Iman

400 26 3
                                    

SCENARIO :

"assalamua'laikum" Amin mengucapkan salam dan mula masuk ke dalam dorm mereka apabila dilihatnya pintu terbuka.

Hakim, Badri dan Zikri menoleh ke arah pintu.
"Waa'laikumussalam. Daripada mana, Min?"zikri yang keanehan melihat wajah Amin yang baru muncul itu mula menyoal.

Amin tersenyum. Kupiah di atas kepala disimpan diatas katilnya.
"Daripada masjid."Jawabnya lembut.

Zikri mengerut dahi. Dikerlingnya jam dinding sekilas. Baru pukul 8.00 pagi.
"Zohor kan belum masuk lagi? Buat apa di Masjid?"soal ZIkri lagi mula mendekati Amin yang sudah duduk dikatilnya dengan Tafsir Alquran ditangan.

Amin menoleh. Dia menghadiahkan senyuman manis buat Zikri.
"Lepas subuh, aku duduk sana. Ada kuliah subuh. Baik kuliahnya. Kau nak dengaR?"

Zikri membuat bibir bentuk 'O'. Bahu dijongket.
"Pasal apa?"walaupun dia jarang ke masjid, tapi Zikri suka juga mendengar tentang agama. Bukan seperti Hakim dan Badri yang bukan sahaja tidak ke masjid, malahan tidak langsung sembahyang.

"haaa! Jangan nak jadi ustak pula kat sini , Min. Kau tu bakal doctor bukan bakal Ustaz!" Hakim yang dapat merasakan bahawa Amin yang sebentar lagi akan mengeluarkan isi agamanya mula menegur.

Badri juga menoleh ke arah Amin dan Zikri.
"nak buat juga, mohon perlahankan suara. Aku ngah main game nih!"tambahnya sambil memegang joystick bewarna hitam. Itu sahaja kerjanya dengan Hakim apabila tiada kuliah.

Amira hanya membalas dengan senyuman. Zikri mengetap bibir . Geram barangkali dengan sikap roommate mereka berdua tu.
"Biarkan je. Teruskan Min."

Amin angguk. Demi menghormati kawannya yang dua itu, amin memperlahankan suaranya.
"Kau ada iman?"

Tak sangka suaranya cukup di dengari oleh Hakim dan BAdri. Kedua-dua lelaki itu ketawa.
"Kau punya soalan ni tak ada yang lebih bijak ke, Min? Dah tentulah dia ada iman."jawab Hakim sambil menggeleng kepalanya.

Amin sekali lagi hanya tersenyum. Zikri dipandang.

"Haah, apa benda kau Tanya ni Min? aku memanglah ada Iman biarpun aku jarang pergi masjid macam kau!" Naik panas hatinya apabila disoal begitu.

Amin menarik nafas dan mnghembus nafas perlahan.
"Apa itu iman?"soalnya.

Zikri terdiam. Hakim dan Badri juga terdiam.

"Kalau kau cakap korang ada iman? Aku nak tahu, Iman tu apa? Korang mesti tahu iman tu apa sebab korang kan ada iman..."Kedengaran agak pedas kata-kata Amin.

Hakim dan Badri mengetap bibir.
"Oi! Tak payah nak berlagak alim la! Aku tetap ada iman."

"Dah tu kau mesti tau apa itu iman kan Hakim?"soal amin lagi.

Senyap.

Tiba-tiba Amin menangis.
"Kau tahu ustaz tadi pun cakap begitu kat kitorang? Macam mana kita boleh mengaku ada iman tapi tak tahu iman tu apa sebenarnya. Aku malu sangat. AKu mengaku ada iman tapi aku tak tahu iman tu apa."ujarnya terisak-isak.

Zikri terkejut. Dia itba-tiba sahaja sebak. Aku ada iman ke?

Hakim dan Badri memandang Amin.
"kenapa kau menangis? Apa yang ustaz tu cakap?"soal Badri sedikit sebanyak ingin tahu.

Amin menghapus air matanya. Seperti biasa Amin menghadiahkan senyuman. Fikirannya kembali menjalar kea rah penerangan Ustaz Sufi tadi.....

"Dia bagitau kitorang apa itu iman. Ustaz tu pun menangis, dia sebak."

A Sweet Cup Of DakwahWhere stories live. Discover now