A Feeling Produced by Excessive Endorphins

2.8K 83 16
                                    

"Aku rasa perempuan memang dicipta untuk suka perempuan."

Ayat tu keluar dari mulut aku waktu melepak dengan Shah kat mamak favourite kitorang. Entah kenapa, malam ni rasa macam nak berfalsafah pulak. Dan siapa lagi nak melayan kerenah random aku ni kalau bukan Shah.

"Maksud kau?" kan betul aku cakap – Shah melayan.

"Perempuan memang lagi suka perempuan daripada suka lelaki."

"Sebab lelaki busuk?"

Nyaris tersembur jus oren aku bila dengar balasan Shah tu. "Apa ke situ pulak?" kata aku sambil gosok hidung dek kerana pedih sikit; nak tergelak punya pasal, habis jus oren naik ikut hidung.

Shah senyum sikit. "Takdelah. Masa aku kecik-kecik dulu ada sorang budak pompuan ni kata dia tak nak kawan dengan budak lelaki sebab budak lelaki busuk."

"Kau pernah kena rejek masa kecik sebab kau busuk?"

"Tolong sikit! Aku budak lelaki paling rajin mandi dan paling wangi dalam kelas aku, okay?"

"Berapa umur kau masa tu?"

"Darjah dua kot."

"Darjah dua dah pandai bercinta. Kau ni, teruk betul."

"Bukan bercinta la. Aku nak join budak pompuan tu main batu seremban je. Sekali dia kata dia tak main dengan budak lelaki sebab budak lelaki busuk."

"Jap... kau nak join dia main batu seremban?"

"Apahal? Salah ke? Syiok apa main batu seremban."

"Budak lelaki paling wangi, main batu seremban? Mak kau tak ragu-ragu ke dengan kau dulu?"

"Mak aku tak judgemental macam kau."

"Apa pulak. Aku manusia paling understanding kot."

"Anyway, apa dia teori bernas kau tadi?"

"Ha... aku rasa, perempuan ni memang dicipta untuk suka perempuan. Kau tengok kalau perempuan lawa, siapa yang puji dulu? Perempuan. Yang admire dia pun, perempuan jugak."

"Lelaki pun admire jugak apa."

"Lain. Lelaki punya admiration berbentuk seksual. Perempuan bila admire perempuan lain ni, dia macam satu bentuk pemujaan, kau tahu? Okay, contoh... awek yang kau pernah date dulu, ingat tak? Ingat tak betapa dia gilakan Fazura?"

"Oh, Aishah."

"Ha! Minah tu. Kau cerita kat aku dia macam adore Fazura semacam kan? Siap drag kau gi meet and greet filem amenda entah tu—"

"Bola dan Maskara or something..."

"Gol dan Gincu la!"

"Right."

"Masa aku jumpa dia dengan kau pun, dia tak habis-habis gush pasal Fazura. Sampai aku rasa dia lagi in love dengan Fazura daripada ngan kau!"

"Kau kena akui, Fazura agak hot."

"Bukan type aku."

"Aku tak cakap la Fazura tu type aku, tapi in general la."

"Ha, ni la maksud aku. Bila lelaki hargai kecantikan perempuan, dia cuma nampak benda-benda in general. Muka pan Asian, rambut panjang, kurus... set! Kira hot. Kalau perempuan hargai kecantikan perempuan, diorang teliti setiap sudut. Dan perempuan takkan suka satu jenis perempuan je..."

"Maksudnya?"

"Okay, kalau aku tolak kat kau Nora Danish, contohnya... aku dengan mudah boleh cari sekurang-kurangnya 5 lelaki lain yang kata dia comel ataupun hot. Tapi nak cari 2 orang lagi perempuan yang rasa benda sama pun susah."

Off The Top of My HeadWhere stories live. Discover now