Taehyung POV
Aku bersandar di sofa sambil menukar channel television. Hari ni hari cuti tapi tak banyak cerita menarik hari ni. Tangan aku berhenti menukar channel saat aku nampak satu berita tentang kehilangan 4 orang pelajar. Mataku semakin tertumpu di kaca televison. 4 orang pelajar sekolah tu aku kenal.....diorang tu kawan aku.
Aku segera ambil alat kawalan tv lalu kuatkan volume television. Aku mendengar dengan teliti. Terdapat 4 orang sahabat hilang semasa balik sekolah selama 3 hari selepas pergi ke taman rekreaksi. Aku terkejut. Patutlah kawan-kawan aku tak hadir ke sekolah, rupanya mereka hilang. Tapi nak buat macam mana? Aku bukannya penyiasat untuk mencari jejak mereka. Serahkan semuanya kepada pihak polis je. Selesai.
"Tae?"panggil omma Taehyung dari dapur.
"mm! Kenapa?"aku menoleh ke arah dapur yang berdekatan dengan ruang tamu.
"omma nak kamu pergi kedai, beli butter dan susu cair. Omma nak buat kek."omma Taehyung menyediakan peralatan yang akan digunakan untuk buat kek.
"ok..."aku bangun dari sofa.
Aku segera masuk ke bilik aku lalu mencapai baju sejuk ku. Aku terus menyarung baju sejuk ke badanku sebelum keluar bilik. Omma aku datang mendekati aku. Dia memberikan aku duit untuk membeli bahan kek.
"omma! Nak beli aiskrim boleh? hari ni panas~ Tae mesti kepanasan nanti..."aku merengek dihadapan omma aku.
"yelah! Amik duit ni!!"omma segera memberi duit lebih kepada aku.
"yeay! Sayang omma!!"aku memeluk omma sebelum keluar dari rumah. "Tae pergi dulu!!"
"balik cepat tau!!"omma melambai tangan ke arah ku.
Aku melambainya semula. Aku memusing ke hadapan semula sebelum kembali berjalan menuju ke kedai runcit. Aku melepasi beberapa rumah teres sebelum melalui taman rekreaksi lepastu aku akan menemui kedai runcit. Sesampai di taman rekreaksi, aku berjalan sedikit perlahan. Aku ambil masa menikmati permandangan ditaman ni. Bunyi budak-budak tertawa riang, wajah-wajah orang yang gembira dan cuaca yang baik. Entah kenapa aku ternampak seorang gadis berpakaian baju hujan merah yang berhud. Aku fikir nak menegurnya tapi dia kan orang asing. Lebih baik aku pergi ke kedai runcit secepat yang mungkin supaya boleh balik cepat.
Sampai di kedai runcit, aku segera mengambil butter dan sussu cair, aku meletakkannya ke atas meja juru wang. Aku menoleh ke tepi kerana aku nak mengambil aiskrim kegemaran aku, aiskrim rainbow!
"berapa?"soal ku sambil mengeluarkan duit belanja diberikan oleh omma aku.
"11600 won"juruwang itu memasukkan barang aku ke dalam plastik berwarna merah.
Aku memberikan duit kepadanya dan dia memberikan aku plastik yang berisi barang. Aku segera keluar dari kedai runcit. Sekali lagi aku melalui taman rekreaksi sebelum sampai ke rumah. Aku membuka plastik aiskrim lalu menjilat aiskrim yang sejuk ni sambil membawa plastik barang. Semestinya sedap!!! Aku patutnya minta duit lebih tadi! mesti aku dapat makan dua batang aiskrim ni!! aku jilat dan jilat, aiskrim aku pun habis. Aku melihat sekeliling taman, aku menemui satu tong sampah bersebelahan bangku. Tapi ada seorang gadis berpakain kot hujan tu duduk di bangku tu.
Aku segera masukkan batang aiskrim ke dalam tong sampah sambil merenung ke arah gadis tu. gadiss itu merenung ke arah ku. Aku kaku seketika. Gadis tu sememangnya cantik.
"hai?"aku melabuhkan punggung ku ke atas bangku bersebelahan gadis itu.
Sekali pandang aku nampak gadis tu nampak keseorangan. Aku tak berani nak cakap apa-apa dekat dia. Tapi dia memandang aku semula. aku menoleh ke arah lain.
YOU ARE READING
Ingredients (MALAY)
FanfictionTaehyung bertemu seorang gadis yang menjual biskut. Dia membeli sepaket biskut darinya. Tapi dia tak tahu ingredients/bahan apa yang ada dalam biskut tu. Nak tahu bahannya apa....? iaitu daging manusia. Ni fanfic one-shot bergenre horror. Watak ...
