MTDW~( Part 3 )

203 9 0
                                    

Uwais Alhud menuruni satu persatu anak tangga dan mendekati papa serta mamanya di ruang tamu rumah mereka.Jelas kedua orang tuanya sedang seronok bergurau manja.Walaupun umur sudah setengah abad namun kebahagiaan mereka masih kekal sama seperti dulu.

"Amboi ma,pa.Sweet betul Uwais tengok".
Terguran secara tiba-tiba itu mengejutkan pasangan merpati sejoli tadi sehingga tertunduk malu mamanya.

"Tu la abang tak nak cover.Tengok sekarang anak dah nampak.Malu saya".
Peha si suami dipukul lembut.

"Biarlah.Esok ada isteri macam ini la juga sweetnya".
Selamba papa membalas.Tersentak Uwais akan bicara jujur papanya namun tidak pada mama.Mama seakan akan menahan senyuman tanda setuju kata papa.Mama memang sentiasa menyokong papa dalam apa jua hal yang baik.Nampaknya kalah la dia.

"Err...Uwais naik bilik dulu".
Dia cuba mengelak dari bab yang satu itu.Bukan masanya lagi.Buah hati ada tapi tidak berapa sesuai lagi nak dijadikan " ISTERI "!

"Nampaknya terpaksa la Uwais turutkan cadangan papa and mama".
Seratus peratus Uwais berpaling menghadap kedua orang tuanya meminta kepastian.

"Apa maksud papa"?

"Papa akan nikahkan kamu dengan anak Dato Alex".
Terbuntang biji mata kelabunya.Manakala papa dan mama diam seperti menunggu kata putus dari dia.

Ini semua terlalu mengejut.Apa yang dia harus katakan.Kalau setuju,bagaimana pula dengan Sarah si kekasih hati.Kalau kata tidak setuju,mama and papa akan kecewa.Dia dalam dilema sekarang.

"Bagi Uwais masa".
Laju langkahnya dibawa naik ke bilik.Hal ini antara hidup dan mati.Tidak mudah untuk dia memberi terus kata putus.

"Agak-agak abang,anak kita tu setuju tak"?
Mama sudah gelisah.Bukan niatnya mahu menyakitkan perasaan Uwais tapi kerana memikirkan kebahagiaan anaknya yang satu itu.

"Insyallah.Abang percaya anak kita tak akan bantah cakap kita".

____________________________________________________

Riea memandang benci kereta Alphard hitam yang tersadai di halaman rumah kayu granny.

Apa mimpi mereka tiba-tiba datang ke sini.

Hilang moodnya mahu masuk kedalam.Tangga kayu berukir cantik dilabuhkan duduk.Beg galas ditolak sandar ketepi.Langit biru diperhati lama.Damai sikit jiwanya menghayati kesemua permandangan.Mata hazelnya dipejam rapat menghilangkan segala penat dan lelah.

"Eh Riea.Kamu sudah balik rupanya.Mari masuk cu.Ada orang nak jumpa kamu".
Granny memanggil perlahan.Tangan cucunya ditarik lembut mengikut langkahnya masuk ke dalam.

"Lilian sayang"...
Mummy Jeniffer muncul secara tiba-tibq dan terus memeluk tubuh kecilnya.Sedaya upaya dia menolak.Rimas serta benci diperlakukan sebegitu.

"Maaf puan.Saya penat.Tolong jangan peluk-peluk".
Berubah riak wajah mummy Jeniffer.Maybe sentap dengan ayat tajam si anak yang sekian lama tidak bertemu.

"Pandai kau kurang ajar dengan mummy sekarang".
Sinis suara seseorang menyampuk situasi dingin dia dan mummy Jeniffer.Dari sampukan sudah tahu gerangan si penyibuk mahu memanaskan lagi keadaan.

Jelas dihujung pintu berdirinya Liliana Lourosa memeluk tubuh sambil menjeling tajam adik a.k.a Lilian Lauriea yang selama ini cuba dijatuhkan secara diam-diam.

"Aku ke kau"?
Riea melontarkan kembali anak panah beracun.Merah padam muka Liliana mungkin rasa sakit beserta pedih di hati.Padan muka.Jangan cuba-cuba mencabar kalau belum kuat hendak bertaruh.

"Lilian!Kami balik sini bukan nak bergaduh tapi nak melawat kamu".
Papa Alex pula muncul.Elok-elok di saat gunung berapi mahu meletus.Bagus!Kalau nak muntahkan lava biar habis sampai kebawah.

"Melawat or something special nak bagi".
Bicara Riea penuh sinis.Turut ditambah ketawa kecil pada hujung ayat.

"Sejak bila makin biadab sekarang"?
Soalan papa Alex membuatkan dia rasa mahu berguling serata rumah.Soalan bodoh!

"Aku biadab sebab kau la orang tua"!
Jerit suara hati Riea kuat.Ditahan semampu mungkin agar tidak terluah keluar.

"Kalau balik nak tanya soalan bongok.Jangan balik lagi bagus".

Pang!!

Pipi putih gebu Riea terlekap tapak tangan mummy Jeniffer.Masing-masing terlopong dengan perlakuan mengejut tersebut.

"Mummy tak pernah ajar Lilian kurang ajar macam ni.Apa salahnya kalau kamu cakap elok-elok dengan kami"!!
Melengking kuat suara mummy Jeniffer.Riea agak terkejut kerana pertama kali wanita itu mengamuk sebegitu rupa tapi kemudian dia tersenyum lebar.Seakan langsung tidak memberi kesan.

"Sekarang tengok siapa yang ajar Lilian kurang ajar".
Kata Riea dingin hingga terduduk mummy Jeniffer.Daddy Alex serta Liliana cepat-cepat mendekati mummy Jeniffer.Risau berlaku sesuatu.

"Kamu memang biadab Lilian.Nak atau tak nak.Kamu kena dengar cakap aku.Kamu akan kahwin dengan lelaki pilihan aku minggu depan.Balasan atas semua kata-kata biadab kamu.Kamu tak boleh lari atau lepaskan diri".
Papa Alex menunding muka Riea sambil menuturkan segala perancangan disebalik lawatan mereka menemui Riea.Tiada lagi perkataan "daddy" tapi ditukar ke "aku".Geram melihat perangai anaknya semakin melampau.

Ditarik si isteri dan anak sulungnya keluar menghampiri kereta kepunyaannya.Pemandu sudah siap sedia didalam.Akhirnya mereka berlalu pergi meninggalkan Riea yang masih tercengang.

Granny mengusap bahu cucunya lembut.Dia tahu Riea dalam tekanan.Bukan dia tidak mahu masuk campur pertengkaran tadi tapi melihatkan keadaan yang amat tegang baik dia jangan merumitkan lagi.

"Granny pasti Riea boleh handle".
Pujuknya perlahan.Riea mengganguk kepala.

"Awal-awal lagi Riea sudah tahu akan ada benda yang mahu dibincang mereka.Tak mungkin mahu melawat Riea semata-mata".

"Granny juga tahu".
Rambut lurus coklat panjang Riea dibelai lemah.

"Riea akan buat mereka menyesal".

Kedua nenek dan cucu itu tersenyum sesama mereka.Senyuman penuh makna yang tidak diketahui sesiapa.

Permainan bakal bermula
--------------------------------------------

Harap boleh bagi vote and komen.Tak ada paksaan.Sorry kalau tak best.


( Married The Devil Wife )

Married The Devil WifeWhere stories live. Discover now