"Dengar, jangan sesekali kau keluar daripada bilik ni walau apapun yang berlaku, kunci pintu," ujar Danish tegas dan serious.

"Faham tak?"

Qira mengangguk faham. Dia tak percayakan suaranya untuk berbicara. Danish melepaskan keluhan lega. Dia segera melangkah ke pintu bilik. Tombol pintu dipulas perlahan balik. Dia sempat berpaling pada Qira sekilas sebelum melangkah keluar daripada bilik itu.

Danish melangkah ke biliknya. Seperti yang dijangkakan, seorang lelaki berada di dalam biliknya sedang mencari sesuatu. Perlahan-lahan Danish mencapai sebatang pemukul yang disediakan di dalam biliknya untuk tujuan tertentu. Danish mendekati lelaki yang sibuk memasukkan barang ke dalam sebuah beg ITU. Dia mengukir senyuman sinis sebelum menghayun kayu itu tepat pada belakang kepala lelaki itu menyebabkan dia tak sedarkan diri.

Danish segera mencapai tali dalam lacinya dan mengikat kaki dan tangan lelaki yang tak sedarkan diri itu.

Setelah selesai, Danish melangkah keluar daripada biliknya. Apabila memastikan kawasan tersebut kosong, Danish mengatur langkah ke ruang tamu. Sekali lagi Danish mengukir senyuman sinis sebaik terpandangkan seorang lelaki membelakanginya.

Tanpa ragu, Danish mendekati lelaki itu, dan menekup mulutnya menggunakan teknik kemahirannya, Danish membelasah lelaki itu dengan sepenuh tenaga.

"Woi,"

Danish pantas berpaling. Lelaki yang memakai topeng itu mengempal tangannya dengan marah. Dia segera bertindak menerkam Danish.

Belum sempat Danish menghayunkam penumbuk pada lelaki bertopeng itu, Danish jatuh terduduk akibat tusukan kuat pada bahagian perutnya. Danish sekali lagi mengerang kesakitan apabila lelaki bertopeng itu, mencabut pisau itu secara paksa.

"Kau memang cari nahas,!" Ujar lelaki bertopeng itu diringi ketawa jahat.

QIRA mundar-mandir di dalam biliknya. Entah mengapa, dia berasa tidak senang hati. Perasaannya tak tenang selagi dia tidak tahu apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi apabila Danish masih tidak bagitahu apa-apa kepadanya. Tadi, dia mendengar satu suara lelaki yang menjerit.

Jantung Qira bagai disentap apabila dia mendengar satu suara mengerang kesakitan. Suara yang cukup dikenalinya. Suara Danish. Tapi kenapa Danish mengerang kesakitan. Qira mula cemas. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Perasaannya membuak-buak ingin turun dan lihat apa yang berlaku. Tapi amaran Danish kepadanya membantutkan niatnya. Sekali lagi, suara Danish menyapa telinga.

"Okey, aku nak turun," bisik Qira pada dirinya sendiri.

Dengan perasaan yang berdebar-debar Qira melangkah keluar daripada biliknya. Dia memerhati sekeliling. Clear.

Kaki diatur ke arah tangga. Perlahan-lahan dia menuruni setiap anak tangga tanpa membuat sebarang bising. Sebaik sahaja dia semakin dekat dengan ruang tamu, Qira dapat mendengar dengan jelas suara seorang lelaki ketawa jahat. Qira menelan air liur.

Qira bekira-kira untuk memanjat kembali ke biliknya apabila suara lelaki bercakap menghentikan niatnya.

"Nampaknya kau memang terpaksa mati,"

Mata Qira terbuka luas. Tanpa berfikir panjang Qira menerpa ke ruang tamu.

Sebaik sahaja melangkah ke Sana,matanya dihidangkan dengan pemandangan yang kurang menyenangkan. Danish sedang terduduk dia atas lantai sambil memegang perutnya. Paling mengejutkan, adalah titisan merah yang memenuhi karpet dan lantai rumahnya itu.

"Berhenti," Qira menjerit tanpa berfikir panjang. Danish dan lelaki bertopeng itu mengalihkan pandangannya pada Qira yang tidak jauh daripada mereka. Qira perasan riak wajah Danish terus berubah apabila melihatnya. Riak wajahnya seolah dia tengah marah.

"Hai, terpaksalah aku korbankan dua orang malam ni,"

Riak wajah Danish semakin tegang.  Dia cuba untuk berdiri, namun kakinya tidak dapat menampung beratnya. Betis kirinya ditikam oleh lelaki bertopeng tadi.

"Wei mak Cik, lari!!," jerit Danish sedaya upaya untuk berdiri.

Qira kebuntuan. Dia memang ingin lari tapi dia tak ingin tinggalkan Danish sendirian. Lelaki bertopeng itu mendekati Qira dengan langkah kecil.

"Lari!!" Tempik Danish lagi melawan rasa sakit yang semakin menular. Dia sudah kehilangan banyak darah. Bila-bila masa saja dia akan pengsan. Danish tetap memaksakam dirinya untuk membuka mata.

Lelaki bertopeng itu, semakin mendekati Qira. Qira mengundur beberapa langkah ke belakang.

"Cepat lari," suara Danish semakin lemah. Pandangannya semakin kabur. Dia mengerdipkan matanya berkali-kali umtuk mendapatkan kembali pandangannya. Matanya sempat memandang Qira sebelum, kegelapan mengambil alih pandangannya.

Aku Suami Kau Isteri ✅Where stories live. Discover now