14

71 7 0
                                    

Minho memegang jaketnya.dia berjalan menuju ke arah Sulli.
"Nah pakai ni"dihulurnya jaket itu."takpelah aku tak sejuk"bohong Sulli.padahal dirinya dah menggigil-gigil boleh kata tak sejuk?
"Tak payah nak jual mahal dengan saya.nanti Cik Sulli sakit saya jugak yang susah"Minho menyarungkan terus jaketnya.boleh tahan sweet jugak kan.
Sulli menerima jaket itu.
"Gomawo"
"Gwenchanna"

Sulli perasan yang Minho juga turut sejuk.

"Lain kali jangan susahkan diri untuk orang lain.jaket ni besar bagi aku.apa salah kalau share kan?nah ambik ni"Minho menerima jaket itu.akhirnya jaket itu dikongsi oleh dua orang.

"Cik Sulli,bangun Cik Sulli hujan dah reda..jom balik"Minho menggerakkan Sulli.memandangkan hujan dah reda jadi mereka boleh balik tetapi tiada respon daripada Sulli.

"Cik Sulli"digerakkannya sekali lagi.Minho panik serta-merta dirasanya dahi Sulli.panas.
"Aduhh macammane ni dia demam"Minho gelabah.

Dipapahnya Sulli ke basikalnya dan didudukkan
berhati-hati.kesian kalau terjaga. Minho duduk di seat hadapan dan dia kembali menunggang basikal itu.Dia merasakan kepala Sulli menyandar di belakangnya.
Minho resah.laju ditunggangnya basikal itu.

Sampai saja di rumah diangkatnya Sulli ke biliknya.lagi sekali dia perlu mengangkatnya.nasib ringan.dibaringkannya.Minho keluar ingin mencari tuala basah dan ubat.tiba-tiba dia terserempak dengan Mrs Choi

"Minho kenapa dengan Sulli?"
"Aunty..saya betul-betul mintak maaf.saya tak sepatutnya bawa dia pergi jogging tadi.sekarang dia dah demam.mianhae aunty."Minho jujur.dia tidak memanggil puan kerana Mr Choi dipanggilnya uncle jadi Mrs Choi dipanggilnya aunty.
"Demam?tak apalah Minho dia yang nak sangat pergi jogging.dah sekarang ni Minho turun ambilkan tuala basah dengan ubat.aunty pergi tengok dia sekejap"

"Arasseo aunty"dia turun mencari tuala basah dan ubat.setelah menjumpainya dia segera naik ke atas.

Pintu dikuak oleh Minho.dilihatnya Mrs Choi sedang duduk di samping anaknya.

"Aunty ni saya bawakkan tuala basah dan ubat"dihulurkan tuala basah yang diletakkan di dalam mangkuk dan ubat.
"Gomawo Minho"Mrs Choi menerima dan memerahkan air dari tuala basah itu lalu diletakkannya diatas kepala Sulli. "Saranghae"ucap Sulli tiba-tiba
"Dia memang macamtu kalau mengigau tu hah adalah tu dimimpinya kadang-kadang aunty risau jugak tapi mimpi tu kan permainan tidur"Mrs Choi menerangkan tatkala nampak muka Minho yang panik.

Minho tertanya-tanya apakah mimpi Sulli sehingga menyebut perkataan saranghae?hatinya mula tak keruan.pasti ada sesuatu.

"Aunty turun dulu ye..kamu tengok-tengokkan dia.takut terjaga pulak"arah Mrs Choi

"Baik aunty"

Jam menunjukkan pukul 9.lama juga Sulli tidur sehingga Minho terlelap di sebelahnya.

"Ermm..Woi..woi bangunlah..weyh bangunlah" Sulli menggerakkan Minho dengan selamba.dia terkejut juga bodyguardnya itu disebelahnya.

"Eh Cik Sulli dah sedar?"Minho meggosok matanya.masih mengantuk.

"Yelah takkan aku nak kejutkan kau sambil tidur"gurau Sulli

"Cik Sulli tengah-tengah sakit pun buat lawak lagi kan?"

"Well..Sulli..apa yang tak boleh?"bangga.

"Lipas?"

"Kau ni!"ditepuknya lengan Minho tapi tak kuat seperti selalu.maklumlah tenaga orang sakit.

"Hahha..apa apapun Cik Sulli mianhae sebab saya tak sepatutnya bawak Cik Sulli jogging tadi"
"Ishh kau ni,tak apalah..lagipun aku yang nak pergi sangat and gomawo dekat kau sebab papah aku tadi"
"Tak apa.saya kan bodyguard Cik Sulli by the way Cik Sulli tadi Mrs Choi ada hantarkan bubur untuk Cik Sulli.dah sejuk agaknya"Minho mengambil bubur di atas meja.
"Makanlah"dihulurnya bubur itu.

Sulli mengambilnya dan terus makan."kau tengok jer aku makan tak lapar ke?"Sulli melihat dari tadi Minho hanya melihat saja Sulli makan.kesian pulak.
"Takpe nanti saya turun makan"
Padahal laparnya sampai terliur melihat Sulli makan.
tahan Minho!
"Kesian pulak engkau.nah bukak mulat"dihulurnya sesudu bubur ke mulut Minho.
Pada mulanya Minho menolak tapi melihat muka Sulli yang garang itu dibuka juga mulutnya.
"Hah macamtulah, good boy.tapi kalau kau demam jangan salahkan aku pulak"
"Kalau saya demam Cik Sulli la pulak jaga saya boleh?"
"of course la..kau dah buat baik dekat aku jadi aku balas balik"
Sulli tersenyum.mereka berkongsi bubur.

"Cik Sulli,nih makan ubat ni"
"Taknaklah"
"Cik Sulli kalau tak makan ubat bila nak sihat?nanti tak dapat lepak dengan saya dekat atas bumbung.lepastu semua orang risau"
"Termasuk kau?"
"ermm..mestilah nanti takda sape saya nak bebel"

Sulli akhirnya menelan ubat itu.
"Pahit"ucapnya.ubat pil memanglah pahit.
"Kalau tak pahit bukan ubat namanya Cik Sulli"
"Kau kan kalau sepatah aku cakap berpatah-patah kau balas kan?"
"Yahh..Minho kan..biasela"

Mereka bergelak ketawa.
Tiba-tiba pintu bilik Sulli dikuak.
"Sayang turun jom kita ada tetamu"ajak Mrs Choi.
"Siapa?"disoalnya Minho
"Manalah saya tau.Cik Sulli pergi je lah turun nanti eomma Cik Sulli marah"
"Kau ikut lah aku"
"Ish tak nak saya.saya bukan ahli keluarga ni"
"Yelah"Sulli pergi sendirian manakala Minho hanya duduk di tepi tangga mendengar perbualan mereka.

Taktkala Sulli turun seseorang menyapanya..
"Annyeong Sulli"
"Hah?"Sulli terkejut.
Minho yang mengintai dari tangga juga terkejut
"Siapa dia tu?"Minho
tertanya-tanya.

Dont Fall In Love(bm)Where stories live. Discover now