Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.

1

1K 70 0
                                        

   Aku terjaga dari tidurku. Seperti biasa, sesudahnya aku mengemas katilku, aku terus menuju ke tandas untuk membersihkan diri. Aku mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membersihkan diri. Tepat jam 7:30 pagi, setelah aku keluar dari kamar mandiku, sarapan sudah tersedia di tepi katil. Roti bakar dan air kopi adalah menu sarapanku setiap hari. Jika ada hari yang istimewa, aku akan disiapkan dengan sarapan yang agak mewah dan lain dari kebiasaan. Usai menjamah sarapanku, aku kini bersiap sedia untuk pergi beriadah. Aneh bukan? Manusia selalunya akan beriadah dan bersarapan kemudiannya. Tetapi aku tidak. Adakah aku berbeza? Mungkin. Aku sendiri tidak faham akan diriku.

Hari ini adalah hari terakhir aku disini, di hospital ini. Aku akan dibebaskan kerana keadaanku semakin pulih. Doktor memaklumkan kepadaku bahawa aku telah 98% pulih. Ketidakstabilan mentalku juga dapat kukawal. Sikap amarahku juga semakin lama semakin berkurang. Aku duduk di atas salah satu bangku yang disediakan di taman tersebut. Aku meneliti parut di tanganku ini. Parut yang dihasilkan oleh aku sendiri. Ya. Oleh kerana keadaan mentalku yang tidak stabil, aku merasakan bahawa tangan yang aku miliki ini bukanlah tangan aku yang sebenarnya, jadi aku cuba untuk memotong tangan aku tetapi ibuku berjaya menghalang dan lantas aku dimasukkan ke dalam hospital ini. Bercakap tentang ibuku, aku kadangkala terfikir, adakah ibu aku masih bernyawa atau tidak. Jika dia masih mempunyai nyawanya, apa yang sedang lakukan disaat aku sedang melawan penyakitku ini. Sejak 3 tahun yang lalu, sejak pertama kali aku ditempatkan di sini, ibu tidak pernah melawatku, sekali pun tidak. Apakah ibu tidak menganggap aku sebagai anaknya lagi? Mungkin tanggapanku benar. Mungkin juga ibu hanya memberikan sepenuh perhatiannya terhadap adik kembarku, Mutia?

Warden mengiringi aku bersama beberapa beg bajuku. Aku diminta untuk ke ruangan Doktor Haikal sebelum aku beredar dari hospital ini. Dalam perjalananku, aku membayangkan apa yang akan doktor kacak kacukan belanda-melayu itu katakan pada aku. Adakah dia akan melamar aku? Tidak mungkin. Doktor Haikal mungkin terdesak untuk beristeri jika dia melamarku. Aku ketawa kecil selepas aku berhenti dari lamunanku. Setibanya aku di hadapan pintu bilik Doktor itu, warden yang mengiringiku meminta aku untuk tunggu sebentar sebelum masuk. Selang beberapa minit, warden memberikan aku isyarat yang aku sudah boleh masuk ke dalam bilik Doktor Haikal.

"Assalamualaikum, Doktor Haikal."

"Waalaikumussalam, and I have told you so many times, call me Hai. Do not call me Doctor Haikal. Panjang sangat."

"You know what Doctor, you are so picky."

Sememangnya Doktor Haikal seorang yang cerewet. Semua perkara yang dilakukan hendaklah ringkas, selesa dan memadai.

"So I think you have prepared all your belongings because you dah boleh keluar from this place, am I right?"

"Yes."

"So here is my card, if you nak minta tolong or nak tanya apa-apa or you rasa macam kusut or stress, you can call me. I am still your doctor. Your condition so far, all good, I give you 5 stars because you are my first patient yang recover so soon. That's all. You dah boleh keluar. Here is the permission letter. Give it to your warden."

"Thank you Doctor Hai."

Apabila aku melangkah keluar dari pagar hospital, aku mendapati bahawa Mutia sedang menungguku. Alangkah bahagianya apabila aku melihat keluarga aku masih menyayangi aku. Mutia membawa aku berjalan-jalan di sekitar bandar dan menunjukkan tempat-tempat yang menarik yang selama 3 tahun ini, aku tidak dapat melihatnya. Dan Mutia juga membawa aku berjumpa dengan tunangnya, Amir. Amir begitu teruja kerana Mutia mempunyai saudara kembar iaitu aku. Aku juga turut gembira melihat Mutia dan Amir gembira.

Oh ya, aku lupa untuk memperkenalkan diri aku, nama aku Tiara dan aku lahir beberapa minit lebih awal dari Mutia.

HalusinasiHistorias para obsesionarse. Descúbrelo ahora