Jatuh Dari Langit

511 25 7
                                    

[Cafe Maconna]

"Dah jadi kerja aku pula nak kena menunggu regular coustumer datang.Eeee cepatlah!Aku ada kerja!"

Qistina mengomel sendiri Mana tak nya,dah dua jam dia tunggu dekat counter tak muncul muncul lagi kelibat regular coustumer tu.Dalam record order,pukul 7 nak ambil breakfast nya tapi tak muncul pula. Buang dalam tong sampah baru tahu!

"Kau menunggu apa pula?"Mirul muncul dari belakang.

Qistina mengeluh panjang.Paket breakfast tu habis direnyuk sedikit sebab menahan geram.

"Aku tunggu mangsa nak di ngap!"
Jawab Qistina dengan nada mendatar.

Mirul berdiri di sebalah Qistina lalu dia memerhatikan riak muka gadis itu.Apa yang diperhatinya,gadis itu sedang menahan geram dan marah.

"Cuba buat muka manis.Nanti coustumer lari baru tahu.Muka tu dah sebijik dengan harimau aku tengok.Lari rezeki,cik kak"

Mirul memberi nasihat.Ditepuknya bahu gadis itu tanda menyuruh dia bersabar.Dia tahu perasaan gadis itu apabila menjadi penunggu.Kalau tunggu sekejap tak apa.Ini tunggu sampai 2 jam.Sekejap ker?

"Biarlah rezeki lari.Aku tak boleh nak tahan marah ni"Qistina membalas dengan nada yang sama. Dia meletakkan paket breakfast itu di tepi counter.Mirul dah beredar dari situ kerana Zaf memanggilnya. Qistina menyibukkan diri dengan mengelap cawan.

CINGG!!

Bunyi loceng pintu cafe berbunyi lagi. Qistina langsung tidak ambil peduli dengan siapa yang masuk.Dia nak tenangkan diri dahulu dengan mengelap cawan.Amboi.Lain benar dia punya cara nak tenangkan diri.

"Excuse me"

Satu suara memanggil Qistina.Namun Qistina tidak mendegarnya sebab otaknya ligat berfikir nak buat muka apa bila regular coustumer tu datang.

"Hey,miss?"

Qistina tersedar.Dia terus meletakkan cawan lalu dia kembali pada counter. Tangannya menekan screen di komputer.

"Welcome to Cafe Maconna.Order?"
Qistina berkata dengan nada yang mendatar juga.Gadis itu tidak memandang coustumer yang berada di depannya.

"Coffee Milk Latte and French Toast with cheese"

Qistina mengeluh kasar."Ni lagi sorang.Gila obesiti betul!"

Qistina berkata dengan perlahan tapi dapat didengar oleh coustumer itu. Namun apa yang gadis itu kesah? Kenyataan kot.Siapa makan cili,dia yang terasa.

"RM17,sir.Breakfast sir akan disiap kan dalam 2 minit.Sila tunggu"

Qistina menekan screen komputer itu dengan kasar.Tergerak gerak komputer tu akibat hentakan jari Qistina.

"Excuse me,miss.I dah order semalam.Takkan tak siap lagi?"

Qistina memutarkan bebola matanya. Annoying pula coustumer ni.Mata gadis itu memandang wajah coustumer yang berada di depannya.

(Play song:Ost Descendants of the sun, Chen Everytime)

Qistina terpaku dengan keindahan serta kesucian wajah jejaka yang berada di depannya.Kulitnya putih bak salji.Hidungnya mancung seperti pelakon korea.Matanya menawan menusuk jiwa.Dan yang paling tertarik,bibirnya yang berwarna pink cair itu sangat mengiurkan.

Jantung Qistina berdegup dengan laju.Dia tidak tahu apakah perasaan yang di alaminya kini.Dari mata lelaki itu,terserlah cahaya indah.Ia membuatkan jejaka itu makin tampan apabila jejaka itu menyelak rambutnya ke belakang.

DIFFERENT THAN I THOUGHT (COMPLETED) Место, где живут истории. Откройте их для себя