan pandangannya.

"Tepilah. Orang nak tengok tv ni," gerutu Qira lagi. Dia bangkit sedikit dan menolak Danish sekaligus kembali memasang kembali plat yang telah dicabut tadi.

Sebaik sahaja Qira kembali duduk di atas sofa sekali lagi skrin TV terpadam. Qira menarik nafas dalam cuba bersabar.

"Pergi bersiap sekarang. Kita keluar," tegas Danish lagi.

Qira mendengus geram.

"Saya tak nak keluar. Malas. Awak pergi sajalah," jawab Qira.

"Wei nenek kebayan, aku cakap pergi bersiap sekarang," ujar Danish lagi yang mulai bengang.

"Tak nak!" Tegas Qira jua. Dia memeluk tubuh seraya melemparkan jelingan maut pada Danish.

Danish meraup wajah dengan geram. Degil betul minah senget ni.

"Now!"

"No!"

"Ya Allah, geramnya aku," keluh Danish.

Qira menggigit bibir untuk menyembunyikan senyumannya daripada terukir melihat muka Danish yang bengang.

Danish tiba-tiba mengukir senyuman sinis.

Apahal pulak mamat ni , tiba-tiba senyum macan tu. Menakutkanlah pulak.

Danish melangkah mendekati Qira yang duduk di atas sofa. Qira menjongketkan keningnya. Entah mengapa jantungnya tiba-tiba memainkan rentak seribu. Dia cuba berlagak tenang.

"Baik kau pergi bersiap sekarang, kalau tak....," danish berhenti. Dia kemudiannya mengukir senyuman manis.

"Kalau tak APA?" Soal Qira mencabar.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now