Prolog

2K 43 3
                                    

Naufal sedang sibuk mengangkut kotak-kotak coklat ke dalam bonet kereta putih Toyota Corolla Altis miliknya. Farah dan satu-satunya anak lelaki tunggal mereka, Aidit Ryan Naufal, sudah bersedia membawa keperluan masing-masing yang masih bersisa di rumah lama mereka. Mereka akan berpindah dari kota Melaka.

Dalam kesibukan, Naufal tersenyum sendiri. Naufal memang sudah lama bertekad untuk memiliki rumah yang bakal mereka diami sebentar lagi. Selama ini mereka hanya menginap di sebuah rumah teres biasa. Memang memadai buat mereka yang hanya 3 beranak. Cuma dia inginkan persekitaran dan keselesaan yang lebih baik buat isteri dan anak kesayangannya.

Nampak gayanya, titik peluh jantannya selama ini tak sia-sia. Kerjanya bukan lekeh gitu-gitu. Dia memulakan kerjayanya sebagai seorang pekerja am biasa di sebuah syarikat yang namanya sudah pun berdiri gah di rata-rata tempat. Namun, kredibiliti dan sifat kegigihannya yang sentiasa konsisten dalam etika kerja membawa tuah besar buat dirinya dan sekeluarga.

Satu hari, Naufal ditawarkan untuk dinaikkan pangkat menjadi CEO di anak syarikat bosnya yang berada di Johor. Siapa nak tolak lagi kan? Dah terang lagi bersuluhlah bangang kalau tak terima. Itu satu. Yang kedua, dia juga diberi sebuah vila di Johor. Dah nama pun jadi CEO kat Johor, memang sahlah kan dia harus berhijrah ke sana. Pada asalnya, vila itu kepunyaan bosnya. Tetapi memandangkan bosnya seorang yang berkerjaya dan banyak syarikat-syarikat kecil yang bernaung di bawahnya, memang tak sempatlah dia nak bersinggahsana di vila tu.

Dengan sekali lafaz kata setuju, vila itu sah menjadi milik Naufal. Eh, dah macam akad nikah pulak. Suka hatilah kan.

Memang tak dapat dinafikan dalam masyarakat Melayu, timbul jua perasaan dengki di antara staf-staf yang lain terhadap Naufal. Ada juga yang bangga dengannya. Boleh dikatakan, puak yang bangga akan Naufal ialah majoriti dan sebaliknya ialah minoriti.

Jika 9 yang suka, takkan kita nak pedulikan 1 yang bencikan kita kan? Lantak lu lah. Peduli apa gua?

Nina BoboTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang