"Ji Hyo? Ji Hyo gwenchana?" sebaik saja Ji Hyo membuka mata,suara risau milik Jinhwan mula bermain ditelinganya. Tetapi Jinhwan bukanlah orang yang Ji Hyo mahu lihat,dia mahu tahu dimana Hanbin. Mengapa tiada Hanbin disitu?
"H..han..Hanbin mana?" Tanya Ji Hyo. Matanya melilau diseluruh bilik rawatan,mencari kelibat Hanbin. Jinhwan tertunduk,menggigit bibir bawahnya.
"Molla tapi tadi pengetua panggil dia" jawab Jinhwan memandang ke anak mata Ji Hyo. Ji Hyo memegang kain basah yang diletakkan diatas kepalanya,diletakkan ditepi bantal dan dengan kaki lemahnya,Ji Hyo cuba untuk turun dari katil yang disediakan di bilik rawatan.
"Ji nak pergi mana?? Ji rehat je dulu. Jangan bergerak" kata Jinhwan risau. Tetapi usahanya sia-sia kerana Ji Hyo tetap dengan pendiriannya.
"Ji please. Kalini je. Dengarlah cakap Hwan. Jebal" rayu Jinhwan risau dengan keadaan Ji Hyo. Ji Hyo memandang Jinhwan sayu, senyuman tipis diberikan.
"Hwan.. i'm ok. Ji cuma nak pastikan keadaan Hanbin" kata Ji Hyo yang sudah sampai di pintu bilik rawatan. Jinhwan mengeluh,memang susah nak pujuk Ji Hyo.
"Ok but biar Hwan teman Ji" pinta Jinhwan. Jika itu yang terbaik,dia mahu lakukannya. Ji Hyo berfikir sejenak,kemudian dia mengangguk setujut. Tanpa disuruh,Jinhwan memapah Ji Hyo ke pejabat pengetua.
"Budak baru dah pandai buat hal! Sudahlah tak ada apa-apa maklumat tentang kamu! Ini..ini peluang terakhir. Sekali lagi kamu buat hal, saya tak teragak-agak memberhentikan kamu!" jeritan Pengetua Baek dari dalam pejabat dapat didengari dari luar. Kaki Ji Hyo secara tak langsung terasa lemah.
Kelihatan Pengetua Baek keluar dari pejabat dengan muka bengisnya. Diikuti beberapa ahli iKon dan akhirnya Hanbin keluar dengan surat merah ditangannya. Hanbin memandang Ji Hyo cuak. Terus saja mendekati Ji Hyo.
"Kenapa bergerak???" tanya Hanbin risau. Ji Hyo tidak balas malah menarik kasar tangan Hanbin ke satu tempat. Jinhwan masih terpinga-pinga,mungkin ada benda penting yang mereka ingin bincangankan jadi Jinhwan mengambil keputusan untuk pulang ke kelas semula.
-----------
"Mianhae" kata Ji Hyo sambil tertunduk. Mukanya jelas mengatakan bahawa dia sedang berasa serba salah. Hanbin mengangkat sebelah keningnya.
"Mianhae?" Tanya Hanbin keliru. Mengapa dia meminta maaf? Ji Hyo mengeluh kecil. Setelah memejamkan matanya buat beberapa saat,Ji Hyo kembali membuka semula matanya.
"Awak kena marah sebab sa.."
"Tugas saya. Cik Muda jangan risau. Benda ni memang biasa berlaku. Mungkin. Tapi,tak apa. Memang inilah tugas yang saya perlu jalankan. Tak perlu minta maaf kerana ianya bukan salah Cik Muda. Salah saya kerana membiarkan Cik Muda dalam bahaya. Mianhae"kata Hanbin sambil membongkok.
Ji Hyo tersentak. Tanpa berkata apa-apa,air matanya jatuh membasahi pipi. "Ci..cik muda?"Hanbin mula resah apabila Ji Hyo menangis. Perlahan-lahan Hanbin mendekatkan dirinya kepada Ji Hyo,dengan satu pelukan hangat,tangisan Ji Hyo berjaya dihentikan.
"Goma..gomawo. Tak tahulah apa akan terjadi kalau awak tak..tak ada" kata Ji Hyo membenamkan mukanya dibahu Hanbin. Satu perasaan yang pelik. Ketika Hanbin memeluknya, Ji Hyo dapat merasakan dia akan sentiasa dilindungi. Dan apa yang peliknya, pelukan Hanbin terasa sama seperti pelukkan appanya,Tuan Song.
Itu membuatkan Ji Hyo terasa selesa. "Appa"panggil Ji Hyo. Hanbin hanya tersenyum kecil. Membiarkan mereka berada didalam posisi ini dalam jangka masa yang agak lama..
SKIP
Ji Hyo menundukkan kepalanya sambil melangkah masuk ke kelas. Sejurus saja Hanbin yang berada di belakangnya masuk,hampir kesemua pelajar didalam kelas bersorak. Ikon dan Apink. Dua kumpulan itu hanya bermasam muka. Memandang mereka berdua dengan penuh kebencian.
Sebaik sahaja mendapatkan tempat duduknya,Ji Hyo mengambil keputusan untuk membaca buku. Sepucuk surat jatuh dari buku yang Ji Hyo ambil. Tanpa berfikir panjang, Ji Hyo terus membelek kertas itu dan membukanya setelah mendapati kertas itu tertulis untuknya.
"Dear Song Ji Hyo,
Hey. I nak mintak maaf. So so sorry. I tak tahulah kalau U nak maafkan I ke tak. Tapi please, I menyesal. I nak mintak maaf. Kita jumpa lepas sekolah ni dekat Kolam Nam yang dekat atas bukit tu ya? Kalau boleh datanglah sorang-sorang. I just nak mintak maaf.Sorry.
Chorong"
Selesai membaca isi didalamnya, Ji Hyo terus memandang ke tempat duduk Chorong yang berdekatan dengan Hayoung. Kosong. Tiada Chorong disitu. Ji Hyo menarik nafas,memikir sejenak. Wajah Hanbin dipandang sekilas,keputusan sudah dibuat..
Bersambung.
huhu mian mian mianhae kalau tak best U.U And sorry late update Huhu school T_T And yeah,exam dah dekatHuh
YOU ARE READING
[C] WWW.BODYGUARD.COM
FantasyDi sekolahnya,dia sering dibuli.Kerana sudah tidak tahan,dia telah membuat satu tindakan yang tidak sepatutnya dia lakukan.Ada waktu dia berasa sungguh gembira kerana telah berbuat begitu,ada juga waktu dia terasa sangat menyesal.Semuanya bermula ap...
![[C] WWW.BODYGUARD.COM](https://img.wattpad.com/cover/58050153-64-k703771.jpg)