1: Kelahiran

62 2 0
                                        

Uwekkkk!
Uwekkkk!
Uwekkkk!

Itu lah tangisan pertama aku, itu tandanya aku lahir ke dunia ini. Aku lahir pada tahun 1991 bulan Disember.

Allahuakbar, allahuakbar ....

Alunan azan bergema di telinga aku, itu lah muzik pertama didalam telinga aku. Aku tidak tahu kenapa aku panggil itu muzik mungkin sebab sedap didengari. Aku khayal dengan azan.

Tapi aku bukan lah di azan oleh ayah aku, aku di azan oleh Pak Long aku. Menurut cerita ibu aku, ayah aku terlibat dalam kemalangan semasa aku dalam perut mak aku.

"Kita namakan, Muhamad Iman"
"Alhamdulilah, nama itu sedap. Itu permintaan arwah bapa dia kan"

Dari perbualan itu, maka nama aku menjadi Iman, tapi aku dulu kerap menangis, orang tua cakap kalau anak kecil sering menangis tandanya nama anak itu berat hendak dipikulnya. Jadi nama panggilan aku, Amin.

Seperti anak-anak kecil lain, aku menangis kerana lapar, aku menangis kerana panas, aku menangis kerana sakit. Semuanya aku menangis, menangis dan menangis.

Selepas kematian ayah aku, ibu aku hidup terkontang kanting. Ibu hidup ibarat tiada tempar bergantung. Ibu aku terpaksa berkerja walaupun sarat mengandungkan aku, menyimpan duit untuk persiapan melahirkan aku. Sampaikan ibu aku terpaksa makan ubi kayu untuk mengikat perut.

Aku tahu pun mengikut cerita ibu aku.

Ibu aku seorang yang kuat dan baik, ibu aku bukan menjaga aku seorang beb, ibu aku juga jaga sepupu aku. Sepupu jugalah yang kadang dodoikan aku bila malam dan jaga aku bila ibu pergi kerja.

Bila sepupu habis sekolah, dia pun pasti berkerja, jadi ibu aku mencari pengasuh untuk aku.

Aku ingat lagi, mula aku diasuh oleh Mak Cik Nab, tapi tak lama sebab Mak Cik Nab tu perlu bekerja demi menampung keluarga dia juga.

Ibu aku mencari pengasuh kedua iaitu Mak Cik Zara, nama moden persis orangnya juga moden. Mak aku lah cakap, tapi aku tak pasti sebab aku masih kecil, yang aku tahu menangis. Mak Cik Zara sempat jaga aku hampir 2 tahun, dia jaga penuh kasih sayang.

Tetapi menuru cerita ibu aku, Mak Cik Zara juga perlu bekerja kerana ingin menampung perbelanjaan keluarga, ibu aku cakap masa tu ekonomi agak gawat, so perbelanjaan makin tinggi.

Ibu aku pening mencari pengasuh baru untuk aku, masa itu tidak ada seorang ingin mengasuh.

Pada suatu petang, ibu berjalan sambil dukung aku, ibu ditegur oleh seorang jiran.

"Assamualaikum kak, baru balik keje ke? Singgah dulu"
"Walaikummusalam, ye kak baru je balik keje."

Demi menjaga hati jiran, ibu aku datang pada jiran itu. Padahal ibu aku bukan jenis suka melepak bawah pokok mempelam.

"Comelnya anak kak ni, apa nama dia?"
"Nama dia Iman tapi panggil Amin"
"Ohhhh"

Tergelak-gelak, tersengih-sengih diacah oleh jiran itu.

"Siapa jaga bila kak pergi keje ni?"
"Tu pening pale ni, sebab pengasuh dia tak jaga dia. Nak kerja katanya pula"
"Lah yeke, saya ni tak nak dah jaga anak orang, tapi tak pe lah. Esok saya asuh Amin ni ye"
"Yeke,Alhamdulilah."

Macam tu lah kisah bagaimana aku dapat 4 orang ibu dalam sekaligus, 4 orang ibu ni lah jaga aku penuh kasih sayang. Walaupun mereka bukan darah daging aku, mereka sayang kan aku dan aku sayangkan mereka.

Walaupun aku anak tunggal dan ibu aku juga tunggal, aku mempunyai ramai ahli keluarga.

Pertama, keluarga Mak Cik Nab.
Kedua, keluarga Mak Cik Zara.
Ketiga, keluarga jiran aku.

Oh lupa, nama jiran aku itu Mak Cik Ani. Aku gelarkan dia Mak Akak.

Macam mana aku boleh panggil mak akak, nanti aku cerita kan.

Sudah 3 tahun, aku tinggal dengan keluarga Mak Akak. Anak-anak Mak Akak tu lah adik beradik aku, aku bermain dengan diaorang, tidur dengan diaorang.

Benda aku paling suka, Mak Akak masak! Fuhhh masakan Mak Akak memang sedap, aku rasa kalah Chef Wan. Mak akak ni jenis suka masak banyak mungkin sebab keluarganya ramai, itu sebab dulu aku debab!

Dulu aku cerita, aku sering menangis. Tapi masa aku umur 3 tahun, aku tidak pernah bercakap kecuali mak aku dan sepupu aku. Keluarga Mak Akak pun aku tak pernah bercakap walaupun sepatah. Aku pun tidak tahu kenapa.

Bagaimana aku boleh bercakap?

Aku dulu main buaian, aku lagak tidak ubah seperti Superman. Angan-angan nak jadi hero kegemaran aku. Tapiiiiiii

Kedebabbbbbbbbbb!

Tubuh aku melayang dan kepala aku terhantuk pada bucu dinding, Mak Akak apa lagi cuak lah dia.

Dia ambil aku, dia tenyehnya bawang besar dekat dahi yang benjol tu. Tiba-tiba aku bersuara

"Mak, pedih lah bawang tu." Pelat aku.
"Ya Allah, Amin kamu bercakap!" Separa jerit Mak Akak, lalu tercengang.

"Jah! Jah! Amin dah bercakap."
" Haha, Amin memang bercakap tapi dengan orang lain dia tak cakap, malu agaknya."

Aku dapat lihat mengalir air mata Mak Akak mungkin tanda syukur sebab aku boleh bercakap.

Mula dari itu, mulut aku tidak henti bercakap. Kadang Mak akak penat melayan keranah aku yang banyak soal.

"Mak Akak, kenapa kucing tu ada anak? Bila kahwin?"
"Kenapa kucing tak jemput kita."

Ada saja pertanyaan tak logik dari aku dan adakalanya aku jadi bahan hiburan mereka.

Aku dibesar oleh dua keluarga yamg berbeza, satu keluarga yang besar dan satu keluarga yang sederhana. Walaupun berlainan darah dan daging, keluarga Mak Akak tetap keluarga yang aku sayang.

PerjalananWhere stories live. Discover now