Bab 2

20.3K 223 5
                                    

'Hurm...sedapnya tidur..' bisik Diera. "Diera Qaisara binti Ahmad Firdaus. Jumpa saya di pejabat sekarang!" Jerkah Dani Irfan. Alangkah terkejutnya Diera apabila dijerkah oleh Dani Irfan. 'Ya Allah..!! Macam mana bangla ni boleh tau aku tengah study kat sini..eh..tidur kat sini. Mati katak aku. Hadoi pesal Sarah dengan Anita tak roger aku..!!' desis Diera dalam hati sambil membelek henfonnya. Mungkin ada whats app dari Sarah atau Anita memaklumkan tentang Dani Irfan yang sedang mencarinya. Hampa...tiada pun...

Dani Irfan memandang Diera dengan pandangan yang cukup tajam. Pensyarah-pensyarah yang berada di dalam pejabat semuanya keluar kerana mereka tahu benar dengan sikap Dani Irfan yang akan memberi denda yang tidak masuk di akal. Pernah seorang pelajar yang di denda Dani Irfan agar mencabut bulu ketiaknya sendiri. Sehingga jam 11:00 malam pelajar tersebut mencabut bulu ketiaknya. Akhirnya di hujung semester, pelajar itu di gagalkan. Itulah sikap Dani Irfan yang paling ditakuti oleh pelajar-pelajarnya.
'Alahai..apa yang aku nak buat ni.. Ha!! bagitau yang aku senak perut, cirit birit. Atau aku terpengsan sebab makan terlampau banyak.. Ke nak bagitahu yang aku terlupa ada kelas KA.. Aduh!!! Apa alasan aku nak bagi dekat En. Bangla ni..eh En. Irfan.' desis Diera dalam hati. Peluh meleleh-leleh di dahinya. Tudungnya dibetulkan dan Diera hanya memandang lantai kerana perutnya dah kecut dan mukanya yang cerah itu jika ditoreh dengan pisau bukan keluar darah kerana darahnya telah menjadi beku. "Apa alasan awak tak masuk kelas saya? Jawab sambil pandang saya." Dani Irfan bersuara. Diera memandang wajah Dani 'hensem jugak bangla ni' desis Diera dalam hati. "Sebenarnya En. Irfan, tadi saya sakit perut lepas tu saya pergi tandas lepas tu saya keluar dari tandas lepas tu saya masuk tandas lepas tu saya keluar tandas pulak lepas tu...err.." Diera tergagap-gagap kerana Dani Irfan sudah bangun dan mengambil mop, berus dan baldi di dalam setor yang berada di dalam pejabat dan terus diberikan kepada Diera. Diera dengan terpinga-pinga mengambil mop, berus dan baldi tersebut sambil bertanya "buat apa En. Irfan bagi saya benda ni? Dekat asrama dah ada banyak. Buat susah-susah je..kalau bagi stok makanan boleh la jugak saya makan.." Diera bercakap sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya di sebelah kanan. Dani Irfan serius memandang Diera. "Malam ni lepas solat maghrib, awak datang cuci tandas di Blok A. Saya tunggu awak" balas Dani Irfan sambil matanya tidak lepas memandang wajah Diera yang terkejut dan tercengang.

Di bilik asrama... "Wei pesal korang tak roger aku yang mamat bangla tu cari aku. Mati la aku malam ni lepas maghrib kena cuci tandas Blok A sorang-sorang. Dah la keras Blok A tu" Diera melepaskan keluhan. Masih lagi segar diingatannya peristiwa tahun lepas. Huru-hara jadinya bila pelajar-pelajar asrama ternampak 'benda' putih yang berterbangan di Blok A dan akhir sekali 'benda' tersebut dilihat hilang memasuki tandas Blok A. Sewaktu kejadian itu, Diera belum lagi menetap di asrama kerana tiada kekosongan. Cerita tersebut heboh pada keesokkan harinya. Sarah dan Anita juga telah pulang ke kampung kerana mengalami demam terkejut. "Wei beb, aku rasa En. Dani tu saja ja kot nak ajak hang dating. Selalunya dia tak penah pi cari student dia yang ponteng. Esok tu baru dia panggil student tu jumpa dia. Awat yang hang ni dia kalot sangat duk pederaih pi cari?" tanya Anita. Sarah di tepi mengangguk tanda setuju dengan statement kurang cerdik Anita tu. Diera menoleh ke arah sahabatnya itu sambil tersengih seperti kanak-kanak dapat gula-gula. "Wei geng! Aku tau nak buat lagu mana" balas Diera dalam loghat Kedah. Sarah dan Anita kenal sangat dengan sikap Diera yang suka meniru loghat utara Anita bila akal gilanya datang. "Apadia wei???" jawab Sarah dan Anita serentak. Diera tersenyum jahat sambil menyentuh dagunya seperti ala-ala ahli sihir yang jahat. "Hahahahahah" gelak Diera.
Selepas mandi untuk solat maghrib, Diera sekali lagi mengingatkan Sarah dan Anita supaya tidak lupa membawa telekung agar rancangan mereka untuk mengenakan pensyarah mereka sebentar lagi berjalan dengan jayanya.
Tepat jam 8:00 malam Diera sampai di pejabat dan dia melihat lampu pejabat terpasang. 'Ni mesti mamat tu dah sampai' bisik Diera sambil tersenyum jahat seolah-olah terbayang gelagat Dani Irfan yang akan terkencing sebentar lagi. Dani memang tidak pulang ke rumah petang tadi. Memang jadi kebiasaan Dani akan bermalam di pejabat atau pulang lewat kerana menyiapkan test dan menyemak assignment pelajarnya. Dani yang baru selesai solat maghrib tiba-tiba mendengar bunyi seperti orang berjalan menghampiri pintu pejabat. "Assalamualaikum En. Irfan" sapa Diera sambil di tangannya penuh dengan peralatan mencuci yang diberikan oleh Dani kepadanya petang tadi. "Waalaikumussalam" jawab Dani Irfan sambil menarik kerusi dan membuka laptopnya. Diera menggelabah apabila dia melihat Dani seperti tidak akan menemaninya mencuci tandas. "Err..erm.. En. Irfan......" panggil Diera dengan nada yang lanjut. "Hurm..ada apa? Apa yang awak tunggu lagi? Cepat pergi bersihkan toilet. Awak ingat saya nak ajak awak dating? Pergi cuci sekarang sejam dari sekarang!" jerkah Dani. "Eh..beb, macam mana En. Dani tau yang aku cakap dia nak ajak Diera dating?" bisik Anita kepada Sarah di belakang pejabat. Mereka berdua yang sudah siap memakai telekung dan berbedak sejuk dari tadi sudah mengintip Dani Irfan di sebalik cermin nako di luar pejabat.
Diera membaca ayat kursi apabila kakinya sudah benar-benar berada di depan pintu tandas perempuan. 50-50 hendak membuka pintu tandas tersebut. Di khuatirinya akan ternampak 'benda' yang pelajar asrama nampak tahun lepas. Belum sempat Diera memulas tombol pintu tandas, tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Alangkah terkejutnya Diera apabila dia menoleh belakang dan terpandang lembaga putih dengan muka yang putih gebus seperti tikus jatuh dalam tepung. Sebelum Diera menjerit, lembaga tersebut dengan pantas menekup mulutnya sambil mengisyaratkan jari telunjuk di mulut menandakan 'diam'. Dan di belakang lembaga tersebut muncul seraut wajah yang amat benar dikenalinya.. Dani Irfan!! Diera melihat tangan Dani Irfan sedang memulas telinga lembaga tersebut dan mata Diera turun ke bawah kaki lembaga tersebut setelah melihat isyarat tangan tunjuk kebawah dan alangkah terkejutnya Diera bila melihat kain putih tersebut basah lencun seperti terkencing. Serta-merta Diera menjerit kecil "Sarah! Anita! Hampa terkencing."
Dani Irfan masih memandang wajah ketiga-tiga pelajarnya yang sedang berdiri memandang lantai di hadapannya. Dalam otaknya teringat tentang kejadian sebentar tadi. Selepas Diera pergi ke tandas untuk menjalankan denda yang diberi oleh Dani Irfan, Dani terpandang kelibat 'benda' di tingkap nako belakang pejabat. Dani berpura-pura ingin membancuh air di pantry di pejabat. Apabila Dani tiba di pantry, cepat-cepat dia memanjat keluar melalui tingkap sliding di pantry. Tingkap di pantry baru di tukar kepada tingkap sliding pada bulan lepas semasa renovation dijalankan. Dengan perlahan-lahan dia menghampiri lembaga tersebut. Dia hampir menjerit bila lembaga tersebut menoleh memandangnya. Belum sempat Dani langkah 1000, tiba-tiba dia ternampak selipar jamban dipakai oleh lembaga tersebut. Dani terus menerkam dan menarik telinga lembaga tersebut. Selepas bersoal siasat, Dani dapat tahu dari Sarah dan Anita yang semua ini adalah rancangan Diera. Sarah dan Anita terkencing sewaktu mereka terkejut diterkam oleh Dani.
Dani Irfan masih memandang wajah tiga sahabat itu dan akhirnya dia mendengar ucapan maaf dari Diera "maafkan kami En. Irfan". Salah satu uniknya Diera yang Dani suka adalah panggilan Diera kepada Dani iaitu Irfan. Panggilan itu adalah untuk mamanya sahaja. Pelajar-pelajar lain dan rakan pensyarahnya semua memanggilnya Dani. Berbeza dengan Diera. "Saya boleh maafkan kamu bertiga dengan syarat awak.." Dani Irfan memuncung mulutnya ke arah Diera. "Saya? Err..syarat apa En. Irfan? Janganlah failed kan saya, En. Irfan" tiba-tiba wajah tua abah dengan ibunya terlayar di mindanya. Kasihan dengan abah yang banyak bersusah payah mencari wang untuk membiayai perbelanjaannya di sini. Abah cuma seorang pesawah, ibu pulak membuat kuih dan diletakkan di gerai depan simpang kampung.
"Esok jam 1:00 tengahari tepat awak datang jumpa saya di pejabat. Jangan lewat. Awak kena sign satu surat." Jawab Dani. "Surat apa?" soal Diera. Tetapi soalannya tidak di jawab oleh Dani Irfan. Sebaliknya Dani Irfan bersiap-siap hendak pulang. Sarah, Anita dan Diera berjalan pulang ke asrama dengan pelbagai soalan dan pertanyaan. Diera la yang paling cuak sekali..mungkin dia tak dapat tidur malam ni memikirkan surat apa yang bakal ditanda tangannya esok pagi..

Ha...surat apa Diera nak kena sign esok.. Jeng..jeng... ;)

Aku Dah Kahwin Wei...Where stories live. Discover now