Moon Gayoung mengelap meja yang kotor itu agar pelanggan-pelanggannya berasa selesa makan di sana. Dia menyeka keringat di dahinya.
"Ah bersih pun. Degil betullah kotoran ni." Keluhnya.
"Haih pagi-pagi lagi dah buat iklan komersial nampaknya." Tegur Seokjin majikannya.
Gayoung terperanjat sampai tuala pengelapnya terlepas dari tangan.
"Ooh! Encik Ji ini buat orang sakit jantung saja. Tak, saya tengah berusaha hilangkan kotoran degil kat meja ni." Terang Gayoung.
Nasib baik majikannya itu baik orangnya. Dia sangat bertuah kerana setiap hari dia makan secara percuma di sana. Maklumlah dia sudah mengenali majikannya itu sejak kecil. Lagipula Encik Ji merupakan kawan baik ayahnya.
Gayoung melepaskan apron yang dipakainya sejak pagi tadi.
"Oh ya Encik Ji, hari ini saya nak balik awal boleh? Keputusan saya dah keluar. Saya nak pergi ke sekolah saya ambil slip keputusan." Dengan lembut Gayoung memberitahu hajatnya kepada majikannya.
Encik Ji tersenyum melihat mimik wajah Gayoung yang persis ayahnya. Sejuk hatinya melihat wajahnya, teringat dia arwah kawan baiknya.
"Yalah. Apa pula tak boleh-" kata Seokjin. Tapi Gayoung sudah pun memecut keluar sebelum dia menghabiskan ayatnya.
"Okay. Terima kasih Encik Ji!" Jerit Gayoung yang sudah berada di luar restorannya itu. Bukan main bersemangat lagi gadis itu.
Seokjin bergeleng kepala. Dia pergi ke belakang kaunter menyiapkan kiraannya. Sebentar lagi pasti akan ada pelanggan datang.
"Oh selamat datang! Silakan duduk ya." Kata Ji Seokjin kepada pelanggan yang baru masuk itu.
![Twinkle-Twinkle [COMPLETE]](https://img.wattpad.com/cover/67994853-64-k731170.jpg)