sebenarnya aku sayang kau

Start from the beginning
                                    

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. 'Nanti Mak su panggilkan Haz, tapi dia tak pandai bawa motor. Duduk belakang dia pandai.'' Kata-kata Mak su tergiang-giang diingatanku. Yelah.. niatku tadi hanya untuk mengenakan Hazran aje. Memang sah, lelaki ini tak akan pernah mahu mengaku kalau dia sememangnya tidak tahu bawa motor. Kalau dah ego tu tinggai di awan memang susah nak turunkan. "Dahlah, malas aku nak pergi bazar.'' Dia mengalah akhirnya. Sewaktu langkahnya untuk pergi tanganku pula yang menariknya.

"Tak ada, jom.'' Aku mengulangi kata-katanya tadi. Dia membonceng di belakang. Kami berlalu dari perkarangan rumah. Sewaktu dalam perjalanan aku masih teringatkan minit-minit yang berlalu tadi. Aku tertawa sendiri. "Eh, kau kenapa? Dah gila?'' Dia bersuara. "Kau lah buat aku jadi gila.'' Balasku yang masih dengan sisa tertawa. "Maknanya selama ni kau memang dah gilakan aku lah yer?'' kata-katanya membuat tawaku terus mati.

"Tak ada maknanya nak gilakan kau. Nanti boleh jadi gila betul-betul aku.'' balasku. "Alah.. kalau tak nak mengaku tu cakap ajelah, tak payah nak buat alasan macam tu.'' Katanya. "Kau tu yang tak nak mengaku, kalau tak reti bawa motor tu mengaku ajelah.'' Kataku. Dia diam. Malulah tu. Aku mulai dihuni rasa bersalah. Tapi aku pun tak mahu berminta-maaf dengan dia. Dia pun tak minta maaf setiap kali sakitkan hati aku. Biarkan ajelah...

Selesai membeli lauk pauk yang diinginkan. Aku berniat untuk singgah ke rumah Siti. Dah alang-alang memang aku akan lalu di jalan rumahnya yang sama dengan laluan rumahku. "Eh, kenapa kau berhenti kat sini?'' "Nak jual kau!'' balasku acuh tak acuh. "Kau duduk sini.'' Aku mengarahnya. Langkahku terus ke depan rumahnya.

"Assalamualaikum,'' aku memberi salam. "Waalaikumussalam, Diana..'' Siti menjawap salamku dengan senyuman. "Nak apa datang petang-petang ni?'' dia sengaja mengajukan soalan itu. "Eleh, kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu..'' balasku. Dia tertawa. Pandangannya teralih ke arah lelaki itu. "Eh, siapa tu Diana?" soalnya. "Anak Mak su aku.'' balasku ringkas. "Oh.. yang masa kecik-kecik dulu tu? Kalau tak silap Hazran namanya.'' Kata Siti. Aku mengganguk perlahan. "Bila dah besar ni nampak kacak juga orangnya. Kau tak berkenan ke D?'' gelinya tekak aku mendengarnya.

"Terasa loya tekak aku Siti..'' balasku. Siti ketawa lagi. "Kau jangan D, benci ni lama-lama jadi sayang. Tak elok benci orang lebih-lebih nanti jadi suami baru tahu.'' Usik Siti. "Mintak jauh. Simpang malaikat 44. Dahlah, Siti.. baju raya aku mana? Aku nak balik dah ni.'' Aku sengaja mngalih topik perbualan. Yelah, aku memang tak sukakan topik yang itu. Si Haz tu jadi suami aku? dalam mimpi pun tak hingin. Boleh hancur rumahtangga aku agaknya.

Siti masuk ke rumah dan kembali dengan membawa beg plastik. "Kau tengoklah dulu. Kalau ada yang nak diperbetulkan kau cakaplah.'' Ujarnya sambil menghulurkan aku beg plastik yang berisi baju raya aku. Tersenyum aku melihatnya. "Tak adanya yang nak diperbetulkan. Aku yakin dengan khidmat kau.'' Balasku. "Oh ya, berapa ni?'' aku mengeluarkan beberapa not sepuluh tinggit.

"Macam biasalah D, aku tak berkira sangat dengan kau.'' Katanya. "Eh jangan cakap macam tu Siti, kawan lain. Berniaga lain.'' Aku menghulurkan tiga puluh ringgit. Dia masuk ke dalam dan menghulurkan bakinya kepadaku dua ringgit. "Nah bakinya.''. "Terima kasih Siti. Raya nanti jemput ke rumah yer.'' Aku bersalaman dengannya sebelum melangkah ke motorku.

"Kalau aku reti bawa motor ni memang aku dah lama aku tinggalkan kau kat sini.'' Hazran membebel. "Tak apa, nanti aku ajar kau naik motor. Bayarannya mahal sikit sebab kau ni musuh aku.'' balasku pula. "Tak perlu. Aku ada kereta.'' Dia sudah mula berlagak. Yelah, anak orang senang kan. Pada usia 20 tahun dah pakai kereta sendiri. Aku pulak masih lagi belajar, ke sekolah pun bawak kapcai ni jer. Nak tandingi dia? Memang tak lah...

"Nah! Pegang ni. Tak muat nak letak dekat sini.'' Aku menghulurkan kepadanya. Kami pun berlalu pergi.

Malam itu kami berbuka bersama. Gulai ayam kampung masakan tok abah memang terbaik. "Memang sedaplah gulai ayam kampung ni, dah lama tak merasa masakan air tangan tok abah.'' Kata Pak su. Tok abah tersenyum kecil. Selesai menunaikan solat maghrib, Ibu mengajakku sembahyang terawih bersama. Aku ingin mengikut ibu memandangkan ini adalah minggu terakhir kami berpuasa. Aku mengintai bilik tetamu. Kemana si Hazran ni? Lepas berbuka terus aje lesap entah kemana.

"Cari siapa D?" tegur Mak su. Mujur masih kuat jantungku. Kalau tak, memang dah go on tadi. Yelah, dengan memakai kain telekung sembayang warna putih dengan tiba-tiba muncul. siapa yang tak terkejut? Aku mengomel sendiri. "Haz mana Mak su?'' tanyaku perlahan. "Oh, Haz? Dia masih dekat tandas. Sakit perut katanya.'' Balas Mak su. Aku mengganguk perlahan. Iya ke sakit? desisku pula. "Tapi dia nak ikut sembayang terawih ni. Em.. D tunggu dia kejap pergi sekali.'' Pinta Mak su pula.

Mahu tak mahu terpaksalah aku tunggu si hazran tu. Kalau ikutkan hati memang tak mahu. Tapi apa boleh buat. Hmm... aku menompang dagu di atas tangga. "Weh, apa kau buat kat sini? Mama aku mana?'' suara lelaki itu muncul lagi. "Mama kau dah pergi dulu tadi. Dia suruh aku tunggu kau dekat sini.'' Balasku. Dia turun tangga tergesa-gesa. "Ee.. daripada berteman dengan kau baik aku pergi sorang-sorang!'' ujarnya. Langkahnya sudahpun meninggalkan aku terpinga-pinga di situ.

Ish! Langsung tak reti nak hargai orang. Menyesal aku tunggu kau kat sini tadi. Menyesal! Jeritku dalam hati. Baru saja langkahku ingin bergerak aku melihatnya berlari ke arahku lagi. Ni apehal pulak mamat ni? Dah kena sampuk ke apa? Tadi bukan main lagi tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. "Apehal kau ni?'' soalku. "Ah! budak-budak kampung kau tu lah. Sesuka hati baling mercun. Nasib baik tak kena kepala. Kalau tak, tak beraya lah aku.'' termengah-mengah jawapnya. Terkekeh-kekeh aku ketawakan dia. Mukanya kelihatan berang. Aku masih tidak dapat menahan rasa lucu itu. Lari dari mercun rupa-rupanya. Itulah balasan namannya. Lain kali jangan buat orang lain sakit hati.

Aku mulai melangkah meninggalkan dia. Budak itu masih suka menyakat Hazran memandangkan tadi Hazran sudah lari lintang pukang kerana takutkan mercun. Bukan mercun bahaya pun, setakat mercun kotak ni pun dah takut. "Eh, kau jalan depan aku boleh tak? Rimaslah.'' Aku menyuruhnya ke depan. "Tak nak aku. nanti bebudak tu baling mercun lagi.'' Balasnya pula. Aku tersengeh. "Tak adanya bebudak tu nak baling mercun. Diorang dah balik dah.'' Kataku tenang. padahal aku tahu budak-budak hanya menyorok di sebalik pohon bunga itu.

Dia memandang sekeliling. Memang tak kelihatan lagi budak-budak yang mengacaunya tadi. Sebaik sahaja langkahnya ke depan. Pommmm! Mercun itu terkena pada kain pelekatnya menyebabkan kainnya hangus terbakar. "Eh, api! Api'' aku pantas mengambil mayang pinang yang ada di pinggir jalan untuk memadamkan api. Alah sikit aje pun. Tapi mukanya sudah berpeluh sakan. Aku tertawa lagi.

"Ah! sudahlah kau. Kain aku dah hangus macam ni kau masih aje nak ketawakan aku." dia tidak jadi untuk ke surau sebaliknya mahu pulang ke rumah. Tiba di surau pun aku masih tak dapat lupakan peristiwa itu. Sisa ketawa pun masih belum hilang kerana Hazran.

*****

please vote if you like it,

thanks anyway.

Eiyla :)

Sebenarnya aku sayang kauWhere stories live. Discover now