BAB 2

63 9 0
                                    

Dah dua minggu aku belajar dalam kelas baru ni.Pertengahan bulan depan Awi akan pindah ke asrama.Aku akan kehilangan kawan baik aku lagi.Dia akan ikut jejak langkah semua adik beradik dia yang penah belajar dekat sekolah berasrama dulu.Tapi aku dah ada beberapa kawan baru dalam kelas ni,selain daripada Dinie dan Shakimi.

"Wey korang,aku rasa macam malas nak pindah sekolah lah",rungut Awi lepas teacher Selvi melangkah keluar dari kelas.

"Asal lak?ngade-ngade je kau..sape suruh mohon dulu?",balas Shakimi sambil menyimpan buku latihan dia.

"Aah Awi..asal taknak lak?",Dinie mencelah.

"Dulu ibu aku yang suruh,dia kata aku je yang tak masuk asrama,abang kakak-kakak aku semua belajar dekat sekolah berasrama,sebab tu aku mohon..tapi aku takut takde member macam korang kat sana nanti.."jelas Awi panjang lebar.

"Memanglah takde yang macam kitorang,sana mestilah otak genius je..kitorang ni kepala asyik masuk air je.."aku balas.

Kitorang ketawa sampailah budak depan kitorang,Shira, and,Maria suruh diam.

"Bangun" arah ketua kelas 4 Amanah,Shafee Lee lepas cikgu Jun melangkah masuk pintu kelas untuk mengajar subjek matematik.

__________

"Kringgg~",loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat.Aku mengemas buku dan alat tulis yang berselerak atas meja aku.Then aku keluarkan makanan dari beg aku,Lollipop!Inilah sajian aku masa rehat.Sebab dah terbiasa.Kalau dulu,setiap kali keluar waktu rehat Alia akan menghulurkan Lollipop kepada aku.

"Jom rehat!"ajak Shakimi sambil membuka plastik yang membaluti Lollipop aku lepas dia tengok aku berusaha keras menanggalkan plastik tu.

"Tenkiu,jom!"aku balas lalu aku masukkan manisan tu ke dalam mulut aku.

• • • • • • • • • •

Aku merenung rumah banglo yang ditinggalkan Dato Rahman,ayah kepada Alia.Sudah lama rumah itu tak berpenghuni.Semua kenangan aku dengan Alia muncul satu persatu dalam kepala.Rumah aku dengan Alia tidak jauh,hanya berhadapan cuma dipisahkan taman permainan dan padang bola.

Aku masih teringat saat aku mula bercakap dan terus mengenali dia.

*Sembilan tahun lepas*

"Hai awak,awak baru pindah sini eh?"tanya Alia sambil menghulurkan beberapa biji gula-gula kepada aku.

"Haah"aku balas tapi menolak pemberian dari dia.

"Ambillah,saya ada banyak lagi dalam bakul basikal saya tu"dia menunjuk basikal roda empat warna pink tepi pondok tempat kami berbual.

"Nama awak siapa?nama saya Alia.."sambung dia lepas aku ambil gula dari tangan dia.

"Nama saya Riezuan.Tapi semua orang panggil saya Riez.."aku balas sambil senyum lepas memasukkan gula kedalam mulut.Masih terasa manis.

"Kita kawan boleh?"tanya dia sambil menunjukkan senyuman yang paling comel bagi aku yang pernah aku nampak.

"Hmm..Boleh kot"aku jawab.

"Yeay..okelah babai!mama saya dah panggil tu"dia sorak riang dan melambai lalu mendapatkan basikal dia.

__________

"Wey Riez,jomlah join kitorang main bola.."ajak Luqman,jiran aku.

"Ouh,ok ok.."balas aku terkejut selepas tersedar dari memori aku dengan Alia waktu dulu.

Aku terus melangkah ke arah rumah untuk mengambil kasut bola.Aku membuat isyarat sekejap dekat Luqman dan kawan kawan dia.

"Haa ni pun kau"bisik aku perlahan selepas lebih lima minit aku geledah rak kasut.Penuh dengan kasut lama.

"Tak reti nak kemas agaknya",sindir aku selepas anak kesayangan ayah,Siti berselisih dengan aku di pintu gate.

• • • • • • • • • •

"Knock knock"

"Angah!buka pintu bilik ni kejap..",arah Siti,satu-satunya adik perempuan aku.

"Nak apa pulak dia ni?dah malam kot!",bisik aku dalam hati."Jap jap!"aku jerit malas sambil menekan pause dekat laptop aku.

Aku melangkah laju ke arah pintu bilik aku,lalu aku pulas tombol pintu yang berkunci.

"Haa bukak pun,"sindir Siti sambil mengembungkan pipi dia.

"Siti nak apa ??"aku tanya dengan tegas.

"Sok Siti ada test matematik..tapi,..hmm.."dia sengaja menggantung ayat.

"Tapi apa?"aku tanya sambil mengangkat angkat kening aku.

"Calculator Siti hilang"jawab dia pantas."Nak pinjam angah punya boleh.?"

"Hilang??kau main sorok-sorok ke dengan kalkulator tu?cane leh hilang?tak sampai 2 bulan sekolah kot!"bebel aku panjang.

"Hilang pagi tadi..dah carik merata tak jumpa.."balas dia perlahan.

"Ishh..macam-macam...jap angah ambik.."aku mengatur langkah ke arah beg aku.

"Nah,jangan hilangkan pulak..!"aku hulur kalkulator jenama Casio kepada Siti.

"Okey thanks angah..tak hilang punya lah"balas dia sambil tersenyum."Tapi esok angah takde subjek math or addmath ke?"tanya dia kehairanan.

"Ermm..ada"

"So, cane angah nak kira-kira nanti?"tanya Siti lagi.

"Angah ada kawan,diorang boleh kirakan.."aku jawab selamba.

"Erk"

"Pahal?dah pegi tidurlah.."aku arahkan budak yang baru masuk form 2 tu tidur."Nampak sangat tak buat revision siang tadi..!!"jerit aku bila Siti mula melangkah ke arah biliknya.

"Hehehe"

Aku nampak Siti tersengih dari pintu bilikku.Aku yakin dia tak ready untuk test math esok.

Just A DreamWhere stories live. Discover now