Nama aku Mikael. Tak perlu kot aku beritahu nama sebenar aku. Biarkan saja tersusun kemas diatas kad pengenalan aku. Agama aku Islam. Nama pun Mikael takkan Kristian pulak. Namun aku bukanlah Muslim yang sejati. Hanya sejak kebelakangan ini sahaja baru aku mengenal erti Adanya Tuhan yang Esa. Kehidupan aku kini jauh lebih tenang. Tak seperti dahulu. Suram dan gelap. Argh, lupakan. Aku malas nak cakap pasal kisah lampau. Hidup aku kini lebih bebas tanpa perlu diganggu lagi. Bebas bermaksud tak perlu rungsing akan sesiapa dan hanya enjoy bersama isteriku. Aku ada seorang sahaja isteri. Namanya Zalika. Aku buleh sahaja nak beristeri empat dengan keadaan aku yang dahulu. Bagi aku, Zalika sahaja yang menjadi kekasih hati aku selamanya. Tiada yang lain. Selama setahun bermadu kasih akhirnya kami dikurniakan seorang putera. Aku namakannya Aqil. Sedap nama itu. Aku ambil namanya dari sebuah figura dari novel fixi yang baru meningkat naik ketika itu. Murtad. Hasil karya Hasrul Rizwan yang sangat funny dan best. Figura Akil yang diterapnya membuatkan aku tertarik sehingga nama anak aku diletakkan bersempena karakter tersebut. Lucu, ganas dan alim.
Kini sudah 4 tahun, seakannya bahagia aku kecapi akan berterusan. Namun sangkaan aku meleset. Satu peristiwa meragut kebahagiaan aku. Aku hilang arah.
YOU ARE READING
MIKAEL
Mystery / ThrillerKehidupan aku sekarang dah seperti yang lain. Beristeri dan mempunyai anak. Aku sangat mencintai Zalika dan anak aku yang comel, Aqil. Kami jugak mempunyai seekor anjing. Torgan namanya. Agak klise tapi aku suka namanya, mirip adik Eden Hazard, Thor...
