Part 26

6.3K 262 15
                                    

Sepanjang hari kerja aku menangis.Yelah..kakak aku dah jauh dari aku..Huhu..Hari ni hari jumaat.Minggu depan papa,mama dengan Ell akan balik.Kerja mereka dah selesai tetapi mereka nak shopping.Ye lah,bukan senang nak sampai ke negara orang.

Kaki aku terlalu senang untuk melangkah.Entah kenapa aku mahu pergi ke bilik bacaan.Sampai di depan pintu bilik itu,aku membukanya perlahan-lahan.Hmm..tak ada orang.Kaki aku melangkah ke arah rak buku berwarna putih itu.Ada banyak buku dan album gambar.Tangan aku menarik satu dari album di situ.

Selepas itu aku pergi duduk di sofa putih yang ada di situ.Aku membuka helaian pertama.Ada gambar papa,mama dan..seorang budak lelaki dan perempuan.Kejap! Aku macam pernah nampak budak lelaki ni..Dekat mana eh?

Aku membuka helaian disebelahnya.Mata aku terbeliak.Ni..bukan ke..Ayah?! Macam mana gambar ayah dengan papa ada dekat sini?! Ibu dengan mama pun ada?! Ya Allah! Apa ni?!

Helaian ketiga aku buka.Kali ni ada gambar sebuah keluarga.Yang aku tahu ni gambar ayah,ibu,yang gadis yang seperti pelajar sekolah rendah itu sudah tentu Kak Saufa.Bayi itu sudah semestinya aku! Tapi..siapa budak lelaki ni? Mukanya tak sama seperti budak lelaki dari gambar lagi satu.Siapa dia sampai dia masuk gambar keluarga aku ni?

Album di tangan aku hampir terlepas dari tangan apabila aku lihat ada nama tertera di situ

"Ibu,Ayah,Saufa,Faiz dan Humaira.."

Faiz? Maknanya nama budak ni Faiz? Tapi..dia ni siapa?

Aku malas nak fikir dengan lebih lanjut bila kepala aku pening.Album itu aku tutup tapi aku tidak meletaknya di rak.Ia masih di tangan aku.Kepala aku sandarkan pada sofa itu.Aku urut sedikit kepala yang mula berpinar itu.Saat itu juga aku terlihat kalendar.

15 April...

Huh?! 15 April?! Ya Allah!

Aku terus berjalan keluar dari bilik itu.Aku mahu menuju ke bilik semula.Kenapa aku tak ingat hari ni Ya Allah?!

Ketika aku melalui bilik muzik,aku terdengar alunan piano yang membuatkan langkah aku terhenti.Aku tersentak.Lagu ni...lagu ni...

Aku memulas pintu bilik itu.Aku tak tahu apa yang aku buat tetapi aku nak dengar lagu itu lagi.Aku lihat Emran sedang asyik bermain dengan piano.Aku terus duduk di sofa walaupun Emran masih tidak sedar akan kehadiran aku.Mata aku dipejamkan.Segala memori dengan ayah terngiang-ngiang di ingatan aku.

I can show you the world
Shining,shimmering,splendid
Tell me princess,now when did
you last let your heart decide?

I can open your eye
Take you wonder by wonder
Over,sideways and under on a magic carpet ride

A whole new world
A new fantastic point of view
No one to tell us no
Or where to go
Or say we're only dreaming
(Author malas nak tulis dah.Buka je video kat atas eh?)

Lagu ni lah yang arwah ayah paling suka nyanyi untuk aku sewaktu aku kecil.Mesti dia nyanyi dengan ibu sebab lagu ni lagu duet.Ya Allah..aku rindu kenangan tu.Dah tiga tahun aku tak dapat dengar lagu tu.

Tanpa aku sedari air mata aku mengalir sewaktu aku membayangkan kenangan.Aku rindu ayah..Aku rindu ibu.Aku rindu kasih sayang mereka.

"Maira? Kenapa kau nangis ni?"Aku terus membuka mata apabila mendengar suara Emran.

Emran duduk di sebelah aku.Mukanya penuh dengan kerisauan.Aku tahu dia terkejut lihat aku di sini.Namun,air mata aku semakin mengalir melihat dia.

Jari jemarinya mengelap air mata di pipi aku.Senyuman nipis terukir di bibirnya.Kenapa kau terlalu baik Emran? Aku ni memang tak layak untuk manusia sesempurna kau.

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now