Menabrak Norma

50 3 0
                                        

"How did you move on with A?" dia terangkan penuh panjang menghilir lebar. Isi penting berbentuk poin beserta huraian. Aku baca dan senyum. Dah lama tahu, dia pun pernah cerita hal nan sama. Berulang.

"Siapa?" dia tanya. Buat-buat tanya. Selama ni ada seorang sahaja yang melekat di memori macam parasit. Orang-orang lain, dia tak pernah kisah nak hafal nama. "Skandal kau banyak sangat. Cukuplah satu aku ingat, yang menyegat." Dia gelak.

Kalau hati boleh digambar tayang, mahu retak menanti belah dek gema hilai dia.

"Siapa lagi. Aku tunggu dia nikah je ni."

"Oh, aku pergi umrah 3 minggu lagi. Aku doa kau nikah tahun ni, okay?" Bertuah punya member. Pandai ambil hati. Hati dah tak retak, aku simpan dalam bekas kedap udara. Terharu tapi eloknya tukang doa yang lansung dulu.

Hati dalam bekas. Lemau. Tak reti nak ganti udara dengan gas nitrogen, macam cip kentang supaya kekal segar.

Memori sudah nyawa-nyawa ikan. Parasit, bukan simbiosis. Eloknya memori tu mati terus, jangan nak beriktiar hidup sangat. Tapi itulah, tak ada lagi prosedur untuk buang hippocampus. Kalau buang hippocampus, mahu aku kekal benak selamanya. Semata-mata. Eh, kurang cerdik.

"J, kisahnya nikah bila. Right time, right person. No rush. Kau dulu." Dia tidur awal sekarang. Dia gantung jawapan. Dia bangkit esok dengan ayat selalu-selalu guna dah basilah, J!

"Jap, aku nak rembat calon mana-mana."

***

Ain't everyone put marriage in their life checklist. At least not for the first tick.

Nada BisuWhere stories live. Discover now