satu

36 1 0
                                    

# 001 CERITA TANPA TAJUK

Saban malam telefon bimbit si dara itu sakan berteriak. Minta di jawab. Meminta perhatian. Deringan demi deringan tidak mengira waktu. Tidak mengenal erti terbit matahari atau gelapnya malam. Yang dia tahu, dia mahu si dara ada dengannya walau dengan hanya berstatus
teman.

Saban waktu, telefon itu penuh dek kemasukan pesanan demi pesanan di aplikasi whatsapp. Tidak cukup di situ, di terjahnya di wechat, juga di telegram, malah di laman instagram juga tidak ketinggalan di laman burung biru. Ucapan selamat malam tidak pernah di lupakan saban malam. Malah pagi si dara di mulakan dengan ucapan selamat pagi dari nya.

Manis. Sentiasa manis pada setiap sentuhan darinya. Setiap bait darinya. Buat si dara jatuh cinta, buat si dara leka dalam rasa. Buat si dara makin rindu, semakin rasa diperlukan , semakin rasa di hargai. Ruang-ruang dalam hatinya penuh dek nama si dia. Setiap harinya di penuhi dengan senyum dan gelak ketawa jenaka dari si dia. Panggilan yang asalnya sekadar nama, berubah kepada panggilan yang istimewa. Ingin lagi
manis bilang si dia. Persoalan tentang sayang dan rindu sentiasa kedengaran. Semakin melenturkan tembok di hati si dara yang pada awalnya menahan diri dari jatuh cinta. takut nanti kecewa.

Dan hubungan itu makin berterusan, dengan kemanisan yang semakin membunuh. Membuatkan hati
lemah si dara tak mampu untuk bertahan dari terus jatuh cinta. Dan hatinya juga yakin yang si dia juga merasai perkara yang sama dengannya. Setiap tindak si dia cukup untuk menceritakan segalanya. Cukup bagi si dara meyakinkan hati sendiri. Dan ini membuatkan senyuman si dara makin lebar. Semakin manis dan lebar.

Malam itu, telefon si dara senyap dan sunyi. Buat si gadis tertanya-tanya. Kemanakah si dia? Maka
bermula misi pencarian kepada jawapan di hati si dara. Setiap laman yang menghubungkan mereka dijenguk. Akhirnya, jawapan yang dicarinya muncul. Dan cukup untuk mengubah setiap sesuatu yang
dibina si dara.

+ owh, pergi mall tak ajak saya yaa *muka senyum
+ dating lah tu. Sebab tu tak nak ajak saya. Haha kan?

Tebak si dara bergurau.

-Ehh. Mana tahu?
-Awak Nampak saya ya sekarang?

Cukup. Tak perlu dipanjangkan lagi. Cukup untuk hati si dara tersentap.

Muka si dara tunduk memandang kakinya, dahi semakin berkerut, anak mata itu mula berkaca, bibir bawahnya di gigit menahan esakan. Senyuman manis saban hari itu diganti dengan basahnya birai mata. Riak wajah si gadis semakin mendung menahan lebatnya air mata. Dan sekuat mana pun si dara
menahan tangisannya, akhirnya dia kalah. Air mata itu jatuh juga membasahi pipi yang kelihatan comel ketika senyum menjadi hiasan.

+ haha. Cctv. Tak apa lah awak, saya tak nak ganggu awak dating. *masih muka senyum.
+ nanti kalau dah kantoi baru tahu. Lol.

-Haha. Tak ganggu lah awak.
-Kantoi? Haha. Kawan jelah. Jangan fikir bukan-bukan.

+ haha. Takpelah. Saya tak nak ganggu, fokus pada yang ada depan mata okay? *kenyit mata.

-Okay.

Perbualan itu terhenti di situ. Cukup untuk si dara menghadam dalam-dalam setiap maksud disebalik
semua ini. Andai si dia tahu bagaimana basahnya air mata dipipi si dara ketika menyusun ayat, ketika
emoji senyuman menjadi pilihan. Andai si dia tahu bahawa mereka juga pada awalnya hanya berkawan. Andai si dia tahu....

Dan bantal si dara itu menjadi saksi sekali lagi bagaimana lebatnya tangis si dara. Tangisan itu di lepaskan dengan penuh pernyiksaan. Tanpa ada sedikit pun bunyi esakan. Dan sekali lagi, tanpa perlu di beritahu jelas, si gadis itu kembali membaiki tembok besar yang kini sudah
berkecai. Dan sekali lagi dia perlu bangun dari jatuh tak terbangunnya dia.

cerita tanpa tajukWhere stories live. Discover now