Bab 24

8.1K 183 2
                                    

Safiyya melangkah menaiki tangga untuk ke biliknya. Niatnya untuk berehat tiba tiba termati apabila melihat bilik suaminya menjadi huru hara bagai bilik tak dikemas berluluh puluh tahun. Safiyya memulakan kemasannya pada Katil safiyya menukar cadar katil bilik itu dengan cadar yang baru. Dan meletakkan cadar yang lama ke bakul untuk dicuci.

Safiyya mengemas bilik suaminya dengan sabar dan tenang sambil mulut nya berkumat kamit berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Safiyya mengutip baju suaminya itu dan dimasukkan kedalam bakul untuk di cuci bersama.

Dalam pada dia sedang mengemas, safiyya berbaring untuk seketika untuk berehat. Tanpa ia sedari, Safiyya telah terlelap kerana kepenatan nya yang masih berbaki dari semalam majlis risepsinya.

Ketika ia terjaga dari tidurnya. Safiyya dengan cepat membetulkan tudungnya. Dan ingin bangun untuk mengemas biliknya tetapi apabila terjaga, Safiyya mendapati biliknya telah kemas. Bakul cucian kotor pun tiada di dalam biliknya. Semuanya telah siap kemas.

Safiyya merasa tidak sedap hati, lalu ia turun ke bawah untuk menemui Pembantu rumah milik keluarga suaminya itu dan ingin menanyakan hal yng berlaku di dalam bilik.

“Mak Ija” panggilnya dari belakang.

“yer Fiyya.” sahutnya

“Mak Ija ke yang masuk dalam bilik tadi kemaskan bilik saya dan suami?”  tanya Safiyya.

“yer. Mak Ija yang buat sebab kesian tengok Fiyya tidur kepenatan. Tuh yang mak ija tolong tadi. Lagipun mak Ija dah biasa kemas bilik Tuan tu. Kenapa?” jelas mak Ija pada Safiyya.

“tak ada apa la mak ija. Pelik je  hee. Mummy mana Mak Ija?” soalnya lagi.

“Datin biasa la. Pergi butik dia dah.” jawabnya dan dibalas anggukan oleh Safiyya.

“erm. oke la Mak Ija, Fiyya naik atas dulu ye kemas baju untuk pindah malam ni.” balas Safiyya.

“baiklah. Nanti kalau perlukan apa apa cari mak ija dalam bilik mak Ija ye.” kata Mak Ija lagi.

Safiyya membalas dengan anggukan lalu melangkah naik ke atas untuk mengemas baju baju mereka berdua untuk dibawa pindah ke rumah baru nanti.

Rayyan melakukan kerja dengan perasaan gembira dapat mengenakan isterinya pada lagi tadi. Ini baru permulaan bagi perjalanan rancangannya, belum sampai kemuncak dari segala galanya. Rayyan sangat membenci isterinya pada saat dia dapat khabar oleh daddynya bahawa dia terpaksa kawen dengan pilihan Keluarga.

Diamnya pada keluarga selama ini menimbulkan dendam dalam hatinya. Tak salah baginya melepaskan semua pada Isteri 'atas kertas' nya. Dia akan membuat Safiyya serik hingga lah dia mengalah dan minta cerai dengan sendiri.

Tak lama selepas itu Rayyan menerima panggilan telefon dari Setiusahanya. Yg mengatakan bahawa meetingnya bersama pihak luar dibatalkan kerana pihak dari luar mengalami masalah. Rayyan hanya mampu mngangguk dan mengikut keputusan dari pihak kerjasama.

Rayyan melihat waktu pada jam Tangan nya telah menunjukkan hampir jam makan tengah hari. Dia telah berjanji akan makan tengah hari bersama sahabatnya Iqram. Iqram yg mampu memahami apa yg dia rasa selama ni, hanya dengan Iqram Rayyan berani berterus terang tapi ada sesetengaj lerkara yg tidak dia ungkapkan hanya berahsia.

Rayyan menghantar msg kepada Iqram untuk datang lebih awal. Ini kerana dirinya bosan tidak melakukan apa apa kerja di officenya. Tugasnya sepatutnya sudah selesai untuk hari ini. 

             'Iqram datang awal sikit eh. Aku habis kerja awal ni' 

Selepas menghantar msg begitu, Rayyan mengemas barang kerjanya dan mencapai Hp beserta kunci keretanya untuk pergi makan tengah hari plus balik.

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now