"Ary cepatlah siap!" laung Puan Sri Aisya dari ruang makan.
"Ya,mummy dah siap ni" balasku sambil berlari menuruni anak tangga.
Di ruang makan...
"Wah, mummy masak nasi goreng paprik lah.Mesti sedapkan?"kataku.Biasanya mummy yang akan masak untuk kami sekeluarga.
"Mestilah sedap,mummy yang masak.Dah cepat makan.Dah pukul 7:00 ni." balas Puan Sri Aisya
"Mummy ,abang Naim mana? Tak nampak batang hidung dia pun."soalku kepada mummy dengan mulut yang penuh berisi nasi.
"Ish budak ni tak senonoh betullah,bercakap dengan nasi penuh kat mulut tu.Abang Naim kamu baru je pergi sekolah tadi."jawab Puan Sri Aisya
"Alah abang Naim tu, pergi sekolah awal-awal bukannya buat apa pun.Tengok macam Ary ni relax je hari-hari datang lambat."kataku dengan bangganya.
"Hmmm.. Yelah anak dara mummy kan brutal+taiko sekolah.Dah cepat siap,lambat nanti mummy tinggal.Mummy tunngu Ary dekat kereta ya,sayang."balas Puan Sri Aisya lalu berjalan meninggalkan ruang makan.
"Hehehehe.. Orait mummy! Ary dah siap ni."kataku sambil berlari mengambil beg sekolah PUMA berwarna coklat kesayanganku di ruang tamu.Aku menyambung larianku di garaj dan masuk ke dalam kereta Bentley putih mummy.
Di sekolah...
Puan Sri Aisya memberhentikan keretanya di tempat menunggu bas kira-kira 200 meter dari pintu pagar utama SMK Nicholas kerana itu merupakan permintaan puteri bongsu kesayangannya sejak dari hari tingkatan satu lagi.
Aku menyalami tangan dan mencium pipi mummy.
"Ary balik pukul berapa hari ni?"tanya Puan Sri Aisya
"Hari ni Ary balik pukul 5 ,ada mesyuarat agung koko.Al maklum la baru start sekolah."
"Ada je yang nak dibebelnya Ary ni.Harini papa yang ambil Ary tau,mummy ada hal nak uruskan dekat butik."
"Orait,madam!"jawabku.Kemudian aku terus berlari menuju ke arah pintu pagar sekolah.Haish aku ni asyik nak berlari je dari pagi tadi,tulah siap lambat lagi,kan dah kene berlari je.
Aku memandang sekilas jam G-Shock putih pemberian abang Naim.
"Mak aii dah pukul 7.29, matilah aku kene bebel dengan president pengawas yang kononnya hensem tu.Sampai hampir satu sekolah budak perempuan minat dekat.Haish tak faham aku."
"Ary cepat,Ary lagi sikit je nak sampai pintu pagar"Bisik hatiku sambil berlari dengan sekuat hati.
"Fuh,lega.. Akhirnya sampai juga."aku menghembus nafas lega.
"7.33 baru sampai?Apa alasan awak kali ni Ayra?"Annas a.k.a president pengawas mengajukan soalan kepadaku.Aku menjeling ke arahnya.Nama aku Nur Ayra Arissa binti Tan Sri Osman.Tetapi aku lebih selesa memperkenalkan diriku kepada rakan-rakanku dengan nama Nur Ayra Arissa binti Osman.Dekat sekolah, orang panggil aku Ayra manakala dirumah pula keluargaku memanggil aku dengan gelaran Ary.
"Ayra President Annas tengah cakap dengan kau,sempat lagi kau berangan dekat depan pintu pagar sekolah ni.Dah lah hari-hari datang lambat,perangai kau?Huh! tak payah cakap, lagi la ke laut."celah Qisya a.k.a timbalan president.
"Suka hati aku la nak berangan dekat depan pintu pagar ke atas tembok pagar ke apa ke,ada aku menyusahkan kau ke?! Lagi satu aku nak datang lambat hari-hari ikut suka aku la!Kerja kau just tulis nama aku dekat dalam buku laporan kau tu,then bagi dekat guru disiplin! Tak payah nak sibuk tanya aku asal aku lambat datang ke atau apa-apa yang berkaitan dengan aku."
"Ayra kami hanya menjalankan tugas sahaja.Apa salahnya awak bagi kerjasama yang baik?" kata Annas
"Hei, aku cakap tak payah sibuk nak tanya tu maksudnya tak payah la! Susah sangat ke nak faham! " jerit aku.
"Kau sedar tak yang kau tengah cakap dengan sapa sekarang ni?Mesti mak ayah kau tak ajar kau cara menghormati orang,kan?Kalau tak,takde lah asyik nama kau je yang masuk dalam buku laporan pelajar."sinis Qisya
"Jangan sesekali kau libatkan nama mak ayah aku!Mak ayah aku takde kene mengena dengan masalah aku."jawabku
"Stop it!"kata Annas yang menyaksikan perdebatan aku dengan Qisya.
"Ayra,awak boleh pergi beratur di dataran perhimpunan dan awak Qisya,sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar lain bukannya join sekali dengan diorang."tambah Annas
"Sorry."pinta Qisya
Kemudian semua pelajar dan guru memandang ke arah aku yang berjalan menuju ke dataran perhimpunan.Aku tidak mengendahkan pandangan mereka dan terus sahaja masuk ke dalam barisan.Aku tidak dapat focus dengan apa yang disampaikan oleh pengetua kerana fikiranku menerawang mengingati kejadian tadi.
"Tak guna kau Qisya,suka hati mak nenek moyang kau aje hina mummy dengan papa.Ingat aku akan biarkan aje kau hina amummy dengan papa sesuka hati? No way! Kau tunggu jelah,aku akan balas balik."monologku
Maaf kalau cerita ni boring dan banyak typo ..hehehe
Nak komen apa2 pasal cerita ni?Dipersilakan
YOU ARE READING
Dia Sebenarnya Pereka Fesyen?!(HOLD)
Teen FictionNur Ayra Arissa Binti Tan Sri Osman berumur 17 bersekolah di SMK Nicholas tetapi tiada siapa yang tahu bahawa Ayra merupakan anak orang berada kerana pakaiannya tidak seperti orang berada dan perwatakannya yang brutal sehingga murid-murid di sekolah...
