Susuk Tubuh

295 6 6
                                        

Aku telah terpilih untuk menyertai satu pertandingan drama pringkat Universiti. Tak dapat aku gambarkan betapa gembiranya rasa hati ini bila dapat telibat dengan pertandingan yang telah lama aku idam-idamkan. Bukan mudah untuk menyertai pertandingan ini. Hanya yang terbaik sahaja yang boleh menyertainya.

Apabila tiba hari pertandingan. Aku semakin gementar. Pihak lawan bukan calang-calang. Aku pula dikumpulankan dengan pelajar-pelajar veteran dan seorang budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 5 atau 6 tahun.
Perlawanan ini hanya melibatkan dua belah pihak sahaja dan mempunyai 10 pusingan.

Rupa pertandingan itu ? Sama seperti stadium cuma kecil sedikit. Pentasnya Seluas separuh padang di stadium. Tapi berpagar. Seperti sebuah sangkar. Penonton penuh mengelilingi stadium. Aku makin kecut perut.

Semua penonton bersorak sebaik sahaja kedua belah pihak masuk ke gelanggang. Kami memperkenalkan diri. Lalu pertandingan pun bermula.

Pertandingan ini dimulakan oleh pihak lawan. Dalam pertandingan ini, kami perlu mempelbagai idea kami untuk dipertontonkan kepada penonton. Lebih tepat lagi, tugas kami adalah untuk memuaskan hati penonton. Jika tiada sorakan. Maka tiadalah markah. Pusingan demi pusingan, idea haruslah berlainan.

Setelah pihak lawan selesai dengan tugas mereka pada pusingan pertama, kini tibalah masa aku dan kumpulan aku beraksi.

-----

Teruk. Sangat teruk kami berhempas pulas di dalam gelanggang itu. Tiada satupun sorakan yang kami terima daripada penonton. Kami hanya dibasahi peluh dan air mata. Pusingan demi pusingan. Tetap sama. Pihak lawan sahaja yang terima sorakan itu. Kami hanya terima cacian dan kutukan daripada penonton dan yang paling terkenal ialah 'boo'. Aku sedih.

Sampailah satu babak ini. Iaitu pada pusingan terakhir. Babak itu dibawa oleh aku. Aku membawa mood sedih. Aku menagis bagai nak gila. Meronta seperti semua yang aku sayang tiada. Aku menjerit sekuat hati aku. Aku lontarkan satu per satu dialogku hingga aku melutut dihadapan semua.

Diam..

Semua yang berada di dalam stadium itu terdiam.

Aku terkedu. Aku takut ada yang salah dengan dialog atau gaya yang aku persembahkan. Tapi,
Beberapa saat kemudian semua yang berada di stadium itu bangun memberikan tepukan dan sorakan yang sangat gemuruh. Lebih gemuruh daripada apa yang pihak lawan terima. Aku puas.

-----

Tiba waktu si pengacara mengumumkan pemenang pertandingan. Seperti yang dijangka. Bukan kami yang menjadi pemenang. Pihak lawan yang menjadi pemenang itu. Sedih. Semua yang berada di dalam stadium itu terkejut dan sedih. Tapi tidak sesedih aku dan kumpulanku.

-----

Semua orang di dalam dewan itu sudahpun beredar. Stadium itu lengang. Tinggal aku dan kumpulan aku yang sedang mengemas-ngemas barang untuk pulang ke dorm masing-masing.

Sewaktu aku dan kumpulanku sedang berjalan keluar daripada stadium tiba-tiba, semua ahli kumpulanku bergaduh sesama sendiri. Salah- menyalahkan antara satu sama lain. Zizan orang yang paling berang sekali. Aku tidak dapat berbuat apa- apa aku hanya melihat mereka dari belakang. Sampai satu ketika, Zizan bertengkar dengan budak kecil yang menjadi ahli kumpulanku itu. Budak kecil yang bernama Aiman. Lalu aku pantas mendapatkan Aiman dan aku terus meleraikan pergaduhan itu. Aku berkata "sudahlah jangan bergaduh. Kita boleh cuba lagi tahun depan. Lagipun semua okay tiada yang cedera. Kita dah buat yang terbaik"
Semua diam. Pergaduhan terhenti. Dengan ditemani hujan, kami membawa haluan masing-masing.

-----

Aku faham dengan perasaan ahli kumpulanku. Pertandingan ini bukan mudah untuk semua pelajar menyertainya. Jika kami gagal, kami perlu mengulangi semua pembelajaran kami. Sama sahaja seperti kami tidak menyertainya. Tiap-tiap tahun belajar perkara yang sama. Kami hanya menunggu tuah untuk terpilih dalam pertandingan yang terulung ini

MimpiWhere stories live. Discover now