Part 34 : KaiEun(3)

Beginne am Anfang
                                    

"Jinjja? hahaha.." gelak Naeun lalu memandang Kai dibelakang yang sedang menutup matanya dan berdoa

Didalam fikirannya si Naeun, apabila mereka pulang ke rumah nanti dia mahu menggelakkan Kai sehingga pecah perut

"Kai oppa jadi macam tu sebab waktu kitorang naik roller coaster ni,ada orang tu duduk kat sebelah Kei, dia mati waktu tengah syok menjerit" jelas Kei dengan riak wajah yang innocent

Naeun terdiam..M-A-T-I-?

"kei..argghhhhhhhh!!!"' jerit Naeun apabila roller coaster tersebut sudah berpusing-pusing diudara

Kai lah yang kuat menjerit sehingga nenek yang berada disebelahnya juga sudah muak mendengar jeritannya

"Woahhhh!!!" jerit Kei keriangan

××

"Aaaaa~~" Naeun menghembus nafas lega setelah dapat meneguk sebotol air mineral

Lega rasanya kerana tidak perlu bermain permainan yang segerun roller coaster lagi

"Sumpah!! Naneun Son Naeun,tak kan naik lagi game entah pape tu.. muktamad. titik! " jerit Naeun sambil merenyukkan botol air mineral yang berada ditangannya

"Hahahaha..Oppa,unnie,jom masuk rumah hantu nak?" ajak Kei

Naeun dan Kai berpandangan antara satu sama lain

"Tak payah lah..lebih baik kita balik,oppa dah tak larat ni" pujuk Kai

Memang betul, dia sudah tidak larat untuk bermain selepas dipukul oleh nenek yang berada disebelahnya

Seram betul nenek tu

"Ala, Kei balik sini semata-mata nak jumpa oppa dengan kakak ipar Kei je. Tapi korang macam tak nak layan Kei je. tak pelah..lebih baik Kei melancong kat India.." rajuk Kei

"Ka..kakak ipar?" jerit Naeun dan Kai serentak

"Erm oklah. Jom lah masuk rumah hantu.." ujar Naeun, lemah

Kei tersenyum dan menarik tangan naeun ke dalam rumah hantu yang berada disebelah mereka..kenapa cepat sangat??

"Huarghhhh" jerit manusia yang ditakutkan oleh manusia jadian a.k.a hantu

"Wuhuu,excited nyaa" jerit Kei lalu berlari masuk ke dalam dan meninggalkan Naeun dan Kai dibelakang

Naeun memegang lengan Kai dengan kuat

"Erm..lepaskan boleh?" pinta Kai dengan lembut

Naeun menggeleng

"Buwaaa" seekor toyol dengan telinga capang menerpa mereka

"Opocot Chanyeol kau buat apa kat sini hah??!!" latah Kai lalu menggosok-gosok dadanya kerana terkejut

Naeun tergelak kerana terdengar Kai melatah

"Buwaaa!" seekor pocong melompat-lompat kearah mereka

"Aaaaaa" jerit Naeun lalu berlari ke hadapan. Kai masih tercegat disitu..

"Erm..Naeun..NAEUN TUNGGU AKUUU!!!" jerit Kai lalu berlari lintang-pukang ke hadapan

Habis dilanggarnya dinding rumah hantu sehingga separuh roboh

"Haa..haa..haa" Kai menarik dan menghembus nafas dengan laju kerana terlalu penat

Sampai disatu lorong, Kai terserempak dengan Naeun yang sedang berdiri kaku seperti patung cendana

"Naeun!!" jerit Kai dan segera memeluk Naeun kerana ketakutan

Naeun tergamam..seluruh badan Kai menggigil..dia fobia setelah melihat rupa toyol hijau tadi kerana rupa toyol itu seperti Chanyeol (hahaha..maaf merapu sikit)

"Kau kenapa Kai?" tanya Naeun dengan pelik

"Chanyeol..chanyeol dah jadi hijau..aku tak sangka sumpahan tu menjadi" jawab Kai dengan gaya rap

"Sumpahan? Sumpahan apa?" soal Naeun lagi

"Aku sumpah Chanyeol jadi hijau aritu sebab buang ayam aku dalam tong sampah tak..tak..tak sangka dia dah jadi hijau" kata Kai dan hampir menangis

Naeun sebenarnya turut takut kerana rupa pontianak yang dijumpainya tadi serupa dengan leadernya Park Chorong tapi nampaknya Kai lebih takut darinya

Naeun membalas pelukan Kai dan membawa Kai keluar dari rumah hantu yang seram itu

Setibanya dipintu keluar, Kei sudah bersiap sedia dengan cameranya dan mengambil gambar Kai memeluk Naeun

"Kyaa,lepaslah" arah Naeun sambil mencubit bahu kai

Kai membuka matanya dan menyedari bahawa ramai orang sedang memerhatinya. Dia melepaskan pelukannya tadi dan berdiri dengan tegak..

"Uuu..takutnya" ejek Naeun lalu berlari jauh dari Kai. Naeun menceritakan semuanya yang berlaku didalam rumah hantu tadi kepada Kei. Hampir pecah perut Kei dibuatnya

××

"Gomawo Kai sebab bawa aku datang sini harini" kata Naeun sambil menikmati keindahan malam dari atas istana buatan ala-ala disney princess

Kai tersenyum manis

"Cheonma..nanti aku bawa kau pergi Disney Land dekat LA pulak" balas kai

Naeun menjerit keriangan dalam hati

Kei ? Oh, Kei sedang berada tidak jauh dari mereka..


Pang! Pang! Pang!

Bunyi letupan bunga api mengejutkan mereka..

"Jinjja yeppeudaaa" kata Naeun sambil memerhati bunga api tanpa berkelip

Kai memandang muka Naeun sewaktu Naeun tidak fokus padanya

Kai mendekatkan mukanya dengan muka Naeun dan

"Kai, jom lah balik" kata Naeun dengan tiba-tiba

Kai segera menjarakkan mukanya dari muka Kai. Naeun memandang kai dengan pelik

'Kenapa dia gelabah ni? Ada apa-apa berlaku ke tadi?" tanya Naeun dalam hati

Mereka tidak sedar yang Kei sedang memerhati mereka sambil tersenyum

"Oppa..Jaga Naeun unnie elok-elok kalau memang oppa sayang dia..." kata Kei perlahan

-bersambung

(C)EXOPINK LOVE STORY[엑소핑크 러브 스토리]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt