Tears of Star

2.7K 68 1
                                    


"Pastikan anakanda-anakanda beta menghadirkan diri ke majlis itu. Beta mahu putera-putera Kerajaan Mensis melihat kejelitaan anakanda beta."

"Baiklah tuanku."




"Stella! Come over here will you?" Susan bercekak pinggang melihat adik bongsunya yang asyik dengan novel ;Celestial World. Sarry menggeleng kepada kakaknya agar tidak mengganggu puteri bongsu itu.

"Biarlah dia kak. Stella memang degil. Lagipun, dia mana suka majlis macam ni," Sarry menongkat dagu. Runsing dengan perangai adiknya yang tidak pernah berubah walaupun sering kali membuatkan ayahanda mereka naik darah tinggi.

"Nae, Susan! Sarry! How 'bout this dress? Isn't look perfect to me?" Serena memeluk erat gaun merah jambu sambil berpusing-pusing sekitar bilik dengan riang.

Serenity tergelak melihat kembarnya. "Behave yourself lil sis. Andrew tak lari dikejarlah."

Merah padam wajah Serena. "Kakak!!! Diamlah nanti ayahanda dengar macam mana?".

Susan duduk di meja soleknya. Penuh dengan peralatan soleknya di atas meja. Dia menggapai pemerah pipi dan menepeknya di sekitar pipinya. "Well, absolutely ayahanda akan merestui hubungan kalian. Andrew, putera Kerajaan Mensiskan?".

Serenity mengiyakan. "Itu yang ayahanda mahukan," sempat mengenyit mata kepada si adik kembar yang sudah malu-malu. Tergelak Sarry dengan pemandangan itu.

"Serenity!!!!".

Kedengaran Serena sedang mengejar Serenity membuatkan Sarry dan Susan yang sudah bersiap ketawa tetapi dikawal. Ayahanda mereka cukup marah apabila mendapat tahu puteri-puterinya tidak beradab seperti puteri raja Kerajaan lain. Sarry mendekat kepada adik bongsunya yang asyik menelaah buku itu.

"Don't you sepatutnya bersiap sekarang, Puteri Stella?" perlahan suara Sarry menegur adiknya. Seperti biasa, Stella hanya akan memandang kosong ke wajahnya. "Shouldn't I?".

Sarry mengeluh. "Dad will be angry if you wouldn't come, sis."

Stella mengangkat punggung. "Alright then." Kemudian Stella berlalu ke satu pintu. Dipulas tombol pintunya dan berderet pakaian serba indah di dalamnya. Stella bingung apa yang perlu dipakai olehnya. Yang pasti Stella sudah menapak masuk ke dalam. Membelek satu demi persatu pakaian miliknya.

Susan tersenyum lemah. Sebagai anak sulung, Stella langsung tidak mendengar katanya. Hanya dengan Sarry sahaja Stella mampu menurut perintah. Kisah sepuluh tahun lalu terimbau di dalam kepala.

"Susan," Serenity memegang bahunya. Memahami perasaan si kakak. Susan hanya mampu senyum walaupun dalamannya perit. Stella.




"Lima bintang daripada Kerajaan Estrela akan datang ke mari bukan?" Stephen memandang Andrew, sepupunya. Sepupunya hanya mampu senyum.

"Semestinya. Majlis hari ini berlangsung kerana adik aku, bestfriend lima bintang Estrela. Termasuk kesayangan aku, oh Puteri Serena!" Andrew mula berkhayal bahawa di hadapan matanya kini adalah kekasih hatinya.

Stephen ketawa terbahak. Tanpa kehadiran kawalan ketat diraja, dia dan Andrew sendiri mampu berlaku normal. Tidak formal. Tiada diraja. Kadang-kadang Stephen sendiri rimas dengan keformalan yang menghimmpit dirinya ini. Dengan tanggungjawab kepada kerajaan dan rakyat lagi, Stephen tertanya-tanya bagaimana rakyat biasa hidup. Namun apakan daya, ini sudah takdirnya.

A Removed StarWhere stories live. Discover now