Bab 18: Manusia atau Lvanians?

Beginne am Anfang
                                    

"Kau boleh membaca mindanya?” tanya Eidan.

Karyle menggelengkan kepala. Sepatutnya dia boleh membaca minda seorang manusia dengan mudah kerana manusia tidak boleh membina pendinding dalam kotak memori. Apabila dia cuba membaca minda Annabella, ada satu pendinding yang kuat yang menghalangnya untuk membaca apa yang difikirkan oleh Annabella dan melihat memori gadis itu.

“Kenapa tidak boleh?” soal Frielan pula.

“Terdapat pendinding yang kuat dalam fikirannya. Aku tidak boleh membaca dan melihat apa yang berada di dalam fikiran Anna,” jawab Karyle tenang.

“Aku rasa ada aura kuat yang berlegar ketika itu,” ujar Eidan.

“Seperti ingin membebaskan dirinya? Aku juga merasai,” sampuk Frielan.

“Aura itu seperti tenggelam timbul. Seperti ada sesuatu yang mengurungnya,” tutur Karyle.

“Ia datang dari Anna?” tanya Eidan.

“Tidak pasti. Kita tunggu Elioni datang.”

Eidan rasa aura itu datang dari Annabella kerana dia sahaja yang berada dekat dengan Annabella ketika gadis ity mengamuk. Niatnya menegur untuk menolong gadis itu tapi menyebabkan kemarahan gadis itu. Ketika itulah dia dapat rasa aura kuat yang tenggelam timbul.
Tidak lama kemudian, Elioni muncul.

“Bagaimana, Elioni?” tanya Karyle.

Dia hanya manusia biasa yang datang dari Bumi?” tanya Elioni.

“Ya, kenapa?”

Aku menjumpai di atas tembok akademi. Anehnya dia dapat merasai kehadiranku malah dia boleh memahamiku,” kata Elioni, Phoenix the Ancient Beast.

“Ada rasa sesuatu tentangnya?”

Ya, ada. Ada sesuatu yang terkunci dalam tubuhnya.”

“Dapat rasa auranya?” Karyle ajukan soalan.

Manusia tiada aura tetapi aku dapat rasa dia memiliki aura tetapi auranya lemah.

“Bagaimana dengan memorinya?”

Ada pendinding yang menghalangku melihat mindanya. Sesuatu yang kuat. Rasa seperti aura...”

“Aura apa? Elioni?” celah Karyle.

Tidak ada apa-apa mungkin perasaanku sahaja. Ada apa-apa lagi yang perlu aku lakukan?”

“Terima kasih Elioni,”  ucap Karyle.

Sama-sama. Sudah menjadi tanggungjawabku membantumu. Aku pergi dulu.” Setelah itu Elioni menghilang.

“Bagaimana, Karyle?” tanya Frielan.

“Anna dapat berinteraksi dengan Elioni,” jawab Karyle.

“Anna boleh bercakap dengan Elioni? Hanya kau dan pengguna kuasa semangat sahaja yang boleh bercakap dengan Elioni. Bagaimana Anna boleh bercakap dengan Elioni?” kata Eidan.

“Aku tidak tahu tapi itu yang Elioni katakan saat berjumpa dengan Anna. Anna boleh merasai kehadirannya. Elioni kata ada sesuatu yang terkurung dalam tubuh Anna kerana dia dapat rasa aura yang lemah tetapi manusia biasa tiada aura seperti kita.” Karyle bersuara.

“Mungkin Anna merupakan Lvanian?” simpul Frielan.

“Boleh jadi... Kita akan beritahu tahu Lord Andrew dan Pengetua Erald tentang perkara ini.” Karyle memutuskan untuk memberitahu mereka.

ANNABELLA merenung kepekatan malam yang gelap gelita di atas tembok tinggi akademi. Hanya cahaya dari sinaran bintang dan cahaya dari menara pemerhati akademi yang sekali-sekala melintasinya. Dia naik ke atas tembok tersebut kerana terdapat tangga yang berada di situ.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt