Hilang?

70 8 0
                                    

Areum terpengsan dari jeritannya tadi, kini dia membangunkan dirinya yang sedang membaring diatas sofa. Barulah Areum teringat semasa dia terkejut, dia berada di stor tetapi kini dia berada dirumah orang yang dia tidak kenali. Ah, jangan-jangan dia nak buat sesuatu dari aku! bisik hati kecil Areum. " eh, awak jangan bangun! " suara itu menyapa Areum dari belakang sofa. eh, siapa pula dia ni?! " awak pengsan tadi... "

  " hantar saya balik! " kata Areum kepada lelaki itu. Dari segi air muka lelaki itu, macam pelik sahaja? " TAK BOLEH! " bantah lelaki itu. Areum seperti mahu menangis sahaja pada waktu itu. Lelaki itu pun rasa bersalah kerana memarahinya. " m...maafkan saya... " lalu beredar. Ah! kejam sungguh... kenapa tak nak hantar aku pulang kerumah?

[ skip ]

Lelaki itu datang semula menghampiri Areum dengan membawa sedikit makanan seperti bubur dan air suam. " awak, mari makan... " jemput lelaki itu. Areum hanya mendiamkan dirinya sahaja. Mungkin dia letak racun... getus hati Areum. Lelaki itu mendekatkan bubur yang berada disudu ke mulut Areum, tetapi Areum enggan memakannya. Perbuatan lelaki itu diulangnya berkali-kali sehingga lelaki itu seperti marah kepada Areum lalu memaksanya makan. Dengan itu terpaksa dia memakan makan itu dengan sedikit berasa sedih. Tersentuh lelaki itu melihat muka Areum yang menahan nangis.

[ skip ]

Dirumah Areum...

"Areum!! oh... Areum... omma nak cakapkan sesuatu ni! " panggil ibunya. Tetapi tiada sahutan daripada Areum. Kemanakah dia pergi?


My Husband...Where stories live. Discover now