516 11 0
                                                  

Naufal sedang duduk-duduk di gazebo sambil jarinya menyapu screen iPhone miliknya. Farah datang sambil membawa secawan teh buat Naufal.

"Good morning sayang. Here I bring a cup of hot tea for you."

"Good morning too. Thanks for the tea. Ryan mana?"

Naufal yang dari tadi tak nampak kelibat anaknya masih tercari-tercari.

"Ryan? Dia dalam bilik kot. Maybe tengah main."

"Jom pergi tengok dia. I jarang borak dengan dia sejak kita pindah sini."

"Sure."

Mereka berdua berjalan seiring sejalan menuju ke bilik Ryan. Pintu dibuka. Ryan sedang meniarap di atas katil sambil membaca buku cerita.

"Hai my Ryan." Sapa Naufal. Ryan menoleh.

"Hai papa. Ryan rindu papa. Papa buat tak tahu je kat Ryan sejak kita pindah sini." Ryan mencebik. Muka duckface dipamer. Naufal dan Farah tercuit hati lalu ketawa.

"Papa bukan abaikan Ryan lah sayang. Papa just busy sikit last-last ni. Harini bolehlah kita main sekali."

"Takpe papa tak perlu risau. Ryan pun dah dapat kawan baru sekarang. Dia baik. Dia selalu main dengan Ryan sejak kita pindah sini."

Naufal terdiam. Wajah isterinya yang disisi dipandang aneh. Farah mengerti maksud pandangannya.

"Sayang cakap apa ni, Ryan? Siapa kawan yang selalu dok main dengan Ryan tu? Meh kenalkan kat papa."

"Boleh. Kejap eh."

"Nina bobo oh Nina bobo
Kalau tak bobo digigit nyamuk
Tidurlah sayang... anakku manis
Kalau tak bobo digigit nyamuk."

"Huh? Kenapa pulak Ryan menyanyi?" Naufal dihurung rasa sedikit ganjal. Farah hanya mendiamkan diri memerhati kelakuan anaknya.

"Ryan dah panggil dia. Kejap lagi datanglah tu."

Di celah-celah suasana hening itu, tiba-tiba angin bertiup sedikit kencang sehingga jendela yang pada mulanya tertutup rapat tadi terbuka luas.

Farah dengan perlahan mendekatkan dirinya disisi Naufal. Lengan Naufal dirangkul ketat. Bulu romanya sudah meremang walaupun hari masih siang.

"Ha tu dia dah datang!" Ryan terjerit girang dan menyebabkan Naufal dan Farah tersentak.

"Mana dia?" Naufal bertanya.

"Ala papa ni. Takkan tak nampak? Tu dia masuk melalui tingkap tadi. Sebab tu tingkap tu terbuka. Sekarang dia tengah berdiri kat penjuru belakang mama dan papa. Dia tengah senyum tengok mama dan papa tu."

Ah sudah! Terbojol besar kelopak mata Naufal dan Farah mendengar kata-kata Ryan. Jantung mereka mengepam darah sepantas yang mungkin. Terasa bekalan oksigen di dalam badan tak mencukupi buat masa ini.

"Nina, marilah sini! Papa saya nak kenal dengan awak! Marilah!"

"Aaa Ryan, takpelah. Mama dengan papa nak turun bawah kejap. Nanti jelah kami berkenalan dengan kawan Ryan ya sayang?" Farah yang mula tak senang duduk berniat nak beredar.

Ada sesuatu yang tak kena dengan Ryan dan Farah mulai sedar akan hal itu. Mereka bergerak keluar meninggalkan Ryan. Dan juga Nina.

***

Farah dan Bik Erna sedang menghidang sajian buat makan malam di meja makan. Naufal turun dari tangga menuju ke meja makan mendapatkan isterinya.

"Abang, tolong panggilkan Ryan kejap. Ajak dia makan sekali." Farah berinteraksi tanpa mata bertentang dengan suaminya.

"Baik puan!"

Arahan diterima lalu Naufal naik semula ke atas untuk dapatkan Ryan. Dari jauh Naufal sudah melaung memanggil anaknya.

"Ryan sayang. Jom turun dinner kat bawah."

Tiada respon.

"Ryan~"

Pun sama. Tiada respon.

"Ryan? Sayang buatpa kat dalam tu? Papa masuk okay."

Naufal menjejak masuk ke dalam bilik Ryan. Kelihatan Ryan nangis teresak-esak. Naufal berlari anak ke arah Ryan.

"Hey sayang. Kenapa nangis ni?"

"Nina... dia pukul Ryan sebab Ryan cakap Ryan taknak main dengan dia. Tengok dahi ni. Dia baling Ryan dengan buku tu!"

Ryan mengadu sambil menunjuk-nunjuk ke arah buku yang tersadai atas lantai. Naufal membelek-belek dahi anaknya yang lebam kebiru-biruan.

"Nina tu siapa sebenarnya? Cuba cerita kat papa ya sayang?"

Naufal mula berasa tak puas hati. Siapa Nina yang sebenarnya? Ryan pun membuka cerita.

"Malam tu, Ryan tengah baring. Pastu Nina datang kat tingkap sana. Dia panggil Ryan. Dia cakap yang dia nak kawan dengan Ryan. Ryan pun jemput jelah dia masuk dalam bilik. Nina janji dia akan jaga Ryan dan dia nak jadi kawan Ryan selamanya. Tapi dia tipu, papa! Dia jahat! Dia pukul Ryan tadi sebab Ryan taknak main dengan dia. Papa tahu tak, Ryan penat asyik main tiap masa."

Naufal mula tepuk dahi. Dia mengeluh panjang. Air liur ditelan payah.

"Jom ke hospital. Kejap papa bagitahu mama."

Naufal berlari sepantas kilat menuruni tangga dan menceritakan perkara yang berlaku kepada Farah.

3 beranak itu bergerak ke hospital.

Nina BoboTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang