sebenarnya aku sayang kau

11.8K 375 3
                                    

Bebas. Akhirnya.. cuti raya telah pun bermula. Perasaan untuk beraya dengan sedara mara yang akan pulang ke rumah tok abah kali ini memang ditunggu-tunggu. Petang ini aku bercadang untuk ke rumah Siti. Nak pergi tengok baju raya aku tahun ni lah. Tak sabarnya....

"Diana!'' namaku dipanggil seolah-olah aku kini berada di hutan. Suara kak Linda memang lantang. Kalau sekarang aku berada dekat hutan, dia lah tarzannya. "Ya!'' aku menyahut akhirnya. "Turun cepat!'' pekiknya lagi. Apehal pulak ni? Desisku. Aku turun ke bawah tapi di marahi pula olehnya. "Eh, pakai tudung! Tu mak su datang.'' Kak Linda merunding jari ke arah kereta mewah yang kini berada di halaman rumah.

'alamak! Dia tu datang beraya kat sini pulak. Rosaklah raya aku tahun ni.' Cebikku. Khairil Hazran! Sepupu aku dari Johor Bharu. Sebenarnya dia cuma anak angkat Mak su. Masihku ingat ketika dia datang beraya di sini tiga tahun lepas. Argh! Sungguh... dia sangat menyakitkan hati. "Hoi, yang kau tercenggang kat sini ni buat apa?'' teguran kak Linda membuatku pantas berlalu ke atas semula.

Rumah kayu aku kini riuh rendah rasanya biarpun hanya dengan kehadiran keluarga Mak su. Kata ibu malam nanti Along akan balik. Yes! Tak sabarnya nak tengok anak buahku yang baru. Yelah, along dah lama tak balik kampung sejak berkahwin dan menetap di Singapura. Rancanganku untuk ke rumah Siti pada petang itu terbantut di situ.

"Diana, boleh tolong Mak su tak?'' suara Mak su menerjahku yang sedang asyik menonton televisyen. "Insyaallah, ada apa tu Mak su?'' aku bangun dari tempat duduk. Mak su menghulurkan duit dua puluh ringgit. "Tolong pergi bazar belikan lauk-pauk untuk Haz. Dia tak makan gulai ayam kampung.'' Balas Mak su. Gulp! Air liur yang ditelan terasa pahit. Aku? pergi belikan lauk untuk dia? Sebab dia tak makan gulai ayam kampung yang sedap gila tu?

"Boleh aje Mak su, tapi... Haz kenalah ikut sekali. Tak kan lah D nak pergi sorang-sorang.'' Aku sengaja. Hazran... jangan ingat kau boelh senang-senang nak arah aku ke situ sini sedangkan kau sedap duduk rumah goyang kaki. Ini bulan puasa tau! Angin aku memang tak cukup baik memandangkan aku pun berlapar dahaga jugak.

Huh! Melihatnya dengan rambut ala-ala k-pop tu pun dah buat aku naik menyampah. "Nah!'' aku mecampakkan kunci motosikal itu kepadanya. Terkebil-kebil dia memandangnya. "kau nak sangat pergi bazar kan, so.. faham-fahamlah.'' Ujarku. Aha! Kedengarannya kurang ajar tapi ada aku kisah? Tak kan aku pulak yang nak bawak motor ni. Kalau aku yang bawak maknanya sia-sialah rancanganku nanti.

"Dengan motor buruk ni?'' soalannya memang membuatku panas hati. Motor buruk dia cakap? Hey.. dengan motor buruk ni lah aku berulang alik ke sekolah hari-hari tau. Okey aje! "Jangan nak mengada-ngada sangat. Motor tok abah zaman muda-muda lagi ni tau. Kau hina motor ni sama jer kau hina tok abah sebab tok abah sayang giler dekat motor dia ni.'' Kata-kataku jelas membuatnya terdiam. Hehehe... saja je nak menyakat budak bandar yang belagak ni.

Tapi dia masih juga tidak bergerak. Berdiri di situ seolah-olah tiada apa yang berlaku. "Kau nak pergi tak ni?'' aku mulai mencekak pinggang. "Kau pergi sorang aje tak boleh? Nak kena teman-teman? Atau kau memang sengaja nak berdua dengan aku?'' ujarnya pula. Ngeee.... Berdua-dua dengan dia? Eh please lah, kalau aku mati hidup semula pun belum tentu mahu.

"Dah kau yang nak makan, kau pergilah. Atau kau nak makan gulai ayam kampung?'' tanyaku pula. Dia menggurut tekaknya perlahan-lahan. "Ee.. buat loya aje!'' ujarnya. Aku mencebik. Loya konon! Makan makanan mat salleh yang entah apa-apa tu tak loya pulak? "Dahlah, kalau tak nak pergi. Nanti berbuka aku gorengkan telur mata sebijik dengan kicap.'' Aku mulai melangkah untuk pergi tapi tanganku ditarik.

"Tak ada! Jom.'' Dia menarikku kembali ke motor itu. Aku menarik tanganku kembali. Hampir beberapa minit berlalu dia masih juga tidak dapat menghidupkan motor itu. Eh Haz, kau ni lelaki ke perempuan? Bila enjin hidup dia masih juga belum menekan gear motor. "Tekanlah gear tu,'' aku menyuruhnya. Apabila ditekan enjin pula yang mati. Aduh... agaknya sampai ke subuh tak dapat pergi bazar kalau mamat ni bawak motor.

Sebenarnya aku sayang kauWhere stories live. Discover now