SW-Part 8

7.2K 276 4
                                    

BOSAN seribu kali bosan. Aku tertanya-tanya, siapa yang berjantina perempuan sekarang ni? Aku atau dia? Punyalah cerewet dengan baju kahwin dia. Ada saja yang tak kena. Jahitan tak betul sikit pun suruh orang butik betulkan balik. Ah, itu belum lagi bab dia cuba beberapa helai baju kerana tak menepati cita rasanya.

Aku dah naik bosan menunggu. Sampaikan pekerja-pekerja butik kelam-kabut melayan kerenah dia. Aku pula ditinggalkan begitu sahaja sebab tak ada seorang pun yang nak melayan aku lagi. Jadi, terpaksalah aku pakai gaun kahwin yang cantik ini. Kalau diikutkan hati memang aku nak buka sahaja sebab aku rasa tak ada apa-apa yang perlu diubah lagi. Tak ketat dan tak longgar.

Tapi pekerja butik itu tak beri aku buka lagi. Katanya, ada sedikit nak betulkan. Entah apa yang dia nak betulkan aku pun tak tahu. Disebabkan bakal pengantin lelaki aku cerewet, mereka suruh aku tunggu sebentar. Sebentar sangatlah. Hampir satu jam juga aku duduk macam tunggul di sini. Bosan gila.

Aku menguap kepenatan. Memang penat. Bukan sahaja penat menunggu, tapi penat semalam dan kelmarin masih belum habis lagi. Semalam saja, aku tidur dalam pukul 2.00 pagi. Entahlah, aku sendiri tak tahu apa yang aku buat. Macam-macam juga. Nak uruskan goodies bag, melayan mak cik aku yang buat bunga telur.

Itu satu hal. Aku dah kata dah. Beli saja, tapi dia degil sangat nak buat. Katanya, rugi saja beli. Dia buat lagi cantik. Huh, kalau cantik pun bukannya boleh buat apa. Orang ambil telurnya saja, bunganya orang buang juga nanti. Akhirnya, aku juga yang kena tolong buat. Pukul 1.00 pagi baru siap.

Aku melihat jam tangan aku. Sudah hampir pukul 1.00 tengah hari. Kemudian, aku curi pandang Syazwan yang masih membelek baju kahwinnya. Wah, segak juga dia. Peliklah. Dia ni pakai apa pun boleh nampak segak. Hari tu, aku tengok dia pakai T-shirt dengan seluar jean pun hampir cair hati aku. Tapi perangainya yang cerewet buat aku menyampah.

Cepatlah! Aku dah tak tahan dah ni. Majalah perkahwinan aku capai. Dah banyak kali aku belek majalah itu. Beberapa kali aku membelek, beberapa kali juga aku menguap. Ah, aku dah tak tahan. Rasanya dia lambat lagi. Lebih baik aku layan mata dulu. Jangan salahkan aku. Aku dah terlampau bosan ni.

Aku pun mencapai bantal kecil yang berada di hujung kerusi dan meletaknya di atas lengan kerusi panjang itu. Apa lagi, tanpa pedulikan sekeliling, aku melakar peta mimpi...


****


KLIK.

Aku terdengar sesuatu. Sekali dengan terasa ada cahaya terpancar pada muka aku. Lantas aku mencelik mata. Aku nampak ada satu handset menghala ke arah aku dan cepat-cepat orang itu menyimpan handsetnya. Aku cuba amati muka orang itu dengan teliti memandangkan pandangan aku masih samar-samar. Maklumlah, baru bangun tidur.

Aku nampak Syazwan. Menyedari keadaan aku sekarang, aku kembali menutup mata. Aduhai... Berapa lama aku dah tertidur? Rasanya seminit. Tapi kenapa aku rasa macam lama sangat aku dah tidur?

Nanti! Tadi dia tangkap gambar aku masa tidur? Berapa banyak gambar yang dia dah tangkap? Jangan-jangan dia juga ada rakam video masa aku tidur tadi! Rasanya aku tak buat sesuatu yang memalukan masa tidur tadi, bukan? Aku bukannya selalu mengigau. Tapi macam mana kalau aku mengigau? Adui... Macam mana aku nak berhadapan dengan dia?

"Kau nak pura-pura tidur sampai bila? Cepat bangun." Syazwan mengarah dengan suara kasarnya.

Bila dia dah beri arahan begitu, aku pun segera mencelik mata. Aku pandang dia. Dia masih pandang aku dengan pandangan membunuhnya. Ah, tak sanggup aku nak pandang. Cepat-cepat aku kalih pandangan. Tapi, aku dapat rasakan dia terus memandang aku. Auranya... Aku dapat rasa macam tengah marahkan aku saja.

SUAMIKU WORKAHOLICWhere stories live. Discover now