Sementara Nuqman tampil santai dengan polo-T klasik berjalur oren merah! Dengan celana khaki dan jaket dari Camel Active, Nuqman berubah ranggi menawan. Tidak ketinggalan songkok hitamnya, satu penyempurnaan. Hati Puteri berbisik sendiri sambil melindungi senyum. Berjalan di sisi Nuqman, Puteri rasa istimewa. Entah mengapa ya? Eh, aku suka pulak tengok dia bersongkok? Something is wrong with me, desis hati Puteri sambil menampar-nampar pipi sendiri yang terasa hangat.

Rekabentuk dan binaan pintu masuk ke Kapalicarsi yang bermaksud kedai tertutup itu sudah cukup menggambarkan usia dan sejarahnya yang telah terbina di zaman kegemilangan kerajaan Othmaniah di abad ke 15. Puteri terpacak berdiri, terpukau mengamati setiap sudut binaan bangunan itu yang dikenali sebagai Grand Bazaar. Dia mengeluarkan Canon VIXIA mini Black Camcorder dari beg sandang kulit yang tergalas dibahunya. Saat-saat keemasan ini tidak akan dilepaskan begitu saja!

Lima belas minit berlalu. Nuqman hanya memerhati gelagat Puteri yang ke sana ke mari mengambil gambar dan merakamkan video.

Alahai! Ini baru pintu gerbang. Banyak lagi tempat menarik kat dalam tu! Getus hati Nuqman. Perutnya sudah mula berirama berbagai lagu.

"Sudahlah tu, Ika... saya dah lapar ni," Nuqman menghampiri Puteri yang leka mengambil gambar orang lalu lalang. Gambar orang pun dia nak ambil?

"Eh... Sorry! Sorry! Saya menyusahkan awak pulak. Err... kalau awak masuk dulu pun tak apa. Nanti saya ikut dari belakang. Boleh saya tengok-tengok gerai kat luar ni dulu."

"Tuan puteri! Ada 16 pintu masuk, 61 lorong penuh dengan gerai dan ada lebih 3000 buah gerai semuanya, awak pasti ke boleh jumpa saya dalam selautan manusia ni?"

"Hah?"

Nuqman tak mahu berlengah lagi. Pantas dia menarik tangan Puteri lalu melangkah masuk ke dalam Grand Bazaar. Terkocoh-kocoh Puteri mengikuti jejak Nuqman yang bergerak pantas di celah-celah ramai.

"Here comes the labyrinth...," kata Nuqman. Puteri tak dapat menahan rasa teruja. Dia tahu sedikit sebanyak tentang Grand Bazaar dari pembacaan. Binaan lengkungan kubah yang menjadi bumbung dengan warna kekuningan dan keemasan menjadikan dalaman Grand Bazaar menjadi begitu indah dan klasik. Deretan kedai menjual berbagai barang menyambut setiap tamu yang datang. Manik-manik, rempah-ratus, barang kaca dan seramik, gulungan kain, karpet, tudung dan lain-lain lagi. Ini adalah pesta visual, detik hati Puteri.

"Haaa... baik Ika jalan dekat-dekat dengan saya. Kalau hilang dalam ni, saya tak cari dah. Saya kahwin lain je." Nuqman bersunguh-sungguh berpesan.

"Amboi!" Satu tumbukan singgah ke bahunya. Belum apa-apa, dah nak cari lain! Dasar lelaki!

"Aduhh! Ganasnya tuan Puteri ni!" Nuqman mengaduh kesakitan. Boleh tahan perempuan ni! Tapi muka Puteri yang masam mencuka mengusik hatinya.

"Eh! Cemburu jugak ya!" Bisik Nuqman ke telinga Puteri.

"Ishh... pergilah! Tak kuasa nak cemburu!" Puteri menolak dada Nuqman sekuat hati. Namun manalah dia mampu nenolak tubuh sasa itu. Sambil ketawa, Nuqman meraih tangan Puteri dan mengenggamnya kemas lalu meneruskan langkah menuju ke restoran. Mahu tak mahu, Puteri ikut juga melangkah dengan hati yang bengkak. Macamlah aku terhegeh-hegeh nakkan dia! Mukanya herot-berot membuat reaksi.

Restoran Havuzlu yang sudah berusia separuh abad menjadi pilihan Nuqman. Restoran itu memang istimewa walaupun harganya agak mahal namun ia menyediakan berbagai jenis masakan tradisi Turki yang menyelerakan. Mujur Puteri tidak memilih orangnya dan agak adventurous dalam hal makan. Nuqman memesan Döner yang bermaksud daging panggang yang berputar... Kebablah tu! Bersama Hünkar Beğendi iaitu puri terung. Juga roti bawang putih dan mousaka.

Puteri makan dengan begitu berselera sekali. Sampai tak bercakap sepatah. Sambil makan, dia meneroka binaan dan seni hiasan dalaman restoran itu dengan pandangan matanya.

Bila Puteri agak selesai meneliti ke seluruh ruang dalam dan luar restoran, Nuqman ambil kesempatan membuka bicara.

"Ika, Tan Sri kahwin lagi?"

Tersembur minuman yang baru nak diminum Puteri. Terperanjat Nuqman dibuatnya. Tanya je!

"Awak ni kan! Tu ayat tanya ke ayat penyata?" Marah Puteri sungguh-sungguh. Kelam-kabut juga dia mengelap mulut dengan napkin. Biar kena marah! Tutup sikit malu aku tersembur tadi! Getus hatinya. Namun rasa bersalah juga melihat Nuqman yang sabar mengelap tangan dan mukanya dengan dahi yang berkerut-kerut.

"Tanyalah! Tu yang awak asyik merengek sebut mummy tu?"

"Isshhh... awak ni! Tu adik abah. Mummy Nadia. Sejak ibu meninggal, dia minta panggil mummy. Dia yang jaga saya sejak ibu pergi..." Nada jengkel Puteri bertukar sayu bila menyebut nama ibu.

"Oh... hairan jugak saya. Dah tak ada siapa yang kenalkan, sebab tu saya tanya." Nuqman pula serba-salah bila Puteri berubah wajah.

"Ibu Ika mesti cantik orangnya." Puteri tersenyum sedikit.

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"Ya lah... kalau tengok anaknya cantik, ibunya pasti lebih cantik orangnya." Puteri mencerlungkan pandangannya.

"Orang lelaki kalau suka memuji ni bukan boleh percaya!" Tempelak Puteri.

"Marahlah tu sebab saya kata ibunya lebih cantik."

"Eh! Memang ibu saya cantik. Apahal pulak saya nak marah! Bagi saya dia wanita paling cantik di dunia ni. Sebab hatinya cantik..." Mula-mula panas sungguh hatinya. Tetapi bila mengenangkan ibu, bagai ada sembilu yang menusuk di hati. Nuqman dapat melihat perubahan itu.

"Saya sangat berharap, anaknya juga cantik hatinya seperti ibunya." Tangan Puteri di meja diraup lembut dengan jemarinya. Puteri terkedu seketika. Kemudian sepantas kilat, dia menarik tangannya.

"Saya... saya nak cari tudung..." Puteri bingkas bangun mahu beredar dari situ.

"Tunggu!" Serentak itu tangannya ditarik Nuqman. Memaksa Puteri berhenti melangkah. Namun tak juga berpaling. Nuqman menghela nafas lalu bangun sambil memberi isyarat kepada pelayan.

"Saya tak mahu kehilangan awak." Bisiknya ke telinga Puteri. Puteri kekal membatukan diri, memekakkan telinga dan membutakan hati.






MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now