(EHEH) 16

5.9K 219 8
                                    

Seminggu kemudian....

"Ummi!" Sapa Aku dari belakang.

"Ya Allah kamu ni! Terkejut Ummi dibuatnya!" Datin Seri Juliana mengurut dadanya.

"Alah..An baru nak manja-manja dengan Ummi" Jawab Aku sambil buat muka manjaku.

"Mengarut! Dah besar gedebak! Ada hati nak bermanja dengan Ummi! Nak manja-manja pergi cari bini" Marah ummi.

"Bini tak ada..cari Ummi!" Satu ciuman buat ummi aku.

" kamu ni!" Tak pergi kerja ke ha?' soal Ummi.

"Tak... Hari ni Andryian saja nak cuti" Kata aku selamba.

"Macam-macam.. Kamu dah ada kat rumah ni elok juga. Pergi tolong beli Ketam kat pasar.Ummi nak buat Ketam masak kicap..teringin nak makan"

"Ummi je ke? Untuk An tak ada ke?" Soal Aku.

"Untuk semua... " balas Ummi dengan satu senyuman.

"Alololo.. comel ummi senyum! Tergoda An!"

"ish! Ummi cubitkan!" Geram betul dengan anaknya yang suka berseloroh.

"Ok.. ok!" Andryian mengangkat kedua-dua belah tangan tanda mengalah.

"Ummi, Abah mana?"

"Abah kamu tu sibuk memanjang aja semenjak ke semenjak ni.. " balas Datin Seri Juliana.  Akumengangguk kecil.

"Ummi nak beritahu..sementara An nak pergi Pasar.. tolong singgah rumah Datin Ayuna ya! Tolong bagi kad jemputan Kahwin kakak kamu Izara.Kad jemputan tu ada atas meja ruang tamu" arah ummi. Aku mematuhi.

"Baik Ummi"

"Kamu dah berkenan ke dengan anak kawan Ummi tu?" Soal Ummi. Aku mengangkat kening sebelah.

"Siapa?"

"Alah si Emira tu! "

"Oh yang tu, yang banyak mulut! Po pek po pek! Macam itik tu! Andryian kenal tapi belum berkenan" tipulah kalau dia belum berkenan!"Masa lelaki bersama Emira tu pun dia rasa sakit hati + cemburu.

"Ye ke? jangan lambat-lambat! Nanti di sambar buaya!" pesan Ummi.

Faham sangat maksud Ummi tu! 'Jangan lambat-lambat! Nanti disambar buaya!' Jangan lambat untuk mengatakan cinta kepada seseorang yang kita sayang nanti takut kita yang terlambat orang yang kita cinta dah disambar orang lain.

Aku hanya memberi sebaris senyuman kepada Ummi. kad jemputan yang berada di atas meja tetamu aku capai.

"Kau nak pergi mana?" Sapa Kakak tiri aku.

"Aku nak pergi pasar.." Malas nak bertekak.

"Kau nak pergi pasar ke nak pergi jumpa betina tu?!"

"Kau siapa nak halang aku?!"  Aku sendiri pun tak tahu kenapa perempuan ni sangat membenci Emira?

"Aku kakak kau Andryian!" Jerit Izara seperti perempuan gila.

"Kau hanya kakak tiri aku! Kau tak ada hak nak halang aku! "

"Oh..betina tu ada hak pula!!"

PANG!!!"Aku tak dapat menahan sabar lalu tangan kanan menampar Kakak tiri aku.

"Kau!! adik yang kurang ajar! "

"Aku tak sepatutnya hormat pada kau! Dan jangan cuba panggil perempuan tu betina! Sebab dia bukan perangai macam kau!! Kau yang sepatutnya betina!!"

Izara mahu menampar pipi Aku tapi tangan dia pantas Aku halang.

"kau jangan cuba sesekali sentuh aku! " ugut aku.

"argh!" Jerit Izara.

"Astaghfirullah!! Apa yang kecoh ni?" celah ummi di antara kami berdua.

"Tanya perempuan ni!" jawab Aku dan mengatur langkah pergi.

#kepada yang sudi baca story saya ni.. saya nak ucapkan terima kasih.Kalau tak ada keberatan sila comment saya punya story ini best ke tidak. Kalau perlu tolong beri sokongan untuk menaik lagi cerita ini dengan lebih bagus.Sekian. ∩__∩

Queen Of The HusbandWhere stories live. Discover now