Belaan

67 2 0
                                    

"Haih. Bosan jugak kan jadi perompak ni? Kadang hasil masuk, kadang tak. Bila nak kaya, der?" Seloroh si Majid.
"Itulah kau. Dulu sekolah taknak belajar rajin-rajin. Sekarang kan dah bodoh. Tak ada masa depan. Merompak je la makanan kau hari-hari." Hairi berbalas penuh sinis. Lantas mereka berdekah ketawa di bawah sinaran lampu jalan yang terang menyimbah lorong sempit tempat mereka berdaulat itu.

Majid dan Hairi, mereka teman akrab sejak di bangku sekolah - merangkap perompak yang dikehendaki pihak polis dek kerana kes pencerobohan mesin ATM 4 hari lalu. Mereka hilang pedoman sejak dulu lagi. Si Majid, bertindak menjadi seorang yang agresif sejak kematian ibu bapanya. Hairi pula lebih memilih haluan hidup untuk menjadi perompak tegar kerana kepincangan ekonomi hidupnya. Bab nak curi, cekau atau nak rompak harta orang ni mereka memang dah legend. Malah, ada sekumpulan anak remaja yang bernaung di bawah mereka untuk mempelajari skil-skil terbaik dalam misi menjadi seorang perompak profesional gitu.

"Weh, weh, Majid. Ada umpan la weh!" Hairi segera memberi tindakan setelah matanya tertangkap seorang bakal mangsa baru mereka.

"Mana?"
"Tu! Kat simpang sana. Ni lagi barang baik beb! Dah la orang tua, jalan sorang-sorang pulak tu!" Kata Hairi penuh semangat sambil menuding jarinya ke arah bakal mangsa.

"Wah, kalau dah rezeki tu, orang tua pun orang tua lah. Lagi mudah kerja aku. Hehe." Kata Majid sambil menggosok-gosok kedua belah tapak tangannya. Lagaknya seperti seekor harimau yang ingin meratah daging mangsanya.

"Tapi kali ni aku serah job ni kat kau je lah, Majid. Kesian pulak aku tengok kau ni terlampau daif sangat. So, kau blah and jalankan kau punya kerja sana. Selamat maju jaya!"

Hairi menepuk-nepuk bahu Majid sambil berlalu pergi. Majid mengangkat ibu jarinya buat Hairi. Tanpa melengahkan waktu, Majid bangun lalu berjalan dengan penuh cermat sebagai langkah pertama untuk mengintip si mangsa dari belakang. Topeng muka disarung. Pisau lipat digenggam kemas di tangan. Mangsa diperhati dari jarak dekat.

'Ah! Susah betul pakai taktik serang hendap ni. Baik aku terkam terus!'

Majid terlalu gelojoh. Dia terus berlari dan mencengkam kedua belah tangan mangsangnya dari belakang lantas melalukan pisau lipat tepat di leher mangsanya.

"Kau diam! Kalau tak, pisau ni yang akan makan leher kau. Bak sini semua wang kau kat aku! Bagi sini!" Majid mendesak tanpa belas kasihan.

"Maaf, pak. Saya ngak punya uang, pak. Tolong pak, lepaskan saya!"

'Lerr, mamat Indon rupanya dia ni.'

"Kau degil, eh? Takpe, ni makanan kau!"

Lantas Majid menusuk pisau itu tembus ke dalam perut mangsa sehingga mangsa rebah ke jalan berturap itu. Majid dengan rakusnya menyelongkar kocek seluar mangsanya dan akhirnya! Dia temui dompet!

Habuan dah dapat. Majid berlalu pergi meninggalkan mangsanya sendirian.

"Heh! Kamu pikir kamu siapa mau nyopet uang aku? Dasar goblok! Nanti aja balasan dari aku." Mangsa itu bercakap sendiri. Ternyata tujahan pisau lipat Majid tadi tidak memberikan apa-apa kesan buatnya. Tiada darah yang mengalir keluar malah setitik pun dari perutnya! Mungkinkah dia seorang yang kebal seperti Iron Man? Ah aku pun tak tahu!

Lelaki tua itu tersenyum penuh sinis. Sepertinya ada sesuatu agenda yang dirancangkan.

***

Malam pekat. Majid yang sedang kemabukan baring di dalam biliknya sambil ditemani sebotol arak di tangan kanan dan sepuntung rokok yang marak membakar di sebelah kiri. Rambutnya cukup serabai.

"Hai orang tua Indon, untung kau jadi mangsa aku. Orang Indon ni memang duit diorang tebal-tebal ke? Mewah hidup aku, hahahahaha!" Dalam keadaan yang sedang mabuk, Majid berbicara seorang.

Tiba-tiba, angin menderu laju menghempas pintu biliknya yang tak tertutup. Begitu juga tingkapnya yang sedari tadi terbuka luas. Lampu juga tiba-tiba saja tertutup. Seluruh biliknya kelam tanpa sebarang cahaya. Majid terjeda sebentar.

"Siapa main lampu ni, sial?!"

Majid bangun dari katil dan berjalan tak tentu arah - ke kiri dan ke kanan menuju ke pintu. Sesekali dia hampir terjatuh dek kerana keseimbangan dirinya yang hilang - kerana arak yang diteguk berbotol-botol.

Tombol dipulas - berkunci.

"Apahal tetiba terkunci ni? Oi! Siapa kat luar tu? Jangan ah memain sangat nak kunci pintu bagai. Buka! Babi ah kau!"

Tiada suara sahutan.

"Woi! Buka ah pintu ni!"

Psshhh!

Majid dengan refleksnya memusingkan tubuhnya ke belakang. Tiba-tiba muncul bunyi seperti seseorang sedang mencucuh mancis dan satu cahaya kecil menjelma di hadapan Majid - cahaya api yang terhasil dari mancis.

Disebalik cahaya api itu, muncul satu wajah - 2 mata hitam tanpa bebola putih, penuh dengan nanah berwarna hijau tua pekat yang berbau hanyir mengalir keluar dari wajahnya yang berlubang, mempunyai barisan gigi yang runcing dan kuning serta bergusi hitam semuanya.

Majid masih tak sedar akan hal. Matanya masih sedikit kabur. Dan itu juga berpunca dari arak yang diteguk.
"Kamu seru ngak nyopet uang tuanku?" Makluk disebalik cahaya api itu bersuara.

"Hah? Kau siapa, der? Kau cakap apa? Hahaha." Majid masih dalam khayalan. Dia masih ketawa mengekek walhal ada makhluk lain benar-benar di hadapannya sekarang ini.

"Aku setan. Aku udah terima suruhan dari tuanku untuk ajarin kamu. Heh!"

"Apa? Kau setan? Hahahahahahaha!"

Sedang Majid yang sedang mabuk itu ketawa berdekah, botol arak yang tidak lepas dari tangannya sejak tadi tiba-tiba terapung di udara, dan...

PRANGGG!

Botol kaca arak itu menghempas kepalanya hingga hancur berderai sepenuhnya. Mungkin tak logik bila hanya dengan botol kaca sebegitu mampu meleraikan tengkorak kepala manusia. Tetapi ini kuasa di luar batasan manusia. Mungkin saja ada kemungkinannya, bukan?

"Seru ngak nyopet uang tuanku? Makanya, jangan pernah ganggu orang Dayak. Kami ngak suka pencerobohan. Hehe."

MistisWhere stories live. Discover now