Kai mengecilkan kelopak matanya apabila fokus penglihatannya tertumpu pada seorang doktor yang sedang berjalan di foyer hospital. Seperti mengenali wajah doktor yang sedang berjalan ke arahnya itu. Kai bingkas dari sofa tang tersusun rapi di ruang legar itu. "Apa khabar, Kai? Lama rak dengar cerita? Kenal aku lagi tak?" Kai menghampiri Suho. "Aku handle satu kes suspek TiBi" "TiBi?" Kai seolah-olah terkejut. Tetapi, dia sudah sedia maklum dengan tugas Suho yang terdedah dengan pelbagai kes dan penyakit.
"Eh, jomlah kita ke kafe. Kita sembang panjang-panjang" Suho mempelawa. "Kau on duty sekarang ni?" "Sekarang waktu rehat akulah. Takkan nak bekerja sepanjang hari sampai tak makan. Aku bukan macam kau!" Jawab Suho selamba. Kai hanya menjeling mendengar kata-kata sinis teman seuniversitinya itu. Sedangkan Suho sudah ketawa terbahak-bahak apabila terpandangkan wajah Kai yang keruh. "Kau dan Chorong apa khabar?" Kai menyoal ketika mereka sudah selesai memesan makanan di kafeteria. "Well.... as you see, aku sihat. Isteri aku pun sihat" "Baguslah. Tengok dari air muka pun aku dah dapat agak. Kalau tak sihat, tak sesuai pula dengan status kau sebagai doktor, kan?" Gurau Kai. "Eh, doktor pun manusia juga. Ingat semua doktor wajib sihat ke?" Ujar Suho membetulkan kenyataan Kai itu.
"Kau bila nak kahwin, Kai? Takkan sampai sekarang kau tak dapat pengganti lagi?" Pertanyaan Suho itu membuatkan Kai terpana seketika. Tak semena-mena Kai terbayangkan wajah Minah. Walaupun raut itu nampak samar-samar. "Kau ni kenapa Kai? Tak sihat?" Soalan Suho amat memeranjatkan dan doktor itu berkira-kira untuk bangun memeriksa Kai. "Eh, tak adalah" "Habis tu yang kau tiba-tiba senyap aje. Kenapa?" "Tak ada apa-apa" jawab Kai pendek. Suho hanya memerhatikan Kai. Lama dia begitu. Merenung teman yang kelihatan suram. "Apasal pandang aku macam tu?" Giliran Kai pula yang bertanya. "Itulah kau. Asyik fikir pasal kerja aje. Tengok tu, diri sendiri pun tak terurus" ujar Suho sambil menyedut minuman bersusu si hadapannya.
Keluhan Kai tercetus perlahan. Fikirannya nila tertumpu pada Suho. "Habi, kau rasa. Apa yang patut aku buat?" Soalnya. "Kahwin Kai. Aku rase itu ubatnya" Kai tersenyum tawar. Lelaki yang baru mendirikan rumah tangga enam bulan itu ditenung seketika. Kahwin? Begitu mudah temannya itu berkata-kata. Sedangkan ketika itu Suho tidak tahu bahawa dirinya juga sudah beristeri. Cuma isterinya itu seolah-olah ada dalam tidak ada. "Kau tu jual mahal sangat. Bukannya aku tak kenal kau. Sejak di universiti lagi, peminat kau ramai!" "Itu dulu! Sekarang dah lain" Tangan Kai bermain-main di hujung straw. Matanya juga tertumpu di situ. Wajah lembut Yura menerpa ke ingatannya lagi. Melenyapkan bayangan Minah secara tiba-tiba.
YOU ARE READING
Sepi Tanpa Cinta [KAI AND MINAH]
FanfictionBang Minah mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Oh Sehun. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama ha...
![Sepi Tanpa Cinta [KAI AND MINAH]](https://img.wattpad.com/cover/48672534-64-k999417.jpg)