1

6 3 1
                                    

Semuanya kelam. Aku cuba untuk bangun sebelum aku rasa ada bau yang hanyir. Macam..

darah.

Aku panik. Panik aku membawa kecelakaan bila aku bangun dan terjatuh terlentang. Warna dinding yang bercat merah jambu lembut dihiasi abstrak merah. Indah bila cakap berkaitan dengan seni.

Debaran dadaku menghentak dada. Buatkan aku rasa gelisah. Aku cuba untuk tenang. Tarik nafas melalui hidung, tetapi sia-sia. Aku hanya bau darah segar sahaja bila aku menarik nafas.

'A-apa aku dah buat? APA YANG AKU DAH BUAT?!' Hati dan otak sama-sama bertelingkah mencari siapa yang betul siapa yang salah.

Aku terpaut sesuatu di belakang badanku. Badanya longlai bagaikan bangkai. Aku menjerit dan undur ke belakang sampai terhantuk di dinding. Bilik jenis apa ni?

'Bilik tidur', satu suara merdu menyahut pertanyaan aku yg berlegar dalam otak. Aku terkejut tetapi cepat-cepat tenangkan diriku.

Aku pandang sekeliling mencari suis lampu. Sebelum sempat menekan suis lampu, aku rasakan tangan aku pedih. Semacam ada orng yg calarkannya.

MasalahWhere stories live. Discover now