1

41.9K 1.2K 29
                                    

Hari pertama persekolahan bagi sesi tingkatan satu telah bermula. Aku bangun awal pagi pada hari itu. Selesai solat subuh aku turun ke bawah untuk mendapatkan sarapan pagi dan berlalu pergi ke sekolah.

Pada aku, memasuki alam remaja mungkin suatu keterujaan dan sesuatu yang kita nantikan selama ini. Dan fasa ini bermula apabila aku bertemu seorang kawan lelaki di dalam kelas.

"Irah kau selesa tak duduk tepi tingkap?" Kata aku kepada Irah sambil memandangnya belajar. Aku tidak biasa duduk ditepi kelas kerana aku terlalu kecil untuk nampak papan putih.

"Aku okay, kau jangan risau. Lagipun aku tak macam kau Ania, terlalu kecil untuk nampak papan putih tu." Dia memandangku sambil tersenyum seolah-olah memerliku. Aku sudah biasa dengan telatahnya hampir setahun yang lepas. Kata-katanya juga kadangkala boleh makan dalam.

"Okaylah kalau kau cakap begitu." Aku  sambung menulis semula. "Rasa macam cikgu nak bagi kerja banyak aje, aku punya tulisan dah la buruk."

"Nampaknya begitulah. Jangan kata kau sahaja, aku juga lebih kurang cakar ayam." Irah menjenguk tulisan aku dan membandingkan dengan tulisannya.

Cikgu geografi kami telah memberikan tugasan yang melibatkan pelajar di dalam kelas. Beliau menyuruh kami melakar peta susunan meja di dalam kelas beserta nama pelajar supaya kami mengenali antara satu sama lain. Dengan masa yang diberikan, aku terus ke meja yang lain untuk bertanyakan nama.

Sampai di satu meja seorang lelaki, aku agak terkedu kerana ketampanannya agak mempesonakan. Aku membuka mulut dan bertanyakan nama. "Erm, nama apa?"

"Adam...."

Cinta classmateWhere stories live. Discover now