Masa Untuk Pergi!

56 5 0
                                    

Leena POV
     "Korang,bangunlah! Dah lewat ni.."Leena mengetuk pintu bilik Jin dan RapMon.Tak lama kemudian,Jin membuka pintu.
     "Kejut RapMon tau!"ujar Leena.Jin hanya mengangguk sambil menggosok matanya.Leena terus menapak ke bilik Jimin,Suga dan J-Hope.Dia membuka pintu untuk kejut mereka sebab mereka ni memang susah nak bangun tido,same je macam Jungkook ngan V.Nasib baikla Jin senang nak bangun.So,dia akan kejut Jin dulu and Jin boleh tolong kejut RapMon.
     "Oppa,ireona!" Leena menggerakkan tubuh Jimin.Jimin membuka sebelah matanya sebelum bangun untuk duduk di atas katil.
     "Pukul brape sekarang?" soal Jimin.
     "Pukul 8.Dah pegi mandi lepas tu turun sarapan." Jimin hanya mengangguk lalu mengambil tuala yang tersidai.Dia menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
     Leena beralih pula ke katil J-Hope.
     "Oppa,ireona.Dah pagi ni..." J-Hope menggeliat sebentar sebelum bangun menuju ke luar bilik.Dia menuju ke bilik air di bawah kerana Jimin menggunakan bilik air di dalam bilik mereka.
     Leena beralih pula ke katil Suga yang berada di hujung.Leena tertawa kecil melihat keadaan Suga yang sangat comel ketika tidur dengan mulut kecilnya yang terbuka sedikit.
     "Oppa,ireona!" jerit Leena di sebelah telinga Suga kerana Suga memang seorang yang sayangkan katil dengan bantal sampaikan ade satu hari tu dia cakap nak kahwin dengan bantal.Ade ke patut?!
     Suga terus membaling Leena dengan bantal.Tepat kena kat muka sampai terjatuh Leena dibuatnya.Dia menggosok perlahan punggungnya yang terasa sengal kerana mencium lantai.
     "Aduh,sakitnya! Tak boleh jadi ni!" Leena segera memukul Suga dengan bantal yang dia kena baling tadi.
     "Yah! Ireona!!" jerit Leena.Jin yang terdengar jeritan Leena terus menghampiri dia.Jimin yang tengah mandi pun keluar dengan hanya memakai tuala.Nampak six packs ooo...Nasib baik dah siap mandi.
     "Kenapa buat high note pepagi ni?" soal Jin.Jimin pula menggaru kepalanya yang tidak gatal.Leena menghalakan jari runcingnya ke arah Suga yang masih lena diulit mimpi.
     "Ade ke patut dia baling Leena ngan bantal? Sakit tau tak..Pepagi buta pun dah kena camni.Apalah nasib.." adu Leena.Jimin hanya tergelak kecil.Jin pula menggelengkan kepalanya melihat Suga.
     "Hmm...takpela..Biar oppa yang kejut.Leena pergilah kejut Jungkook ngan V." ujar Jin.Leena hanya angguk sebelum memberikan jelingan maut kepada Jimin sebab gelakkan dia.Jimin membuat muka toya dia sebelum blah.
     Leena menapak ke bilik Jungkook dan V pula.Kali ni dia lebih bersedia supaya tak kena baling dengan bantal or whatever.
     Dia membuka pintu perlahan-lahan lalu menuju ke katil V.
     " Oppa,ireona!" Leena menggerakkan tubuh V sedikit namun belum sempat lagi nak kejut...

Bukkk...
    
     Leena memegang perutnya yang senak akibat ditendang oleh V.Leena menggigit bibirnya menahan sakit.Akibat terlalu geram,Leena menyimbah air ke arah V.V yang terkejut segera bangun dan memandang Leena yang memegang perutnya.
     "Yahh! Gwenchana? Kena apa ni?" soal V.Leena tidak bersuara namun menunjuk ke arah Jungkook.
     "Kejut dia!" Leena terus keluar dari bilik diorang.Leena lalu di depan bilik RapMon terkejut apabila mendengar RapMon memanggilnya.
     "Ade apa,oppa?" soal Leena.
     "Are you okay? Kenapa dengan perut tu?" soal RapMon prihatin.
     "V tendang." ujar Leena.
     "Bo? V tendang?! Asal boleh jadi camtu?" soal RapMon.
     "Leena kejut dia tadi.Tak sangka pulak dia tendang.Straight kena perut pulak tu.Senak jugak la.." ujar Leena.RapMon hanya menggeleng kepala.
     "Apa nak jadilah budak tu.Ni ok tak ni? Nak ubat?" soal RapMon prihatin.Leena hanya menggeleng sebelum beredar ke dapur dan menolong Jin menghidangkan sarapan.
      Mereka semua bersarapan dengan enak sekali.Semuanya bising kecuali Leena yang bengang melihat dua ekor makhluk di depannya yang tersengih cam kerang busuk.
     "Alaa....sorry la Leena.Kitorang tak sengaja.Mianei...Jeongmal mianei..." ucap V dan Suga sambil membuat muka comel plus puppy eyes.
     "Takyah la wat muka camtu.Bukan comel pun." bidas Leena.Jin hampir sahaja tersedak mendengar jawapan Leena.Yang lain hanya tergelak mendengarnya.
     "Haih...dahla tu.Leena ,maafkan diorang,ok?!" ujar Jin memujuk Leena.
     "Hmm,yela...Leena maafkan." ujar Leena.
     "Waa...gomawo.Nanti oppa belanja something,ok?!" ujar V.Suga pula mengangguk menyokong V.
     Leena hanya tersengih.Jungkook yang duduk di sebelahnya hanya tertunduk menghadap makanannya.'Kenapa aku rase camni?' Dia mengepal penumbuknya.
     Tiba-tiba Leena memegang tangannya di bawah meja.Dia mengusap perlahan tangan Jungkook untuk menenangkannya.Dia tahu perasaan Jungkook sekarang.
     Dia membuat bulatan kecil pada tangan Jungkook membuatkan Jungkook blushing.Jungkook tahu Leena sering berbuat begitu bagi menenangkannya dan dia amat menyenanginya.

Skip

     "Okay,dah siap semua?"soal Jin kepada membernya.Mereka semua hanya mengangguk.
     "Jom gerak!"jerit V teruja.Mereka semua memasuki kereta.Jin memandu manakala RapMon di sebelahnya.J-Hope,V dan Suga di seat kedua manakala Leena,Jungkook dan Jimin di seat belakang sekali.Mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Bang PD-nim sebelum bertolak.
      Keadaan sangatla riuh sebab mereka berkaraoke bersama.Setelah dua jam,keadaan menjadi senyap kerana kebanyakan mereka telahpun terlelap kecuali Leena dan Jin yang sedang memandu.Hanya bunyi radio sahaja yang memecah kesunyian.
     Leena membetulkan kedudukan kepala Jungkook di bahunya agar dia lebih selesa.
     "Err...Leena." panggil Jin.
     "Ya" ujar Leena lalu memandang Jin yang sedang memandu.
     "Awak betul-betul sayangkan Jungkook ke? " soal Jin.
     "Kenapa oppa tanya macam tu?" soal Leena pelik.Sebelum ni takde pulak orang tanya dia macam tu.
     "Saje je.Oppa tak tau nak borak pasal ape.Lagipun,oppa tak nak Leena sakitkan hati Jungkook.Kalau boleh oppa nak tengok Leena kahwin ngan dia suatu hari nanti." ujar Jin panjang lebar.Leena tersenyum sekilas seraya memandang Jungkook yang sedang lena.
     "Kalau boleh Leena pun nak macam tu.Leena takleh bayangkan hidup Leena tanpa Jimin oppa,Jungkook oppa,Jin oppa dan yang lain.Korang jela family yang Leena ada.Lagipun Leena sayang sangat kat Jungkook.Kalau takde masalah,kami akan teruskan hubungan ni." ujar Leena sambil mengusap tangan Jungkook.
     "Baguslah kalau macam tu.Lega oppa dengar.Takdelah oppa risau lepas ni.Kalau boleh oppa nak anak saudara cepat-cepat." usik Jin.Leena mula blushing.Jin hanya gelak melihat Leena.
     Tiba-tiba,mata Leena terasa semakin berat dan badannya mulai keletihan.
     "Oppa,oppa tak kisah kan kalau Leena nak tidur.Ke oppa nak Leena temankan oppa?" tanya Leena.
     "Eh,takpelah.Leena tidur je.Oppa okay,Lagipun radio kan ade." ujar Jin.
     "Ok." ujar Leena ringkas.Tidak lama kemudian,hanya bunyi radio kedengaran menemani Jin.Awan hitam berarak menyebabkan keadaan mendung.'Haih,janganlah hujan lagi.' pinta Jin dalam hati.Dia fokus memandu apabila tiba-tiba ade sesuatu melintas di depan keretanya memaksa dia brek mengejut.
     Member BTS dan Leena yang sedang tidur terhumban ke hadapan menyebabkan mereka bangun secara mengejut.
     "Ke-kenapa ni hyung?" soal Jungkook risau.Mereka terpisat-pisat bangun.RapMon memegang bahu Jin.
     "Hyung,gwenchanayo?" soal Jin.Jin terkaku dan jari telunjuknya terketar-ketar menunjuk ke arah jalan.Mereka semua memandang ke hadapan namun tiada apa-apa.
      Suga turun dari kereta dan pergi ke hadapan kereta diikuti V dan RapMon.J-Hope pula sudah merasa seram sejuk.
     "Wei,aku rasa tak sedap hati ar.Suruh la diorang masuk cepat." ujar J-Hope bimbang.
     "Isyh...jangan mengarut la hyung.Tengok tu,Suga hyung cakap takde pape pun." ujar Jungkook.Leena memegang tangan Jungkook menyebabkan Jungkook terkejut.
     "Awak,sejuknya tangan.Awak ok tak?" soal Jungkook.Jimin yang mendengar risau melihat keadaan adiknya.
     "Betul cakap J-Hope oppa.Lebih baik kita pergi sekarang." ujar Leena.Jimin segera memanggil mereka dan menyuruh mereka masuk.
     "Hyung,hyung ok tak? Boleh drive?" tanya RapMon setelah dia duduk di tempatnya.Jin hanya mengangguk kecil lalu memandu menuju ke rumah agam mereka.Keadaan di dalam kereta menjadi senyap sehinggalah Suga mencelah.
     "Leena,did you saw something?" soal Suga.Yang lain memerhatikan Leena yang pucat selain Jin.Leena mengangguk kecil.Mereka semua mengeluh.Maklumlah,Leena dilahirkan dengan kebolehan untuk melihat benda yang orang tak boleh lihat.Setiap kata-katanya memang kena percaya kalau nak selamat dari 'benda' tu.
     "Dahlah...awak rehat dulu..bila dah sampai nanti saya kejut." ujar Jungkook lalu meletakkan kepala Leena ke bahunya.Dia mengusap perlahan rambut Leena agar dia tertidur.Jimin hanya melihat adiknya dengan perasaan risau.
     Mereka semua tidak tidur sehinggalah tiba di rumah agam itu.Jungkook mengejutkan Leena lalu memimpinnya turun dari kereta.Mereka mengangkat barang masing-masing menuju ke dalam rumah.Sebaik sahaja Jin membuka pintu rumah agam itu,angin sejuk menerpa seolah-olah menyambut kedatangan mereka.
     Jin segera membahagikan bilik kepada mereka semua.Leena di bilik hujung,V dan Jungkook di sebelah bilik Leena,Jimin,J-Hope dan Suga pula di sebelah mereka dan bilik Jin dan RapMon merupakan bilik yang terakhir.Mereka mengemas barang masing-masing dan berehat kerana kepenatan.Kecuali seorang,iaitu Leena.

The Haunted MansionWhere stories live. Discover now