BAB 2

3.5K 71 2
                                    

"Hai selamat datang." Kata aku dengan memberikan satu senyuman palsu kepada satu pasangan yang ingin membuat pesanan. Melihatkan gaya mereka aku boleh agak mamat dan minah ni, couple universiti yang poyo. Yang lelaki macam hero maskulin dengan potongan rambut dislop tepi kemas potongannya dan si perempuannya Hijabster wannabe yang giginya dipenuhi dengan pagar besi, dan tak habis-habis asyik ber I U I U depan aku.

Hampir 10 minit juga aku kena melayan kerenah diorang ni. Sial. Akhirnya snack plate juga yang diorder. Dan tekaan aku betul, si lelaki tu bayar cash dan disertakan sekali dengan Kad Siswa Satu Malaysia. Aku senyum dan pulangkan duit baki.

Bekerja di restoran Kentaki yang berdekatan dengan Universiti ni seronok sebab aku boleh tengok sendiri gelagat mereka-mereka yang katanya bakal pemegang diploma dan degree ni. Rata-ratanya jenis tak sabar dan kurang ajar. Pernah tengok video viral seorang pekerja Kentaki bertumbuk dengan pelanggan? Itu member aku, Kobeng nama dia dan dah dibuang kerja pun. Puncanya mudah sebab Kobeng ni pergi usya awek mamat tu time order. Tak puas hati punya hal sebab awek kena usya, apa lagi bertumbuklah diaorang.

Bagi aku Kobeng tak salah, sebab tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi beb. Magnet tak kan bertemu kalau kutubnya sama tapi bagi menjaga nama pengurusan Kobeng terpaksa diberhentikan atas alasan "Pelanggan Sentiasa Betul."

Dan aku masih di sini. Dan di sini jugaklah aku bertemu dengan Nita. Makwe aku sekarang. Student dan juga merangkap model muslimah sambilan. Dan cara perkenalan aku dengan Nita mudah. Nita order kemudian tak ada duit, jadi aku yang jaga cashier masa tu aku so aku just swapkan kad pekerja untuk bagi dia makan free. Beberapa kali jugak dia cakap sorry dan kemudian dia hulurkan kad nama pada aku Nur Aneeta Amelia binti Rosli. Katanya kalau senang-senang call. Aku angguk.

Pada fikiran aku masa tu mudah, Nita confirm-confirm dah ada balak. Kenapa aku berani cakap macam tu? Sebab muka dia lawa nak mampus. Lawa dah satu hal tinggi pulak tu. Kau bayangkan muka kawan kau paling lawa atau Hijabster yang famous dekat Instagram. Macam tu lah muka Nita. And for sure balak dia ni kenalah jenis yang berkereta, berkulit putih, berkemeja, ada janggut sejemput sedikit and kalau pesen pergi sembahyang Jumaat akan pakai jubah Hasan Adli.

Jadi aku ambik keputusan untuk simpan ajelah name card yang Nita bagi tu. Tak berani aku nak call dia.

                                                                                         ******

"Hai lagi 10 minit I sampai, tunggu taw. xoxo"

"Okay, sayang. I pun dah nak habis shift ni"

"U nak I tapau kan ayam kentaki ni tak?"

"Isyhh.. tak naklah. Jemu muka pun dah macam ayam dah ni."

"Kalau U ayam, I lah bapak ayamnya. Hahaha."

"Vavilun."

Balas Nita menghentikan Whatsapp dengan emoji muka marah. Itulah Nita yang aku kenal selama 6 bulan ni. Seorang gadis yang tampak sopan santun di lensa kamera tapi bila bersama dengan orang yang dia rapat dia akan tunjukkan perangai sewelnya itu. Dan aku? Aku okay je.  At least dia tak tergedik-gedik dengan orang lain, itu dah cukup bagi aku. 

Bak kata Fyn dalam 150 Juta "Aku punya manja kau saja boleh rasa. Rahsia kita berdua."

Jam di tangan menunjukkan pukul 6 petang menandakan tamatnya shift aku. Apron, topi, semua aku simpan dalam locker. Kemudian aku terus tunggu Nita di kerusi luar. Bukan selalu sangat pun Nita jumpa aku, kadang-kadang je. Kalau dia tak busy dia akan datang jumpa aku. Sebab tu dia kata muka dah macam ayam, sebab asal jumpa aku bagi dia makan ayam. Itu yang dia bising. Yelah lagipun dia kena jaga diet semua. Model lah katakan.

Selang beberapa minit kemudian sebuah Volkswagon Passat berwarna putih masuk parking betul-betul di hadapan aku. Berkilat. Dan aku tahu siapa pemandunya. Nita. Macam mana aku tahu? Sebab dia parking tak masuk petak, senget. Tayar terkeluar. Stereotype lady driver. 

"I parking masuk petak tak?" Soal Nita.

"Macam biasa, terlanggar tong sampah kat tepi tu." Jawab aku menjuirkan bibir. 

Nita ketawa dan jelir lidah kat aku. Terus dia datang kat aku sambil tangannya memegang cermin mata Rayban.Nita datang dengan bauan yang menyenangkan tapi tak adalah sampai membuatkan aku stim. Bauan yang buatkan aku selesa. 

"Wah lawa hari ni? Macam nak pergi annual dinner je." Soal aku bila melihatkan Nita memakai dress Lycra biru dan dikenakan dengan shawl berwarna krim. 

"Mana ada cantiknya, biasa je lah memang selalu macam ni kan?" Nita cuba menepis pujian aku. Macamlah aku tak tahu yang dia nak aku puji dia lagi. Perempuan. Sifatnya memang begitu. Suka dipuji.

"Iya cantik. Cantik macam selalu." Puji aku lagi.

"Eeee mengadanya. Saje lah tu nak usik." Nita tersenyum malu menampakkan pipinya yang jelas kemerahan.

Bagi aku Nita ni bagi pakaikan guni beras pun cantik sebab orangnya dah memang cantik. Sesuatu yang indah kalau diperhias memang bertambah lagi cantiknya. Macam permatalah kalau tak digilap tak akan memancar kerlipannya gitu.

"So macam mana test tadi? Semua berjalan lancar?"

"Okay lah. Cuma ada certain part yang tak boleh jawab."

"Tak apa lah, at least U tak meniru. Berapa carry mark dia?"

"15%"

"Uihh, besar jugak tu. Tak apa mudah-mudahan dipermudahkan."

"Nak permudahkan apanya. Yang bagi markah tu lecture sewel si Aidil. Memang tak lah dia nak bagi I lulus. Lagi-lagi I tolak cinta dia."

Sebelum ni Nita ada juga beritahu yang lecture dia si Aidil ni nak ajak couple, tapi dia tak nak. Sebab annoying dan menyibuk hal orang. Asal nampak Nita online dekat Whatsapp dia akan say Hi. Macam celaka. Bila dalam kelas pandai pulak cover-cover depan orang lain, kononnya profesional lah tu. Aku tak ambik perkara ni serius sangat sebab aku tahu Nita ni macam mana orangnya. Dan aku siap suruh dia terima cinta si Aidil tu dan Nita kata aku babi sebab mudah-mudah je suruh dia terima cinta duda beranak satu tu.

"Kalau dia usik U lagi, bagi tahu I. I kan rempit sejati."

"EEEEEEEE dia ni." Nita suakan penumbuk kat aku. Geram benor lah tu.

"So sebagai nak celebrate test U yang dah selesai, kita nak makan kat mana malam ni?"

"Entah. Tapi yang penting bukan kentaki okay." Kata Nita dengan mengangkat bahu.

"So kalau macam tu, kita makan dekat Nasi Lemak Babi kat SS2 nak?" Cadang aku

"Kat mana tu? I mana tahu jalan. U naik dengan I lah."

" Isyhhh tak nak lah. Ala nanti exit PJ naik flyover, dia dekat-dekat Maybank." Jelas aku.

"Eeeee susah sangat nak naik kereta dengan I kan?"

"Ala lain kali lah. Lama lagi kan. Dah U balik la dulu. Siap-siap. Nanti kita jumpa dekat sana. Kalau sesat nanti I share location."

Nita mengangguk dan terus berlalu pergi dengan kereta Passat nya. Aku bukan apa, malu beb. Makwe pakai kereta. Banyak kali aku terangkan kat Nita, tapi dia kata tak ada apa dan buat apa nak dimalukan. Orang pakai motor macam aku ni lagi jimat katanya lagi. Melihat kereta Nita yang hilang dari pandangan aku terus gerak menuju pulang ke rumah dengan 125Z. 

















































JANTAN JALANAN JAHANAMWhere stories live. Discover now