PSYCHO

13.6K 252 24
                                        

BAB 1

Di rumah Arfa

Vroom Vroom Vroom.. Bunyi deruman super bike berjenama Ducati milik Siti Wardiena Ixora telah mengejutkan Arfa.

"Aku suruh bawak kereta tak nak, nak jugak bawak moto super bike ni" ucap Arfa separuh berbisik.

"Hello? Excuse me? Ingat aku tak dengar ke apa yang kau cakap? Moto ni banyak berjasa dekat kau tau, bersyukurlah sikit. Ni tak, hari-hari nak bebel macam mak nenek" Panas hatinya apabila ada yang mengutuk tentang moto kesayangannya.

"Yelah, yelah. Sorry, aku bukannya nak marah kau. Dah ye? Jangan lah monyok macam ni. Nanti Daniel nampak, dia cakap aku buli kau pulak"

"Biar lah, tu tandanya dia sayang aku. Lain kali kalau aku dengar kau kutuk moto ni lagi, siap kau" ugut Wardiena sambil menepuk-nepuk moto kesayangannya.

"Ye, ye. Sayang sangat dengan moto ni. Aku suruh kahwin dengan moto super bike kau ni tau lah."

"Mana boleh!" ucap Wardiena dengan tegas.

"Kenapa pulak tak boleh?" tanya Arfa, blur.

"Nanti, sape yang nak kahwin dengan Daniel kalau bukan aku." ucap Wardiena dengan ala-ala divanya.

"Eii, minah ni perasannya!" Akhirnya, mereka ketawa geli hati.

"Tolong pakaikan helmet, tangan aku terseliuh lah." kata Arfa dengan muka comelnya sebagai tanda simpati.

"Macam mana boleh terseliuh? Lain kali cuba hati-hati sikit." walaupun mulut Wardiena sibuk menasihati Arfa, tangannya juga sibuk memakaikan helmet di kepala Arfa.

"Thanks, sayang kau." kata Arfa pada Wardiena. Tanpa membalas kata-kata Arfa, super bike milik Wardiena meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Arfa.

DI TAMAN

"Sorry guys kitorang lambat. Pagi tadi ada budak perli moto super bike aku" Arfa tahu sindiran tu ditujukan pada dirinya.

"Bukan perli lah, nasihat je. Kan molek, kalau kau pakai kereta."

"Wardiena, tadi Daniel cari kau. Tapi, sekarang ni aku tak tau dia kat mana" Hayani malas nak dengar kawan-kawannya bergaduh pagi ni.

"Ok, nanti aku mesej dia" tiba-tiba telefon bimbit kepunyaan Wardiena berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia segera membaca mesej tersebut.

Hye Diena, this is your future husband. Where are you, dear? Come to cafe right now, I have something for you and your friends.

Wardiena tersenyum seketika selepas membaca mesej yang baru dihantar oleh future husbandnya. Dia segera membalas mesej tersebut.

Hye Dani, your future wife here. Orait, we'll be right there. Love you!!

"Senyum sorang-sorang makruh." kata Intan sambil mengintai telefon bimbit Wardiena. Arfa, Nazihah, Irani dan Hayani tersenyum mendengar ayat yang terkeluar daripada mulut Intan.

"Ehem, guys. Daniel kata nak jumpa kita dekat kafe. Ada benda nak bagitau, jom!" Lengan Arfa dan Irani disambar lalu ditariknya. Tersentak mereka berdua apabila Wardiena melakukan sebegitu rupa.

"Yelah, aku tau kau tak sabar nak jumpa Daniel. Tak payah lah tarik tangan aku macam ni sekali, sakit tau tak." kata Arfa dengan sedikit bengang.

"Opps, sorry. Excited sangat nak jumpa Daniel."

"Haish. Tolong lah jangan nak berjiwang karat sangat dekat sini, Wardiena oi." Hayani sudah kegelian mendengar apa yang Wardiena katakan sebentar tadi.

"Eh, suka lah. Tau lah kau dengan Aliff tu tak pandai jiwang, jeles lah tu." Hayani dengan Aliff tak pernah pun tunjukkan mesra diorang depan kawan-kawannya yang lain.

"Apa-apa jelah, bukannya dapat duit pun kalau jiwang."

Di Cafe

"Hye, dear. Lambatnya sampai, ingatkan tak datang?" Sapa Daniel.

"Hehe. Dah datang pun, depan mata ni hah. Sorry lambat." Daniel hanya mengangguk tanda faham.

Hayani merasa bahunya dicuit seseorang, lalu dia berpaling ke belakang. Dia lihat Aliff sedang tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Hye, baru sampai?" tanya Hayani.

"A'ah, baru je. Tadi Zul call, katanya ada hal nak bagitau. Waktu tu pulak, Aliff tengah drive on the way datang kafe. Aliff pecut aje lah, ingatkan Yani da sampai."

'alahai, dia ingat kat aku jugak rupanya. Ni yang tak boleh ni, nak cair aje lah jawabnya.' bisik Hayani dalam hati.

"Eh, duduk lah." pelawa Aliff. Hayani pun apa lagi, duduk jela orang da pelawa kan? Aliff pula duduk di sebelah Hayani.

"Semua da sampai kan? Boleh lah kita start sekarang"

"Sebenarnya kitorang nak pergi camping, kitorang nak ajak korang sekali. Nak ikut tak?" tanya Asyraf.

Jeng... jeng.. stop kat sini dulu lah.. tunggu episod ke-2, bye!

PSYCHOStories to obsess over. Discover now