Chapter 2-Bodyguard!

3.3K 258 13
                                    

Ji Hyo seperti biasa bangun awal pagi untuk ke sekolah.Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Aigoo beg Ji dekat sekolah.Agaknya Jinhwan ambil ke tak?"tanya Ji Hyo pada dirinya sendiri.

Tiba-tiba pintu diketuk,Ji Hyo yang sedang makan roti terus ke pintu dan membuka pintu tersebut.

"Morning Song Ji Hyo~~this is your" kata Jinhwan sambil memberikan beg kepada Ji Hyo.

"Ahh gomawo Jinhwan.Masuklah" jemput Ji Hyo.Jinhwan masuk sambil melihat sekeliling rumah Ji Hyo."Tak macam kecil ke tempat ni?Ji selesa ke duduk sini?"soal Jinhwan.

Ji Hyo tersenyum kelat."Cukuplah untuk Ji duduk seorang diri"jawab Ji Hyo sambil menghulurkan secawan susu kepada Jinhwan.

"Gomawo.."balas Jinhwan.Dia menghirup air sedikit kemudian mengetuk kepalanya sendiri.

"Waeyo?"tanya Ji Hyo pelik melihat kelakuan Jinhwan."Ermm Ji,kalau boleh Hwan memang nak teman Ji pergi sekolah sama-sama.Tapi Hwan kena pergi hantar surat ni ke pejabat pos dulu..mianhae Ji"kata Jinhwan sambil menunjukkan surat yang dipegang ditangannya.

"Ahh gwenchana.Pergilah.Ji boleh ke sekolah sendiri"kata Ji Hyo.Jinhwan meneguk air susu sekaligus dan melambai kearah Ji Hyo.Dia berlari selaju yang mungkin untuk ke pejabat pos.

Ji Hyo menukar jadual waktu sekolahnya,selesai sahaja Ji Hyo terus berjalan kaki ke sekolah seorang diri.Sambil berjalan dia menyanyi lagu kegemarannya 'hot issues' untuk menghilangkan rasa bosan.

Baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam kelas,seorang yeoja yang sememangnya queenka disekolah itu menolak Ji Hyo sehingga terjatuh.

"Hello si miskin.Tak sangka ada niat nak datang sekolah lagi kan?Ingatkan dah tak nak datang rupanya still ada.Maybe kitorang belum cukup kerjakan kauu"kata Naeun menendang kaki Ji Hyo.

"Guyss..maybe dia nak kita baca diary dia lagi macam semalam kot.Haha" gelak Eunji kuat.Yang lain juga turut serta mentertawakan Ji Hyo.

Air mata Ji Hyo mula bertakung. Semalam dia dimalukan oleh mereka dihadapan semua pelajar.Membaca diarynya dihadapan orang ramai dan memalukannya.Itu masih tidak cukup bagi mereka.

"Oppss!"kata Bomi saat dia menuang air milo dimuka dan rambut Ji Hyo. "Sorry i tak sengaja"katanya lagi.

"Air milo je?Tak ada classlah.Ni i ada hot coffee..hope you suka"kata Chorong hampir menuang air kopi panas tetapi tangannya ditahan oleh seorang namja.

"Hey!Lepaskanlah!"jerit Chorong. Namja itu mengambil cawan kopi itu dan menuangnya ke kasut Chorong. "Yah you stupid!!"marah Chorong. Kakinya terasa sangat panas.Cepat-cepat dia berlari ke tandas diikuti kawan-kawannya yang lain.

Namja itu membantu Ji Hyo bangun. "Kamsahamida.."kata Ji Hyo perlahan."Memang ini tugas saya.." kata namja itu.Ji Hyo memandang namja itu pelik.

"Tugas awak?"tanyanya pelik."Awak Song Ji Hyo.Berumur 18 tahun. Bersekolah di Yongguk Highschool. Menghadapi masalah dibuli.Semalam awak telah menempah perkhidmatan kami"kata namja itu seiras seperti robot.

Ji Hyo membeliakkan matanya.Tak sangka benda itu betul-betul dan bukannya main-main."Ba..bayaran dikira macam mana?"soal Ji Hyo takut-takut jika duitnya tidak cukup.

"Bayaran akan dikira selepas kami habis berkhidmat"kata namja itu. "Maksudnya?"tanya Ji Hyo masih tidam faham."Maksudnya le.."Ji Hyo menutup mulut namja itu apabila dia dapati ada mata yang memerhatinya.

"Kita pergi tempat lain"kata Ji Hyo separuh berbisik sambil menarik tangan namja itu.Selepas agak lama berjalan,Ji Hyo sampai di pondok di belakang sekolah.

"Ok now..silakan"kata Ji Hyo sedikit teruja kerana tadi dia telah melihat bagaimana namja itu membalas perbuatan Chorong.Rasa teruja pula didalam hatinya.

"Baik.Saya akan mulakan semula. Nama saya Kim Hanbin..Mulai sekarang saya akan jadi bodyguard awak.Bayaran akan dikira selepas saya habis berkhidmat.Maksudnya selesai sahaja kes awak,saya akan minta bayaran"jelas Hanbin panjang lebar.

Ji Hyo mengangguk tanda faham. "Umur awak berapa?"tanya Ji Hyo ingin tahu."Kita sebaya"katanya.

"Tak ke awak terlalu muda untuk jadi bodyguard?"tanya Ji Hyo sekali lagi."Tak"jawabnya ringkas.

"Boleh awak senyum?"sekali lagi Ji Hyo melontarkan soalan kepada Hanbin."Tak"jawabnya serious.Ji Hyo mencebik.Bukan selalu dia dapat bercakap dengan orang. Selamani dia hanya ada Jinhwan sebagai kawannya.

Bersambung
Huhu mianhae tak best and late update.Gomawo kerana sudi vote and comment~

[C] WWW.BODYGUARD.COMWhere stories live. Discover now