Aku meletak tangan di dada. Pura-pura luka dek ditembak pandangannya. Sekali lagi kami tertawa.

"Why do you always flirt with Preeti?" Tiba-tiba pula Aisyah bertanya. Aku membuat muka tidak percaya kepada soalannya.

Bagaimana aku nak jawab yang itu?

"Do I sense jealousy, Aisyah?" usik Samantha.

Namun, tanpa kami sangka, wajah Aisyah tiba-tiba memerah.

"Wait, are you for real?" Makin galak Samantha menyakat.

"Noooo! What are you even talking about." Merah wajahnya tidak menyokong bela dirinya.

Mulut Preeti ternganga. Walau tidak seluas Preeti, mulut aku juga begitu. "I thought you had a crush on Arjuna!" laung Preeti.

"You had a crush on Papa? That's disgusting." Makin ternganga aku.

Aisyah menutup mukanya yang bertukar warna. Samantha dan Preeti masih belum puas mengusik lagi.

"Is it Hud, or is it Arjuna?"

"Come on, pick one. Don't be too greedy."

"Why would I have a crush on Hud? He's a kid! No offense."

"None taken."

"So is it Arjuna, then?"

"Guys, stop!" Aisyah menarik nafas. "I don't have a crush on anyone, all right. I just blush very easily," terangnya.

"You literally went crimson just now." Samantha ketawa, kagum dengan apa yang dia baru lihat.

"I've always found it weird that you call Papa ― abang. This explains," ujarku sambil menyuap sepotong tekka maki ke mulut.

"I only call him abang because I call Kak Raniya ― kakak."

"You should call him uncle. My dad is very old, you know, he's turning 42 next year."

Preeti dan Samantha mengangguk bersetuju.

"Even Raniya should call him uncle if she's not his wife," selamba luah Samantha.

Ketawa aku pecah. Berdekah-dekah. Aku menepuk tangan Samantha yang tidak perasan terlebih terhiburku. Haih, Sam. Kenapalah kau tak bagitahu itu pada Raniya sebelum dia berkahwin dengan Papa. Kalau tak mungkin aku boleh selamatkan diri daripada perang perasaan ini.

Tiba-tiba kedengaran pintu dibuka. Di sebalik itu, ada sebuah wajah yang aku rindu. Dia nampak terkejut melihatku tetapi senyum yang mengikuti terkejutnya itu seolah menyiram segalanya yang di dalam diriku sedang melayu. "Hud, what are you doing here?"

Aku senyum. Soalan yang sepatutnya adalah bagaimana aku dapat tahan lebih sebulan untuk tidak ke sana.

"He missed me too much, Raniya. He even brought us sushi," kata Preeti sambil mengangkat kotak sushi yang aku bawa.

"Do you want some?" pelawa Samantha.

"No thanks, I'm full." Raniya meletakkan tas tangannya di sofa. Dia memandangku. "How's SPM?" tanyanya.

"Cruel. I'm just glad it is already over." Aku membuat muka sedih.

Dia ketawa sambil membuka tangannya. "Come here, you."

Aku ketawa juga dan pelukan Raniya aku sambut.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Lepas.

Aku tidak mahu diri terlalu selesa.

SEJAK - sebuah novel MajidaWhere stories live. Discover now