Kota Kinabalu, 2010.
Bang, bang, bang!
Pintu di ketuk dengan ganas. Rumah yang baru dibeli tidak sampai sebulan itu disergah dengan kuat.
"I cakap keluar! Keluarlah anak derhaka!"
Jeritan lantang memecah sunyi malam. Untung masih tiada jiran yang berpindah awal seperti Joe dan Sue. Mereka duduk diam di dalam, mencurut, takut. Kalau keluar pasti kena. Mak tengah berang tu.
"Lakhanat! Aku tak halal susu aku dunia akhirat! Perempuan tak guna! Kau pulangkan anak aku. Keluarlah aku kata! Keluar!" Dr. Aini menjerit sekuat hati.
Tangannya memegang kayu golf. Dia geram dengan anak dan menantunya yang tidak mendengar arahannya. Dr. Aini menghayun pada cermin tingkat yang baru dipasang pagar besi pagi tadi. Pranggg!! Kaca berderai. Dr. Aini tidak kesah apa mahu jadi. Dia mahu menghukum anaknya malam ini juga.
"Kalau engkau tidak keluar, aku bakar rumah ini."
Joe terdiam. Takkan mak sampai hati nak buat macam itu. Apalah salah aku sampai dia benci aku begitu sekali.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hello, tele-dera?"
"Ya, saya encik. Boleh saya bantu."
"Saya nak buat laporan penderaan. Saya di dera."
"Umur berapa ni?"
"30."
"......."
"Hello, hello.." Nada Joe makin cemas.
"Maaf encik, berikan nombor telefon, saya refer encik pada bahagian lain iaitu... tut tut tuuuutttt"
Joe matikan talian. Mesti dia kata aku gila. Tak ada siapa mahu percaya. Pihak polis pun pernah aku cuba, mereka mahu aku refer ke hospital sakit jiwa. Aku tak perlukan itu sekarang, aku mahukan perlindungan.
"Kita nak buat macamana ni abang?" Sue tak senang duduk.
Hentakan pintu makin mengganas. Bukan tak mahu jemput ibu mertuanya masuk, cuma pasti mereka berdua kena balun nanti. Bukan kali pertama mereka kena serang begini.
Splash, splash! Bunyi simbahan air kedengaran. Joe keluar dari bilik bersembunyi untuk melihat pintu ruang tamu. Deria baunya cepat mentafsir. Dia meluru ke depan memegang percikan cecair itu dari dalam rumah. Dihidunya sedalam-dalam. Oh tidak! Minyak tanah sedang dimandikan di setinggan murah itu. Joe berlari panik! Lintang pukang seperti kena kejar anjing gila.
"Sue, Sue....! Kemas cepat! Mak nak bakar rumah kita!" Nafas Joe mencungap-cungap.
Sue memandang suaminya dengan mata yang terbelalak. Kerja gila apa mak dah buat ni. Lepas ni apa pula? Stop sue, sekarang bukan masa untuk mentafsir rancangan masa depan 2020 mak. Hari esok kau pun tak tentu ada lagi Sue. Kemas barang penting kau Sue. Anak kau perlu diselamatkan. Pantas bergerak atau semua akan mati.
Mati?
Ya, mati!
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Kota Kinabalu, 2005.
"Sue sudi jadi isteri abang?" Lamaran tidak romantik itu dinyatakan Joe kepada Sue, di dalam kereta, di tempat letak parking kereta di stesyen minyak Kundasang, tanpa sebarang cincin belah rotan atau bertatah berlian.
Untuk Sue yang tiada siapa-siapa special dalam hidup sebelum ini, ia sesuatu yang mengejutkan.
"Eh, abang ajak couple ke kahwin ni?"
ESTÁS LEYENDO
PULAU
Misterio / SuspensoCerita orang yang kena pulau, membina hidup baru di pulau. Joe dan Sue telah mati dibunuh oleh Dr. Aini, seorang pensyarah yang mempunyai Ph.D. Perasaan hasad dengki. Tanpa diketahui oleh Dr. Aini, kedua anak dan menantunya itu terselamat di dalam...
